Jumaat, 21 November 2008

Sebelum tu.. ahaha tergelak aku....



Nota Kepala : Lepas ni kite bayar letrik taariffff baru.. yeeehaaa....


Krisis putus bekalan elektrik mungkin berulang

RAWANG 20 Nov. - Disebabkan keengganan 39 pemilik bangunan memberikan kerjasama, hampir 6.5 juta isi rumah di seluruh negara kemungkinan menghadapi krisis terputus bekalan elektrik seperti yang berlaku pada 13 Januari 2005.

Ini kerana sikap pemilik bangunan itu menyebabkan projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) bernilai RM324 juta milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak dapat disiapkan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, hanya ada empat buah menara lagi yang perlu dibangunkan selepas hampir 180 sudah pun didirikan bagi membolehkan TNB meningkatkan penyaluran elektrik daripada 33 kilovolt (kv) kini kepada 275kv.

Katanya, CAR mampu memastikan Lembah Klang dan sebahagian besar negara bebas daripada kemungkinan terputus bekalan elektrik.

Kata beliau, hampir 98 peratus projek laluan 275kv berkenaan telah selesai dan hanya baki dua peratus yang tidak boleh disiapkan berikutan bantahan penduduk yang mendiami kawasan di bawah laluan 33kv di Kampung Sungai Terentang, di sini.

Beliau bimbang jika keadaan itu berterusan, kemungkinan kejadian bekalan elektrik terputus di seluruh negara akibat lebihan bebanan seperti yang berlaku pada tahun 2005 berulang memandangkan petanda awal ke arahnya sudah semakin jelas sejak kebelakangan ini.

"Baru-baru ini sebahagian besar kawasan Puchong telah terputus bekalan elektrik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Projek CAR melibatkan peningkatan kapasiti talian penghantaran elektrik dari 33kv kepada 275kv antara laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer (km).

Sehingga kini, 59km telah berjaya disiapkan pihak TNB dan hanya satu kilometer yang masih tergantung akibat bantahan.

Shahziman seterusnya mendedahkan bahawa pada 4 Februari tahun ini, telah berlaku gangguan dalam sistem talian 275kv Stesen Kuasa Pelabuhan Klang yang mewujudkan situasi hampir menyamai kejadian buruk 13 Januari 2005 yang menyebabkan kawasan tengah dan selatan negara bergelap ketika itu.

"Penyempurnaan projek talian transmisi 275kv Bukit Tarek-Chubadak akan memastikan peningkatan sistem sekuriti dan keyakinan terhadap sebarang risiko blackouts secara besar-besaran," katanya.

Tiada ulasan:

skudeng