Sudah menjadi lumrah sebahagian ibu bapa akan menggunakan puting untuk mengelakkan anak dari melalak, pulak-pulak ibu bapa yang bekerja di siang hari.
Dari segi pemerhatian hampir tiga tahun gua perati rahang atas Bunga sudah menunjukkan tandaKtanda jongang. Gua risau nanti di sekolah kelak Bunga akan digelar 'Dahlia Jongang' yang secara tidak langsung akan mencetuskan kesan pisaikologi pada Bunga.
Lantas semalam gua tekad merendam puting Bunga dalam Nescafe pekat yang pahit maung.
Alhamdulillah, sehingga waktu ini Bunga akur dan tidak memuting lagi. Cuma gua saja yang galak memuting.
Rabu, 28 Disember 2011
Bunga Dan Puting
Khamis, 15 Disember 2011
Sibuk Betul Budak Gomen Kira Gaji....
Sejak menjak ni gua tengok sibuk betul budak gomen borak pasal gaji sama pencen!
Gua tujukan lagi pada mereka
Gua tujukan lagi pada mereka
Pink Floyd - Money
hubungkait
Gaji Baru 2012,
Kakitangan Kerajaan,
SBPA,
Tangga Gaji SBPA
Rabu, 7 Disember 2011
Hope 2 Walk....
Semua insan di dunia tak kira besar kecil tua atau muda berhak untuk bergembira dengan hidup.
Adik Annisa dan An-Nur memerlukan bantuan dan sumbangan anda semua.
Semoga setiap sumbangan dan doa kalian dibalas oleh Allah SWT.
|-----------------------------------------------|
Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital di
Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layarihttp://www.hfind.net/
Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/
Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012

Maybank
MohdAffandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424
Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2
Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 39 9194 992754
FB Page dan blog ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa An-Nur & Annisa.
sebarang pertanyaan sila hubungi :-
FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414 (aktivis dan penulis majalah milenia)
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373 (aktivis sosial)
ZUMRAH HUSNI - 013-2031355 (aktivis sosial)
|---------------------------------------------|
Segala maklumat untuk sumbangan boleh diperolehi di sini ( http://www.hope2walk.blogspot.com/ )
hubungkait
An-nur,
Annisa,
Hope 2 Walk
Sabtu, 3 Disember 2011
Insyaallah...
hubungkait
2012,
hijrah,
tahun depan
Khamis, 24 November 2011
Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - Review Gua
Memandangkan Malaysia baru lepas naik podium tempat pertama di Bung Karno pada Sukan SEA yang lepas dan kekalahan pada Syiria dengan perbezaan gol sebanyak 2 gua nak review buku yang telah hampir sebulan gua khatam.
Buku ni gua cekau masa pelancaran buku yang terkandungnya KEGAGALAN Malaysia selama 40 tahun untuk ke Piala Dunia setelah tersekat di peringkat saringan kumpulan. Isi kandungan buku ini merupakan satu ringkasan, sipnosis serta kajian oleh penulis (Lucius Maximus) ke atas perkembangan (sebenarnya kembang dan kuncup... lepas tu kuncup.. ni harap nak kembang semula pun nampak nak kuncup) bola sepak Malaysia. Pembabitan politik, golongan ke atasan kuning,dalam arena bola sepak negara sedikit sebanyak menerbitkan faktor-faktor logik yang bangang dan secara tidak langsung menyumbang kebangangan penyusunan strategi dan latihan skuad negara.(termasuk juga latihan di Frazer Hill sebelum ke tanah arab yang panas.. habis kulit kena sunburn)
Gua nasihatkan mana-mana mamat yang kononnya sokong skuad negara... sila baca buku ni dan kaji sendiri tang mana sebenarnya bangang.
p/s : nak beli cari Dubook Press
Rabu, 23 November 2011
Harimau Muda dan Emas Sukan SEA
Pertama-tama gua nak ucap tahniah pada Ong kim Swee kerana telah membimbing dan melatih skuad Harimau Muda sehingga menggayang TimNas Indonesia.
Tapi gua mintak OKS tolong sedar, dalam skuad dia ada sorang budak suruh jadi striker bangang, jadi midfielder second half pun bangang. Apa pun tak boleh, sepak penalti jangan la harap.
Ada orang kata : Woi Dia tu la yang skor untuk semi final!
Gua jawab : Dah itu memang kerja striker.Kena la kerja betul-betul. Jangan jadi bangang!
Sebab apa gua cakap macam tu? Sebab dia dibayar gaji untuk bermain bola. Pagi Petang Siang Malam dia gentel bola. FULL STOP
hubungkait
Emas Sukan SEA,
Harimau Muda
Khamis, 17 November 2011
Pemilik Kereta Mewah....
Pemilik Kereta Mewah Yang Paling Babi Adalah Jenis Malas Bagi Signal Ketika Menukar Lorong Atau Laluan
*kerana takut bil elektrik naik
*kerana takut bil elektrik naik
hubungkait
Kereta MEwah,
Lampu Isyarat,
Signal
Selasa, 8 November 2011
Joe Frazier Is Dead
hubungkait
Joe Frazier,
Joe Frazier Is Dead,
Lambang Jantan
Selasa, 1 November 2011
Lepak Jenis Brader-Brader...
Hujung minggu gua lepak kampung.
Lepak kampung ni kena la ngeteh...
Bila ngeteh ni, gua tak la lepak sama muda mudi, cerita tak seronok. Balik-balik pasal nak lajukan kereta, nak korek block motor, motor sapa kuat area pilah senaling.
Gua layan ngeteh sama brader-brader kampung gua.....
Cerita pasal mohon lesen senapang, cerita pasal giliran kenduri kahwin, cerita pasal politik, tak lupa juga cerita pasal kambing lembu dan dusun durian...
power... power....

Lepak Jenis Brader-Brader
Isnin, 24 Oktober 2011
TLC Campaign 2011 -sponsored post
Gua dapat email dari Nuffnang.
Nak menolong kena ikhlas.
Bab-bak ikhlas ni kerja kita sama tuhan.
Sedekah ni ikut pilihan lu orang sendiri
Donate to the fund
Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”.
Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank).
After you have made the transfer, kindly send a screenshot of proof of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com.
Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.

rumah aman
Sabtu, 22 Oktober 2011
Sup Daging Luruh Sururi Masjid Alam Shah...
Restoran Sururi ni gua kira satu restoran rakyat, semua orang yang ada dalam 7 ringgit boleh pekenanasi tambah sup daging paling power dalam Kuala Lumpur dengan teh. Rata-rata yang menghirup sup di sini adalah orang yang berstatus otai! Yang muda remaja, ini bukan tempatnya. Restoran ni letak di penghujung Jalan Pasar di tingkat bawah flat bersebelahan Masjid Alam Shah
Sup disini gua kira sudah dua ganerasi bikin. Dari bapak (pengasas Sururi telah meninggal) hingga lah ke anaknya. Gua dah kenal sup ni kira-kira 6 tahun sudah. Dulu sup cuma ada dalam 4 hari saja Selasa sampai Jumaat... Sekarang stright 5 hari. Sori hujung minggu tak da sup. Tutup! Cuma hari Khamis ada spesel nya... Ada Sup Kambing.
Apa hebatnya sup di sini?
Sup disini dagingnya luruh lembut empuk. Budak baru tumbuh gigi pun boleh layan daging. Picit guna jari pun boleh luruh daging dari tulang. Dalam periuk saiz XXL boleh nampak sekali sekali buah pelaga berenang-renang, lemak-lemak dan urat-urat tenggelam timbul. Member-member yang gua bawak semua puas hati. Gua gerenti!
Gua baru bawak sorang panel rasa yang cukup otai. Nah! ni gambar beliau penuh puas. Dengar cerita brader ni tangkap rindu sama sup ni!

Nasi Banjir Sup
Selesai..Hirup teh sambil pejam mata
Kuah sup gua tak tau hilang pegi mana...
Kuah sup gua tak tau hilang pegi mana...
Brader ni puas dan terus rindu sampai hari ni.....
hubungkait
pyanhabib,
restoran sururi,
sup daging,
sup gearbox,
sup tulang,
sururi,
tujuh ringgit
Jumaat, 14 Oktober 2011
Ini Cerita Bunga, Dahlia Hana
Lahir pada hari Selasa, 24 Februari 2011. Mujur tidak kena pada tarikh tahun lompat.Jika tidak pasti empat tahun sekali tambah umur. Lambat tua. Lahir 12.45 tengahari, orang kata bayi lahir tengahari berkulit gelap. Tapi Dahlia berkulit cerah. Rupa-rupanya itu semua tidak benar.
Lahir dengan rambut lebat dan beropol-ropol. Tapi sekarang entah ke mana hilangnya rambut ropol-ropol. Ini semua kerja tuhan.
Menagada-ngada. Kadang-kadang membuat hati babah dan mama panas. Bila pujuk, susah nak elok. Tapi lama-lama, baru nak dengar kata. Sekali senyum hilang panas hati.
Suka menyanyi. Kadang-kadang sambil menyanyi Dahlia menari. Babah dan Mama pun wajib menari sama. Kalau tidak dia menangis sambil menonggeng. Gaya apa entahlah. Bila menari suka berpusing-pusing macam gasing.
Mula-mula pegang pensil, sudah nampak gaya macam budak tadika. Sekarang umur dua tahun lapan bulan sibuk bermain dengan kaler krayon. Semua jenis buku habis kena kaler. Macam-macam jenis corak dia buat. Alhamdulillah, dinding rumah tak sesuai dijadikan tapak mural. Bila Dahlia bosan ajak Babah lukis. Babah lukis kartun, tikus, kucing, rabbit, siput, barney. Kadang-kadang Dahlia suruh lukis bunga dan bintang.
Masuk cerita kaler. Semua jenis kaler adalah hijau. Babah pegang dan tunjuk batang krayon kaler merah. Dahlia kata kaler hijau. Babah tunjuk kaler kuning pun Dahlia kata kaler hijau.
Bila malam, pusing-pusing satu Kuala Lumpur nampak bangunan cerah, berlampu limpah. Dipanggilnya KLCC. Tabung Haji pun dah jadi KLCC sekarang.
Minta susu, selalu suruh Mama buat. Kalau Babah buat menangis kering air mata pun Dahlia tak minum.
Tika tidur, Dahlia tak suka selimut, cuma suka dipeluk. Tak kisahlah siapa, Babah atau Mama jangan cerita, pasti lena.
p/s : Gua patut buat cerita ni Februari lepas.
hubungkait
bunga,
dahlia hana
Ketumbit...
Mata Bini Kena Ketumbit.
Sebab Mengintai Gua Rasanya....
hubungkait
Ketumbit
Rabu, 12 Oktober 2011
Tiada Teh Selain Teh Selangor Mansion
Hari ni gua pusing area Masjid India. Betul kata Brader Pyanhabib, teh tarik di Selangor Mansion ini sedap.
Pagi ni gua melantak Nasi Briayani, Teh Ais, Teh Tarik tak lupa sebagai lelaki, gua mesti kekal berstamina gua pesan telur setengah masak.
Teh Tarik adalah pesanan terakhir gua. Gua hembus buih, meleleh buih dari bibir gelas turun ke permukaan 'stainless steel' meja. Sambil hirup gua pandang kiri kanan. Betul, ini lah mukim terbaik untuk menikmati Teh Tarik. Sruut.. sruut.... gua hirup. Rasa kelat teh, rasa lemak susu memang seimbang. Berpeluh dahi.
Lain kali gua singgah gua mesti pesan Roti Banjir sama Teh Tarik!
Dan......
Gua Naik Saksi Tiada Teh Tarik Selain Teh Tarik Selangor Mansion
hubungkait
Tiada Teh Tarik Selain Selangor Mansion
Selasa, 11 Oktober 2011
ok... Ni Surat Betul Punya Epic....
Surat ni dah lama gua simpan... dah tiba masanya untuk gua tunjukkan pada lu orang semua!
CLICK untuk besarkan !
hubungkait
Surat patah mematah
Khamis, 29 September 2011
Apa yang OK dan Apa yang KO
Keluar Oustation adalah sesuatu yang OK.
Balik pejabat buat report setebal "yellow pages" adalah sesuatu yang KO.
Jam 12 tghari.
Rasa sejuk di kulit.
Dari Kota Kinabalu ke Keningau.
Hirup udara di puncak Banjaran Crocker
Dalam perjalanan dari Keningau ke Beaufort
Terasa nyaman tidak seperti nyaman 'air cond' di dalam pejabat
Berhenti sekejap
menunggu rempuhan kabus
perkara macam ni pelik kalau di Kuala Lumpur
Lapar + Dahaga = Licin
Cuma guna kamera kompak
Bandar Kota Kinabalu dari menara tinjau
Brader baju kuning sebelah kiri tu power
Ombak di hari terkhir...
Bukan kisah sangat pasal ombak
cuma kepala dok pikir isteri dan anak
hubungkait
ok,
outstation
Isnin, 26 September 2011
Kewujudan Masyarakat Zaman Batu (Pra Sejarah) Di Malaysia....
Di Lenggong, Perak
(pengkebumian)
Di Gua Tambun, Perak
(lukisan dinding)
Gua Niah, Sarawak
(lukisan dinding)
Kalau gua rujuk buku-buku berkaitan hal-hal tamadun ni, dinyatakan bahawa zaman pra sejarah di Malaysia berlaku dalam tempoh 200,000 tahun yang lampau. Gambar di atas merupakan salah satu bukti kewujudan ketamadunan manusia di Malaysia. Dan kita harus berbangga. Tapi gua tak mau kaitkan penulisan gua kali ini dengan Teori Darwin yang berketurunan beruk itu. Tak perlu la gua nak cerita pasal tracking years paleolitik, mesolitik, neolitik....
Jika dilihat dan dikaji melalui pembacaan proses ketamadunan manusia ini bermula di kawasan pingir-pingir sungai dan gua yang mempunyai sumber makanan dan pelindungan.
dan di bawah adalah bukti ketamadunan manusia itu bersambung-sambung dan tidak pernah putus-putus...
hubungkait
manusia bertamadun
Khamis, 22 September 2011
Lenguh-lenguh Di Sabah...
Sabah, selain memiliki keindahan alam yang terbentang luas seperti Pulau Manukan, Sampoerna, Banjaran Crocker, kehijauan bumi yang terbentang luas disamping keramahan penduduknya, ia juga memiliki pusat urut refleksologi yang berderet-deret. Hatta di dalam lift hotel tawaran turut dibuat...!
hubungkait
cambah macam cendawan lepas hujan
Ahad, 18 September 2011
Musim Ganja Bercambah....
Musim ini adalah musim ganja bercambah....
1:17 seorang perempuan dengan mata rabak...
Musim hippies adalah musim ganja...
hubungkait
ganja
Selasa, 13 September 2011
Tarikh 31 Ogos 1957 Tu Untuk Apa...
Cilakak...
Terasa tertipu dengan Subjek Sejarah yang gua dapat A1
Gua tidak tahu samada gua ditipu oleh guru-guru sekolah
Atau...
Fakta di dalam buku teks sejarah yang berwarna Coklat Tahi Anjing itu yang menipu gua...
Atau...
Ahli politik serta profesor kangkung yang menipu rakyat Malaysia berkenaan Tanah Melayu pernah dijajah / atau tidak pernah dijajah.
Apa yang pasti gua jawab soalan periksa : British adalah penjajah.
Dalam keadaan ketika ini gua betul-betul keliru...
Pernyataan Bekas Menteri Pelajaran : Secara teknikal, negeri melayu tidak dijajah. Gua jadi bertambah keliru. Kenapa fakta-fakta yang berkaitan tidak diubah semasa beliau menjadi menteri bertanggungjawab.
Apa jadah sambut MERDEKA kalau tidak pernah dijajah....
hubungkait
31 Ogos 1957,
merdeka
Sabtu, 10 September 2011
Cukai 6 Peratus Telco
Bab cukai perkhidmatan kita perlu rujuk semula pada Akta Cukai Perkhidmatan1975 (Akta151)-8ahagian II-Pengenaan Cukai.
Tapi jangan dirujuk pada Utusan Malaysia 10 September 2011 yang bertajuk :
a) Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan -Najib
b) Fikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah -Ismail Sabri
dalam pada ini gua mengambil kesempatan agar Buletin Utama TV3 agar jangan malas membaca
Dalam akta tersebut, segala pindaan adalah di bawah tanggungjawab Menteri.
'Menteri' ertinya Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab atas kewangan -Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151).
Pada pandangan gua sebagai juruteknik elektrik yang cabuk ini adalah, apa yang perlu dikaji adalah Akta 151 itu sendiri sebelum memujuk rayu syarikat telco, mahupun Kentaki Pret Ciken atau Mek Donal.
Dan gua yakin ramai yang akan 'butthurt' dengan pandangan gua
Haaa..... Lagi satu sapa Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab atas kewangan?

6% cukai,
akta 151,
akta cukai perkhidmatan,
buletin utama,
celcom,
digi,
maxis,
telekom,
u mobile
Selasa, 6 September 2011
Filem Darah Satria Dan Jantan....
Filem Darah Satria, mana budak2 yang tak pernah tengok pergi hentak kepala ke dinding 18 kali!
filem ni tayang kat tv time-time gua nak 'up'. Kira ini lah filem yang paling jantan! Filem pasal askar tanah melayu tembak komunis!
Pasal filem ni jugak habis semua budak laki kelas gua pakat nak jadi askar. Mana-mana budak laki nak jadi cikgu dikira bapuk! Time tu jugak la semua teringin nak pegang senapang. Nak tembak-tembak musuh, sambil-sambil tu boleh nembak tupai ke kera macam RELA kampung. ye dok?
Selesai saja tayang filem ni di tv, terus pakat member2 main ashkar-ashkar, satu grup jadi ashkar, satu grup lain dengan muka monyok jadi komunis. Berbekalkan senapang biji terung ready masuk semak.Masuk semak main tembak-tembak.Budak laki-laki harus jadi jantan.
Maghrib tiba, selesai main. Balik mandi. Malam tergaru-garu. Kene tungau celah kangkang, kena tang "jantan".
Ini barulah betul-betul JANTAN!
hubungkait
darah satria,
jantan,
Tungau
Khamis, 1 September 2011
Raya Gua...
Jadual Rutin Raya Gua
Sembahyang Raya...
Pekena Teh Ketum...
Lepak Member-Member...
Bergambor Anak Beranak...
Balik Kampung Atok-Uwan Gua...
Turun Kubur Join Tahlil
Tapi Tahun Ni Bunga Tangkap Gambar Gua
(ada nampak macam Uncle Gedek?)
hubungkait
Raya Gua Tahun Ni...
Jumaat, 26 Ogos 2011
UCAPAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
GUA MOHON KEAMPUNAN JIKALAU ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG BERBLOGGING. MANALAH TAU KADANG-KADANG PASAL ULAS ISU SEMASA GUA TERKUTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN LU ORANG.
PADA KAWAN-KAWAN PEJABAT YANG JUAL KUIH BISKUT RAYA KAT PEJABAT GUA PUN MINTAK MAAF SEBAB TAHUN NI GUA TAK BELIS SEBALANG PUN.
KEPADA BOS PEJABAT, PUN GUA NAK MINTAK MAAF, BIASA LA GUA NI SELALU KUTUK. YE LA BUAT PA JADI BOS KALAU TAKUT KENA KUTUK. YE DOK?
TAK TERTANGGUNG DOSA SEKIRANYA TIDAK DIMAAFKAN.
SEMOGA AIDILFITRI INI KITA MENDAPAT BERKAT DARI NYA.
P/s: gambo esok lusa gua tepek, tak sempat edit. Raya pun lambat lagi

selamat hari raya
Khamis, 25 Ogos 2011
Jalan Ke Kapit
Gua memudik lawan arus Batang Rejang dari Bandar Sibu merupakan satu-satunya cara yang paling mudah untuk ke Kapit. Batang Rejang merupakan nyawa kepada masyarakat sekitar walaupun airnya keruh-keruh seperti air teh susu. Ada pelabuhan, ada tongkang mengorek pasir, Ada tongkang balak dan ada restoran terapung dan ada bot ekspress.
Untuk ke Kapit 3 jam diperlukan dengan menaiki bot ekspress.Tambang,Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja. Bot ekspress ini boleh angkut, sayur, surat khabar, ikan, daging termasuk juga ayam laga. Ayam laga sihat-sihat. Ayam laga buat taruhan. Menang boleh dapat duit. Menang boleh minum tuak ramai-ramai sampai tumbang. Kalau nasib baik dalam bot ekspress dapat duduk sebelah minah saleh yang pakai seluar pendek.Ramai mat saleh suka masuk ke Kapit. Nak rasa hidup dalam rumah panjang. Nak hirup tuak beras pulut. Nak tido dalam hutan. Dah lima - enam kali ke Kapit. Haram nak dapat duduk sebelah minah saleh.
Sepanjang menyusuri Batang Rejang gua nampak sekolah-sekolah, rumah-rumah panjang moden dan kongsi pembalak. Nampak juga orang-orang menangkap ikan dari atas perahu panjang. Kadang-kadang selisih dengan tongkang bawak pasir atau balak. Sepanjang perjalanan, disambut oleh pokok-pokok hijau. Hijau pekat. Tapi ada kawasan telah dijarah oleh pembalak. Kawasan botak. Kelihatan lori-lori balak, dan kren-kren maha besi. Apa lagi hasil negeri Sarawak selain emas hitam?
Di pekan Kapit, pekannya kecik. Umpama pekan koboi. Rata-rata penduduknya orang Iban. Tapi ada juga orang Kelantan. Dan di sini ada kedai makan menjual budu! Maknanya ada ramai orang Kelantan. Di sini ada menu makan pagi yang bagus. Roti Canai Goreng. Sumpah sedap. Sedapnya ikut tekak gua. Kali ni gua turun gua tak makan. Puasa Ramadhan.Apa yang paling penting gua akan cari daging "payau". Payau samadengan rusa. Paling legend daging kijang. Balik ke bandar Yap Ah Loy gua bawak balik 3 kilo daging payau. Raya ni rendang rusa liar makan sama lemang!
Selesai kerja gua balik semula ke Sibu.
p/s : Kat blog-blog orang lain banyak aje gambar pasal Kapit. Tanya lebai gugel.
Untuk ke Kapit 3 jam diperlukan dengan menaiki bot ekspress.Tambang,Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja. Bot ekspress ini boleh angkut, sayur, surat khabar, ikan, daging termasuk juga ayam laga. Ayam laga sihat-sihat. Ayam laga buat taruhan. Menang boleh dapat duit. Menang boleh minum tuak ramai-ramai sampai tumbang. Kalau nasib baik dalam bot ekspress dapat duduk sebelah minah saleh yang pakai seluar pendek.Ramai mat saleh suka masuk ke Kapit. Nak rasa hidup dalam rumah panjang. Nak hirup tuak beras pulut. Nak tido dalam hutan. Dah lima - enam kali ke Kapit. Haram nak dapat duduk sebelah minah saleh.
Sepanjang menyusuri Batang Rejang gua nampak sekolah-sekolah, rumah-rumah panjang moden dan kongsi pembalak. Nampak juga orang-orang menangkap ikan dari atas perahu panjang. Kadang-kadang selisih dengan tongkang bawak pasir atau balak. Sepanjang perjalanan, disambut oleh pokok-pokok hijau. Hijau pekat. Tapi ada kawasan telah dijarah oleh pembalak. Kawasan botak. Kelihatan lori-lori balak, dan kren-kren maha besi. Apa lagi hasil negeri Sarawak selain emas hitam?
-Gambar lain gua tak ambik. Sengaja gua amik gambar ni. Ada kaitan dengan kerja gua.-
-Ini gambar tahun lepas. Gua bawak buku ni sampai Kapit-
Selesai kerja gua balik semula ke Sibu.
p/s : Kat blog-blog orang lain banyak aje gambar pasal Kapit. Tanya lebai gugel.
hubungkait
Kapit
Jumaat, 19 Ogos 2011
Camping Kini Menjadi Acara Wajib
Bunga tekun membetulkan struktur atap rumah
Bunga membuat set-up
Bunga mendodoikan Dora
Sejak dah pandai set-up rumah jenis pasang siap ni dengan bantuan gua, kini bunga semakin terserlah ketokohan seorang anak dara yang pandai menguruskan rumah.
Gua dan Bunga Kini....
Gua tidak perlu lagi menjadi tukang masak dan tukang rasa masakan bunga.
Gua sedang menjalankan perniagaan kontrak membina rumah pasang siap.
Puan Eksekutif...
Macam biasa muka bengis sebab rumah bersepah!
hubungkait
Bunga suka camping
Langgan:
Catatan (Atom)