Selasa, 27 April 2010

hobi.... kenduri kawen....




kalo lu nak buat kenduri ade jamming kontek la gua... ahaha...

Ahad, 25 April 2010

Panas... Menyirap...

Sejak menjak ni gua betul-betul menyirap kadang-kadang tekanan perasaan pun ada...
Tapi gua layan... gua redha... gua akur...

Hari ni.. ahad 25 april... gua betul-betul panas....
Gua Panas... bukan pasal pilihan raya kecil kat belah ULU nun...
Alhamdulillah... mujur gua ada penawar yang paling BESAR....

haa amik lu,,, stright gua suluh kat kepala gua...
DINGIN!!!

Jumaat, 23 April 2010

Hanya Sebesar Tungau...


Telah lima tahun Rashid berkhidmat di pejebatnya. Anugerah perkhidmatan cemerlang pun sudah diterimanya ketika dia masih dalam tempoh percubaan dan perkara ini jarang berlaku. Tapi apakan daya, segala komitmen dan kesungguhannya berkerja kini luntur pudar bagai disental dengan cecair detregen. Semua ini berpunca daripada kesilapan yang hanya sebesar seekor tungau. Hanya sebesar seekor tungau. Dia terus ditempelak dan dimalukan.

Sudah lumrah dunia. Ketika keringat diperlukan dia disanjung, diwar-warkan dan dimegah-megahkan.

Masih ligat bermain ditelinganya, rungutan majikannya, semua ini disampaikan oleh Mahmud, Akauntan ditempatnya berkerja. "kalau surat macam ni pun Rashid tak boleh taip, buat apa bagi dia kerja,buat apa bagi dia tugas" begitulah yang Mahmud sampaikan kepada Rashid.

Berguni-guni sumpah seranah Rashid semburkan kepada majikannya, tapi hanya di dalam hati. Benar-benar melukakan hati Rashid. "Ah.. biarkan lah" sesekali terlintas di sudut hati Rashid. Tak guna berdendam. Rezeki ada ditempat lain....

Rabu, 21 April 2010

Flip-Flop


Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

21/04/2010 3:26pm

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lepas bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal yang dicadangkan pindaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima maklumbalas daripada Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut.
Tiga fasal yang akan digugurkan ialah Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran.
(LANJUTAN BACA SINI)


ahaha..... gua gelak sakan... macam flip flop.. kejap nak buat kejap tidak....

MACAM TALI PINGGANG BELAKANG........

Rabu, 14 April 2010

Enjin....



Kebanyakan enjin yang dipacu dengan teknologi suntikan bahan api (fuel injection) sememangnya akan dilenkapi dengan sensor-sensor tertentu bagi menghantar isyarat (signal) kepada CPU (computer box) dan seterusnya akan menghasilkan talaan enjin yang bagus /ideal bagi menggerakkan kenderaan...


Rajah dibawah menunjukkan kedudukan kedudukan sensor (klik rajah untuk besar) dan bahagian-bahagian yang dikawal dengan sensor bagi kereta Nissan Sentra N16.

Sensor-sensor ini juga berfungsi sebagai peranti keselamatan enjin anda... bagi melindungi keselamatan adan dan juga poket serta akuan bank anda....




Baru-baru ini kereta gua gagal menunjukkan performance yang tip dan top disebabkan "knock sensor" nya gagal berfungsi dengan sempurna....







Yang secara tidak langsung membabitkan penyelongkaran akuan Tabung Haji untuk menjana semula pendapatan kami sekeluarga.... 

p/s : Dan ingat... Tabung Haji bukan sahaja untuk kita simpan duit ke Makkah...



Isnin, 12 April 2010

Sepi....



Gua... Sepi...
Terpaksa Sepi...
Gua Lemah...
Tak Terdaya...
Gua Longlai..
Bukan kerna angin membelai...
Ini semua kerna...
Gua DEMAM.... 
DEMAM...

skudeng