Selasa, 25 November 2008

Me + Preggy Wife = Happy Family (Happy Hour)

Wopsss....

Kali ni lebih nak menampilkan keadaan aku + wife aku yang preggy...
I'll become a daddy... insyallah.. on March 2009... early March
Yeeehaa....

Last 22 November 2008.... Kiteorang g skudeng perut wife aku... nak tengok gender baby kitorang... Ya... setelah skudeng.. nampak BURGER!!!... ahaha tergelak aku...

Menurut mesin scan tuh... baby kami perempuan... yehaa.. ahaha...

Gambar 1 Menunjukkan keadaan baby kami yang menenyeh-neyehkankan hidung ke uri...


Gambar 2 menunjukkan gaya baby yang sama macam gambar kat bawah ni.... Like Father like Daughter!!!!!



Yang ni plak time aku + preggy wife + Hani = Moto Moto Madagasgar 2... hang out kat d Curve...
(ESCAPE FROM D CURVE) ahaha...

ahaha... la ni sibuk melayan my preggy wife... huhu....

Gamba A menunjukkan memek muka yang LOYA


Gambar B Menunjukkan keadaan perut yang membunting sambil di tunjuk-tunjuk menggunakan jari telunjuk!


Gambar C Menunjukkan aku yang cuba-cuba nak interframe!

Jumaat, 21 November 2008

Sebelum tu.. ahaha tergelak aku....



Nota Kepala : Lepas ni kite bayar letrik taariffff baru.. yeeehaaa....


Krisis putus bekalan elektrik mungkin berulang

RAWANG 20 Nov. - Disebabkan keengganan 39 pemilik bangunan memberikan kerjasama, hampir 6.5 juta isi rumah di seluruh negara kemungkinan menghadapi krisis terputus bekalan elektrik seperti yang berlaku pada 13 Januari 2005.

Ini kerana sikap pemilik bangunan itu menyebabkan projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) bernilai RM324 juta milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat disiapkan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, hanya ada empat buah menara lagi yang perlu dibangunkan selepas hampir 180 sudah pun didirikan bagi membolehkan TNB meningkatkan penyaluran elektrik daripada 33 kilovolt (kv) kini kepada 275kv.

Katanya, CAR mampu memastikan Lembah Klang dan sebahagian besar negara bebas daripada kemungkinan terputus bekalan elektrik.

Kata beliau, hampir 98 peratus projek laluan 275kv berkenaan telah selesai dan hanya baki dua peratus yang tidak boleh disiapkan berikutan bantahan penduduk yang mendiami kawasan di bawah laluan 33kv di Kampung Sungai Terentang, di sini.

Beliau bimbang jika keadaan itu berterusan, kemungkinan kejadian bekalan elektrik terputus di seluruh negara akibat lebihan bebanan seperti yang berlaku pada tahun 2005 berulang memandangkan petanda awal ke arahnya sudah semakin jelas sejak kebelakangan ini.

"Baru-baru ini sebahagian besar kawasan Puchong telah terputus bekalan elektrik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Projek CAR melibatkan peningkatan kapasiti talian penghantaran elektrik dari 33kv kepada 275kv antara laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer (km).

Sehingga kini, 59km telah berjaya disiapkan pihak TNB dan hanya satu kilometer yang masih tergantung akibat bantahan.

Shahziman seterusnya mendedahkan bahawa pada 4 Februari tahun ini, telah berlaku gangguan dalam sistem talian 275kv Stesen Kuasa Pelabuhan Klang yang mewujudkan situasi hampir menyamai kejadian buruk 13 Januari 2005 yang menyebabkan kawasan tengah dan selatan negara bergelap ketika itu.

"Penyempurnaan projek talian transmisi 275kv Bukit Tarek-Chubadak akan memastikan peningkatan sistem sekuriti dan keyakinan terhadap sebarang risiko blackouts secara besar-besaran," katanya.

Khamis, 20 November 2008

The OffSPRING

Adoyai....

Sejak wife aku mengandung... macm2 benda pelik jadi....

gambar bawah ni menyatakan betapa pelik wife aku...

NTAH BILE LA MINAT OFF SPRING!!!!


CUCI MATA.... UHU...

Adoyai..... Tak sangka ari ni aku dapat tengok alur jubo... ahaha.. tergelak aku...

Tadi.. time lunch hour... aku kuar g makan / pekena sup tulang+daging+nasi+roti=MAHSYUK... shedap....

tapi sayang kedai tu takde pencuci mulut.. dessert... adoyai....


Ntah macm mane time nak pulang ke opis aku dapat cuci mata.. ahaha

ALUR JUBO!!!!!

Ekonomi KIta Sekukuh KLCC.... sebelum dilanda gempa bumi

Sebelum tuh...

AHAHA TERGELAK AKU....


Ringgit jatuh paras terendah dua tahun (UTUSAN MALAYAU)

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Nilai ringgit hari ini terus merosot ke paras terendah dalam tempoh dua tahun berikutan belian kukuh mata wang dolar Amerika Syarikat.

Paling ketara, mata wang tempatan itu diramal bakal kembali berada di paras RM3.80 untuk sedolar AS iaitu paras ringgit ditambat sebelum kerajaan menarik balik pada Julai 2005.

Ketika pasaran ditutup, ringgit hari ini, diniagakan pada paras 3.6050 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS).

Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, penyusutan nilai ringgit berikutan 'ledakan' (explosion) pusingan kedua krisis kewangan global baru-baru ini.

''Ini kerana, masih terdapat tanggapan daripada para pelabur bahawa dolar AS berdaya maju untuk mengawal kegawatan ekonomi.

''Keadaan itu juga disebabkan oleh aliran keluar portfolio dalam pasaran saham dan bon di rantau Asia yang tidak menentu," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ringgit bukan sahaja lemah berbanding dolar AS tetapi nilai mata wang rantau Asia dan Eropah turut mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan berpendapat, kelemahan ringgit berbanding dolar AS bukan disebabkan oleh kelemahan ekonomi tempatan tetapi lebih kepada keengganan mengambil risiko untuk memasuki pasaran di seluruh dunia.

''Sentimen kejatuhan ringgit ini hanya bersifat sementara kerana apabila krisis kewangan kembali pulih, mata wang negara akan stabil semula.

''Pada dasarannya, ekonomi negara mampu menahan krisis kerana rizab negara masih kukuh dan pinjaman tidak berbayar (NPL) masih lagi rendah,'' katanya.

Nazri, bagaimanapun menambah, ringgit dijangka diniagakan rendah sehingga paras 3.800 dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

ROMBAK...JGN TAK ROMBAK..KELAK DILANDA OMBAK....

Sebelum tuh...

TERGELAK AKU..AHAHA....

Rombakan Kabinet masa terdekat (UTUSAN MELAYAU)

ASHGABAT (Turkmenistan) 19 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan membuat satu rombakan Kabinet yang melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio dalam masa terdekat.

Menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini, Abdullah berkata: “Rombakan itu tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong (itu sahaja).

“Rombakan Kabinet itu akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. Semua kemungkinan rombakan itu sentiasa ada,” katanya kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang berada di sini kerana membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ka Chuan yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat.

Bernama yang memetik sumber sebagai berkata, Ka Chuan menyerahkan “surat peletakan jawatan tanpa tarikh” ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti 18 Oktober lalu.

Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden.

Ditanya mengenai tindakan Ka Chuan itu, Abdullah berkata, langkah itu diambil sebagai satu tindakan mungkin untuk memudahkan Tee Keat membuat cadangan kepadanya berkaitan kedudukan menteri dari MCA dalam Kabinet.

“Mungkin itu dia bayangkan agaknya. Saya pun tak tahu surat apa yang dia tulis,” tambahnya.

Ditanya apakah beliau telah dimaklumkan secara rasmi hasrat Ka Chuan itu, Perdana Menteri berkata: “Belum ada, kalau ada surat di pejabat, saya belum baca lagilah. Dia bukan tak tahu peletakan jawatan dia kena beritahu kepada saya.”

Ditanya siapakah pengganti Ka Chuan, beliau berkata, Tee Keat mungkin akan membuat cadangan cepat untuk mencari pengganti.

Ditanya lagi adakah beliau akan menerima surat peletakan jawatan Ka Chuan, Abdullah berkata: “Kalau dia nak berhenti, dia ada sebab yang kukuh, saya akan menghormati pendiriannya dalam hal ini.”

Rabu, 19 November 2008

LAILA'S LOUNGE...



Buat masa ni aku tengah menggilakan telinga aku mendengar LAILA's LOUNGE...
Dah takde lagu lain yang aku dengar kat opis keramat aku ni..
Opis yang sejuk macm freezer kat Careefour wangsa maju.. ahhaha.. tergelak aku..
Sebab kesejukkan tu... dan selaras dengan kesejukkan opis aku..
aku dengar lagu :::__--WARM CHERRY HOUSE... by LAILA's LOUNGE--




video

Selasa, 18 November 2008

KENAPA MESTI KENTUT...?


Kenapa kita mesti kentut...?
Kenapa kentut berbau.....?
Bagaimana kentut diproses sehingga menghasilkan potential force yang kuat....
Adakah kentut itu berbunyi..??
Bagaimana ianya berbunyi...?
Kenapa kita tersenyum sorang2 bila kentut kita berbau..?
Kenapa kita boleh tahan bau kentut diri sendiri..?
Cukup kuatkah kita untuk menahan kentuk.. sehari suntuk?
Tidak ceriakah hidup kita jikalau kita tidak kentut?


nota kaki : Kentut itu nikmat....!

Isnin, 17 November 2008

Bila Hujung Tahun Aku Gila...

Pala makin ari makin berat... tambah2 nak bulan doblas ni.... pening... nak habis kan budget....
macm2 la nak kene handle... benak pale otak..
Tu laa.. BOODOOOH.... tiap2 tahun macm ni.... nak perabih budget..!!!
KECUT!

Sabtu, 15 November 2008

Farewell.... 14 November 2008

Farewell.... on 14 November 2008 ( Buiding Maintenance Unit BKS)

Gudbye 2 Raja Nor Hamizan & Norhafizah...
Semoga berbahagia di tempat baru...




Sebenarnya aku tengah tunggu turn aku... ahaha.. tergelak aku....
tapi borang tukar tak hantar2 lagi... dulu aku dengan mizzan sepakat nak hantar same borang tukar tu... alih2 dia plak yang dapat BLAH dulu.... mungkin lepas ni turn aku...

ahaha.. tergelak aku...

Aku ni dah kire lame dah kat department nih.... ari2 dok rase makin hampir hari untuk aku BLAH.... ahaha....

Keje aku ni dah kire rutine.. harai2 buat bende sama.... nak jugak buat design ke... ape ke... aduh... bosan..! Setan Besar(Mizan) dah pindah... yang tinggal Setan2 Kecik...(aku, timi, nazri, pak din)

Dengan pemergian mizan selaku Mantan Setan Besar....Mungkin selepas ni kami yang tinggal ni akan membuat pemilihan dan perebutan bagi jawatan Setan Besar BKS...

ahaha tergelak aku... ahaha

jadi undilah saya... hantarkan undian anda... SB fa-T ke 44666....
kejayaan kami terletak ditangan anda....


ahaha... tergelak aku.. ahaha

bawah ni video... ucapan farewell... tapi bunyi macm motivasi punye program...
ahahah tergelak lagi aku... ahaha

video


Nota Tapak Kaki : Bila la plak turn aku... dah jemu keje kat sini....

Khamis, 13 November 2008

MAy B... Mungkin...


Alahai... mungkin macm ni... CUTE!!!

BABAI! FAREWELL!

Kali ni entry aku untuk FAREWELL OPISMATE aku....
RAJA NOR HAMIZAN BIN RAJA ABD AZIZ


Gambar menunjukkan "the saint" dan setan....

AHAHA TERGELAK AKU...AHAHA...


Mamat ni report duty sama ngan aku... last Mei 2005...
la ni dah kene posting.. kat Kem. Pendidikan...
ahaha elok gak la mamat tu transfer ke sana...
ye la dah dasar Nirrajim... ahahah...
Elok la duduk kat situ.. ade ramai cikgu disiplin... haa...
at least... dia bleh berubah menjadi insan yang berguna selaras dengan FALsampah Pendidiakn Negara....

ahaha...
mujur falsampah.. bukan prinsip....
sistem pendidikan kat msia ni macm tak de prinsip... kata martabat bahasa melayu/malaysia.. tapi lain pulak yang jadi..
ahaha tergelak aku...

Berbalik pada tajuk asal...

Lepas ni patah kaki aku.. tangan aku... biasa laa.. kalo ponteng mamat ni la tulang belakang.. kire mastermind la... ahaha... Kire Master segala setan2 kat opis ni....

ahaha.. tergelak aku.....

haa bawah ni video clip aku tujukan kepada SAITAN tersebut!!!!

video

Rabu, 12 November 2008

Sorokkan Tanda Perkahwinan....

Aduh... sejak menjak ni istri aku dah pandai nak sorok2kan tanda perkahwinan kami.. ye laa.. kalo dah kawen mesti la ade cincin ke gelang ke.. Soo kami tukar2 cincin.. kire wedding ring je laa...

Tapi.. skarang dah pandai nak start tak pakai wedding ring tuh..

bawah ni kire dialog aku dgn istri aku...:::

aku : isk.. skarng ni dah pandai tak pakai2 wedding ring tuh...
istri aku : laa.. takde maknenye....
aku :ni kire nak sorok tanda perkahwinan kite la ni... isk tak patut...
istri aku : tak de pun nak sorok.... nak sorok2 buat pa...
aku : ye laa... kire tak pakai tu nak sorok laa....
istri aku : nak sorok mende nye... ni haa tanda perkahwinan paling besar... nak pakai macm ne dah tak muat... ceh...
(sambil gosok2 perut yang tengah membuyung.... pregnent)



ahaha.... baru la aku tau pempuan mengandung ni bukan setakat perut naik... berat badan.. kebesaran naik.... sume naik... ahaha tunggu je la aku nak naik... naik2 ni time malam jeh.. ahaha
aha tergelak aku...

Jumaat, 7 November 2008

BURUK LANTAK.....

Alhamdulillah... Istri aku dah pregnent almost 24 weeks...
Perut pun makin besar... Badan pun makin berat...
Hari ni scan... insyallah "Baby Girl".. haa.. lepas ni aku kene beli mainan masak2 dgn barbie... (Insyallah).... isk macm ne la rupe aku yang nak layan anak aku main masak2.... ahaha.. mcm Chef Wan la plak.. ahaha tergelak aku.. ahaha.....

Tapi next week on 22 Nov aku nak scan 4D plak... Kami dah sepakat nak skodeng...
nak tengok ANU baby...
pe la mak ayah la ni.. .... dah tua bangka pun nak skodeng-skodeng anu.. macm tak pernah tengok la plak.. ahhaa tergelak aku...

Sejak istri aku pregnent ni.. aku tengok buruk betul tabiaat makan.. ramai cakap 'preggy woman" luv 2 eat... eat evrything yang dia nampak..
ahaha... tergelak aku... aahaha yang ni plak gambar bukti istri aku buruk lantak.. tapi aku paham makan berdua pinggan pun kene la dua.. ahaha tergelak lagi... ahaha


Isk tak sabar nak dapat baby... papahal pun aku dah plan... Nak beli baby tub yang besar yang bentuk macam perahu... aku pun nak join mandi N berendam 2gether-gether dgn baby... main air sambil kocak2 air nampak buih banyak2... haa tak pasal2 ade pesta buih...

ahahah tergelak..ahahah...



YEEEEEEEHAAA....

Khamis, 6 November 2008

Ketagihan "BARANG"

Semenjak... dua menjak ni.....
Ada di antara kami yang mengalami simptom-simptom gian atau ketagihan yang agak teruk..
menyebabkan kami terpaksa mendapatkan bekalan...

Semakin hari... semakin banyak uwang dan duit kami terpaksa dileburkan demi mendapatkan "BARANG BAIK"... Cuma apa yang pasti.. barang baik tu hanya dapat diperolehi kalo "KEDAI" bukak.... nak bisnes jual barang baik pun kene tunggu waktu-waktu pejabat,

Keadaan kami semakin hari semakin teruk... gian dan ketagihan kami membuatkan kami terpaksa keluar awal.. seawal 12tgahari.... walaupun lunch hour kami bermula pada pukul 1.00pm... Demi barang baik... kami sanggup....

Teringat kembali waktu mula2 kami kenal dengan TOKAN kami... muka senyum dan gembira menyambut kehadiran kami di tempat bizznezzz (KEDAI)... Pada awal peringkat nak kenal2 kami try satu ketul... tapi makin hari... kene tambah ketul... dari satu ke dua ketul... lepas ni tak tau brapa ketul kami nak angkat... nak rasa....

Tiap kali dapat KETUL.. kami hadap keketulan tanpa memikirkan masalah yang ada dikepala...
bagus.. memang betul TOKAN tu punye barang.. betul2 baik... SEDAP!!!.... ahaha

kini tak bleh nak menyesal...

Barang2 tu dah makin menguasai diri....



KETULAN AYAM KAMPUNG GORENG... SHEDAP!!!


hobby... kat opis jeh....



Just untuk tatapan.. tapi kami tak berjudi.. ahahah

Mohayuddin.....


Yang ni namanye... MOHAYUDDIN a.k.a Pak Deen... la ni dah tukar hobby... try 2 b a great guitarist...
tu tengah pose dengan Ibanez... huh... gaya mcm Steve Vai edisi misai... ahaha tergelak aku... ahaha
huh...

Tu la... dah tua2 ni perangai macam orang muda... mungkin bosan kut.. ye la anak bini nun jauh di utara.. dia pulak kat Kelumpo bandar metropolitan.... yang penuh dgan cabaran..
seb bek main GITAR.. kalo main lain... ahaha... tergelak aku... ahaha...


Selasa, 4 November 2008

AKU LAPAR... DI RESTORAN INSAF JALAN TUNKU ABD RAHMAN


Haa.. ni la tabiaat yang paling tak elok.. terutamanya lepas ramadhan...
makan tak ingat dunia..

Dah la makan kat Restoran INSAf.. tapi bernafsu SYAITAN... nirrajim...
makan berpinggan-pinggan..

yang ni kawan aku... nama: M.I Hatimi... (M.I = stand for Mohd Iskandar... bukan Mission Immposibble.... tapi kali ni aku nampak betul2 imposible... )

aku betul2 tak percaya tabiat makan hatimi ni yang buas... rakus.. gelojoh dan pelahap...

awas kalo nampak dia kat restoran2 sekitar kuala lumpur.. terutamanya yang dihidang dengan budu dan jeruk petai...

setakat budu ni.. dia buat macm air coke...
setakat jeruk petai.. dia buat macam kacang pistacio aje...

sungguh hebat hatimi ni...

ni la antara kegemaran hatimi....

BUDU


JERUK PETAI

dan berikut.. paling digemari.....


aku pun tak tau ... awek tu ke babi tu..
ahaha tergelak aku... tergelak aku... ahaha

LAKI KE PEREMPUAN...


Hari-hari dok pikir...

LAKI-LAKI ke PEREMPUAN...
GUITAR HERO ke GUITAR HEROIN...
MODEL CUKUR JANGGUT ke MODEL CUKUR BULU KAKI...

aduh... wahai mesin SCAN 3D PUSRAWI yang ajaib... tunjukkan aku...

LAKI KE PEREMPUAN....


skudeng