Khamis, 25 Ogos 2011

Jalan Ke Kapit

Gua memudik lawan arus Batang Rejang dari Bandar Sibu merupakan satu-satunya cara yang paling mudah untuk ke Kapit. Batang Rejang merupakan nyawa kepada masyarakat sekitar walaupun airnya keruh-keruh seperti air teh susu. Ada pelabuhan, ada tongkang mengorek pasir, Ada tongkang balak dan ada restoran terapung dan ada bot ekspress.

Untuk ke Kapit 3 jam diperlukan dengan menaiki bot ekspress.Tambang,Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja. Bot ekspress ini boleh angkut, sayur, surat khabar, ikan, daging termasuk juga ayam laga. Ayam laga sihat-sihat. Ayam laga buat taruhan. Menang boleh dapat duit. Menang boleh minum tuak ramai-ramai sampai tumbang. Kalau nasib baik dalam bot ekspress dapat duduk sebelah minah saleh yang pakai seluar pendek.Ramai mat saleh suka masuk ke Kapit. Nak rasa hidup dalam rumah panjang. Nak hirup tuak beras pulut. Nak tido dalam hutan. Dah lima - enam kali ke Kapit. Haram nak dapat duduk sebelah minah saleh.

Sepanjang menyusuri Batang Rejang gua nampak sekolah-sekolah, rumah-rumah panjang moden dan kongsi pembalak. Nampak juga orang-orang menangkap ikan dari atas perahu panjang. Kadang-kadang selisih dengan tongkang bawak pasir atau balak. Sepanjang perjalanan, disambut oleh pokok-pokok hijau. Hijau pekat. Tapi ada kawasan telah dijarah oleh pembalak. Kawasan botak. Kelihatan lori-lori balak, dan kren-kren maha besi. Apa lagi hasil negeri Sarawak selain emas hitam?

-Gambar lain gua tak ambik.  Sengaja gua amik gambar ni. Ada kaitan dengan kerja gua.-

-Ini gambar tahun lepas. Gua bawak buku ni sampai Kapit-


Di pekan Kapit, pekannya kecik. Umpama pekan koboi. Rata-rata penduduknya orang Iban. Tapi ada juga orang Kelantan. Dan di sini ada kedai makan menjual budu! Maknanya ada ramai orang Kelantan. Di sini ada menu makan pagi yang bagus. Roti Canai Goreng. Sumpah sedap. Sedapnya ikut tekak gua. Kali ni gua turun gua tak makan. Puasa Ramadhan.Apa yang paling penting gua akan cari daging "payau". Payau samadengan rusa. Paling legend daging kijang. Balik ke bandar Yap Ah Loy gua bawak balik 3 kilo daging payau. Raya ni rendang rusa liar makan sama lemang!

Selesai kerja gua balik semula ke Sibu.

p/s : Kat blog-blog orang lain banyak aje gambar pasal Kapit. Tanya lebai gugel.

2 ulasan:

intan berkata...

org klntn mmg rmai..kt mana2 je ada org klntn

pye:rudz berkata...

power tu... raya buat rendang rusa!

skudeng