Jumaat, 31 Disember 2010

Tahniah Harimau Malaya...



Gua tau..
gua lewat untuk menceritakan kemenangan skuad Harimau Malaya... kali pertama menjulang piala AFF (sebelum ini Tiger Cup)

Gua bangga... 
kejayaan skuad Harimau Malaya mengharumkan nama negara terutamanya di Indonesia musuh tradisi yagn gua kira bermula dari era Ganyang Malaysia...

Gua kaget...
terpegun... terkejut dengan kehebatan beberapa pemain dalam skuad Harimau Malaya...

Gua tersenyum...
kini Penjaga Gol negara merupakan fenomena kepada Anak Dara di Malaya...
Sapa kata hanya  Striker je yang boleh buat nama...?

Gua berharap...
Sukan negara tidak dipolitikkan...
Sukan negara perlu berkembang...
Sukan negera akan terus mendapat sokongan rakyat...BERTUBI-TUBI...

Rabu, 29 Disember 2010

BUNG KARNO....

kat pintu stadium bung karno ade tampal menatang ni ???
ye ke???
mencegah pancaran laser....
julia perez... ceh... butthurt!

Khamis, 9 Disember 2010

SElamat Ulang Tahun Isteri






walaupun "broadband" membina jarak antara wall kamu dan wall saya...
saya tetap tidak lupa akan pengucapan khalimah "SELAMAT HARI JADI BEBEH!"
setiap tahun pada kasih yang satu...
setiap tahun pada jiwa yang sama...
setiap tahun pada hati yang sama...
setiap tahun pada insan yang sama...


(apa yang gua taip dan  di wall pesbuk pn eksekutif)

Rabu, 8 Disember 2010

Kampong Bandar Dalam...



Lepas maghrib gua gerak ke lokasi...
Selesai isya' di MAdrasah Tarbiyah...
Gua Cari Port...
Gua berdiri belakang....
gua nampak...
Pyanhabib...
Dinsman...
yang kool Isham Tukar Tiub...
Sani Sudin..
Jay Jazuan pun ada...
Keladak...
Rahmat Haron...
Pak Samad Janggut..
Pipiyapong..

hoo ramai...

termasuk juga GURU BESAR BAJU BATIK KELABU ASAP BUNGA UNGGU (guru besar.. ni mamat ni yang sebut)

Jumaat, 3 Disember 2010

Astro...


tektik promosi secara halus...
hanya dua sahaja untuk dimenangi...
setiap minggu

gaya promosi... 
seperti gaya siaran ketika waktu hujan lebat ribut petir...
yang nampak HITAM saja

Ahad, 28 November 2010

Nilai Keikhlasan...



Seorang yang meminta derma tegur gua...
"bang derma bang..."
gua hulur... tak banyak.. tapi gua ikhlas.. kata nak beli makan...
kebetulan dalam backpack gua ade ringgit... tapi berbentuk syiling...
gua tak kira... tapi sebeban la jugak...
gua hulur... syiling...

tiba-tiba keikhlasan gua dipersoal...

gua tuam kat batang hidung mamat tu... patah tulang hidung.... padan muka!!! (imaginasi aje)

Khamis, 25 November 2010

Dewi...


Semalam gua bukak tv..
Saluran Bodek Kerajaan..
Ade Pertandingan ni...

Wow... BETIS!!!

Isnin, 22 November 2010

Dinosaur Unggu Perut Hijau...



Gua penah menonton makhluk ni di kaca Tv...
Memang makhluk ni jenis mendidik...
Terutamanya pendidikan duniawi... bersama ritma-ritma yang semestinya menghiburkan kanak-kanak...
Gua respek dengan insan Sheryl Lyna Stamps Leach yang mencipta watak Barney... sehingga terkenal seluruh dunia...


Setiap episod...dinosour unggu berperut hijau ini akan melompat-lompat.. menari-nari.. sambil mendidik... memang kelas.. gua pun belum tentu mampu melompat-lompat bersama kostum yang gua kira agak berat...


Bunga... cukup gemar... malah kini menjadi ketagihan baru dalam hidup bunga... 
Gua... sudah mula memetik gitar lagu tema Barney...
Puan Eksekutif... tetap dengan pendirian... tidak terpengaruh... tetap sibuk dengan membasuh.. mencuci pendek kata kerja-kerja  surirumah berkerjaya....


tapi apa yang menjadi masalah.... 
setiap kali bunga celik mata...Barney...
setiap kali gua menonton CSI... Barney...
setiap kali gua berkomputer... Barney...




Pendek kata hidup gua kini dipengaruhi BARNEY!!! BARNEY!!! BARNEY!!!


GUA SUSAH NAK BERNAFAS!!!!



Ahad, 7 November 2010

Ikut Jawapan Pak Cik Ramli lah...

Gua budak kampung...
Sebelum gua dan famili gua menetap di Senaling... kiteorang duduk kat area Pekan Juasseh...
Juasseh tempat Ujang... yang kartunis tu... sekitar tahun 1992..
Gua cukup seronok mendiami kawasan Juasseh...
Gua sekolah pun di Juasseh... bagi gua Juasseh sudah macam syurga untuk budak-budak macam gua...
Gua memancing...menjala... kat Empangan Bangkong... Pergghhhh...
Mandi bonda (tali air)... mandi Sg Muar... mandi Sg. Kg. Acheh...
Setakat dari Jemapoh ke Jambu Lapan... gua lipat pakai basikal BMX gua je... kadang-kadan C70 bapak gua...

Tuk' dijadikan cerita...
Gua bebudak sebaya gua gelar gua Hantu Tiruk...
Ajak saja gua mandi sungai... gua geranti setuju....
Alasan gua dengan mak bapak gua... buat kerja sekolah...
Tak kira bulan...  termasuklah bulan Ramaddhan...

Pada satu ketika gua pernah dikantoikan oleh seorang  bernama Ramli...

Bapak gua tannya gua...
"Pak Cik Ramli bagitau gua.... lu dengan klik lu mandi sungai..."

Gua jawab dengan ikhlas sedikit tipu...
"Mane de.. gua pergi buat kerje matematik..." (sukat kedalaman sungai port gua mandi... dan besar piling yang perlu bagi platform terjun tiruk )

Bapak gua tak puas hati..
"Lu jangan tipu... gua libas lu nanti....

Gua... dengan rilex... tanpa penipuan...
"kalau macam tu... gua ikut la pe yang pak cik ramli cakap... sebab tak de pilihan.. "

lantas bapak gua mungkir janji... dengan pantas dilibasnye getah paip... gua stedi... tahan belakang... BIRAT!

menangis merajuk tak makan...

kadang-kadang gua terbayang... bunga gua jawab macam gua jawab dengan bapak gua...
biar gua asah backhand gua...

ahahhahah

Jumaat, 22 Oktober 2010

Pesanan Dari Tuan Imam...



Gua percaya... ramai di antara imam-imam di tanahair kita berasa lega.. dan berasa diri mereka juga banyak  memberikan sumbangan dalam pembentukkan sahsiah masyarakat terutamanya kepada penganut agama Islam secara khususnya... Dan lantas dengan itu elaun pada imam dinaikkan kepada RM800.

Alhamdulillah... syukur...

Gua juga berasa peranan para imam amat besar dalam memimpin ummah  ke arah kebaikan seterusnya menuju 'jannah'. Insyallah...

Pesanan-pesanan berguna melalui berkhutbah setiap minggu, melalui kelas-kelas agama dan ceramah oleh para imam kepada masyarakat (yang hadir) mampu membina jati diri, modal insan dan sebagainya...

Untuk khutbah minggu ni lebih berkisar kepada sumbangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dari segi pendidikan agama yang secara langsung menyentuh perkara-perkara yang telah dibentangkan dalam Bajet 2011.

Berbagai pesanan yang boleh kita ambil ikhtibar... pengajaram....

Namun apakan daya tuan imam untuk memaksa kita supaya menerima dan mengamalkan apa yang dipesan...

gua yakin dari hati gua...
pesanan tuan imam supaya kita  "merapat dan meluruskan saf" adalah satu yang simbolik dan tersirat...

Dan.. Gua yakin...
pesanan tuan imam supaya kita "mematikan Henpon ketika solat" adalah satu arahan yang tegas supaya kita patuh agar tidak mengganggu jemaah lain di sebelah, dihadapan dan dibelakang kita...

tapi kenapa ada yang masih degil untuk mematikan 'henpon'...


Gua nak solat pun tak kusyuk bila AWIE melalak time solat jumaat tadi!!! HARAM JADDAH!

Isnin, 11 Oktober 2010

sidang kemuncak wanita wanita pertama...

gua ade dengar... sidang kemuncak wanita wanita pertama akan diadakan di malaysia...
seramai 16 yang mengesahkan kehadiran....
seperti... :-
Albania (Teuta Topi), Chile (Cecilia Morel Montes), Congo (Marie Olive Kabila), dan Sri Lanka (Shiranthi Rajapaksa).

tapi kenapa Carla Bruni Sarkozy  wanita pertama france ini tidak hadir...
terasa kami (lelaki malaysia) seperti dinafikan untuk melihat beliau di malaysia...

Isnin, 4 Oktober 2010

Kumpulan Wang Disatukan...



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am



Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.
(1) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.

(3) Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

____________________________________________
CACATAN

Per. 97(3):
1. Perkataan "atau, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan mengikut undang-undang persekutuan" dimasukkan selepas "mengikut undang-undang Negeri" di baris satu, dan perkataan "atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan" di masukkan selepas perkataan "undang-undang Negeri" di hujung Fasal itu oleh Akta A206, Jadual, berkuat kuasa dari 1-2-1974.
2. Perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan perkataan "Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan: oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.
3. Lihat Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
4. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, seksyen 18, berkuat kuasa dari 1-2-2001.


JAdi apa yang gua paham semua duit hasil masuk sini la.. tak kira la samada cukai, bayaran fees atau segalanya yang dikenakan oleh faderal akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan....

betul kan..?? gua tanya saja..

Jumaat, 1 Oktober 2010

10%...


Rupa-rupanya 10% dari harga rumah susah nak cari....
Perit nak kumpul..
Ahaha.. baru gua tau...

Gua akan...
gadai gitar karan ibanez rg
gadai gitar epiphone sg500
gadai gitar tong martin
gadai camera canon
gadai adjustble absober

Tambah sikit...
syiling dari tabung
korek-korek dari Lembaga
korek dari buku penyeta kira-kira

...semoga impian kami sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri tercapai...




Isnin, 20 September 2010

Fiksyen Hantu vs Raya



Apa yang gua paham...
Syaiton dibelenggu semasa bermulanya Ramadhan...
Jahatnya manusia di bulan Ramadhan mungkin terdorong oelh napsu.. semestinya...
Tiada lagi makhluk yang akan membisikan kejahatan di telinga dan hati...

Raya tahun ni..
Gua rasa penuh simbolik..
Penayangan filem hantu di tivi... simbolik kepada pembebasan syaiton..
Atau
Simbolik hantu raya dah boleh keluar memulakan tugas...

Gua terasa tivi musim raya adalah GAMPANG!

Jumaat, 10 September 2010

butik RAMADHAN!!!




Hoi rakyat pilah....

Lu orang jangan tanya mana gua sorok butik gua....

Gua dah tutup... 



Tahun depan... bulan ramadhan gua bukak balik!!!

Tahun depan... Banana Republic masuk market!!!


Apa kelas Paul Smith, Ralf LAuren sama Timberland!




Ahad, 5 September 2010

Bunga + chicken pox...



Ramadhan makin cuba menjauhi umat manusia....
Tapi chicken pox menghampiri gua... tapi bukan untuk gua hidap...
Bunga gua dapat chiken pox di pinggir-pingir ramadhan...
Macam mana pun gua syukur... tak banyak bintat... alhamdulillah...
Teguk air kelapa sudah... air kosong berbotol-botol pun dah pun gua berikan...
Gua tak mau bunga demam la panas dalam laa... gua nak bagi air cap badak pun kuar news air cap badak ni sama macam air paip... baik gua sua mulut bunga kat kepala paip.. ahahaa

TApi apa yang gua perhatikan bunga makin sembuh!


p/s : gua ada pesan dengan bunga... lu buat muka kesian tau... duit raya dapat lebih nanti!!!

Khamis, 26 Ogos 2010

Sembang kencang edisi kitab



Nah...
Semua brader boleh bikin buku...
Gua memang ikut blog brader fdaus ahmad ni (sembang kencang)...
gua folo pun ntah macam mana mula pun gua tak sedar seolah-olah gua terpukau dengan kehenseman brader ni...

LAst-last gua try runcit kitab ni yang persis terbitan Sasbadi....
Merata gua seret kitab ni... gua baca sekadar isi masa lopong gua kat epot...

Kitab ni memang sesuai dijadiakn rujukan dan panduan hidu bersosial dan berkeluarga selaras dengan pembentukan modal insan dan akhlak. Kira makam tertinggi la kitab ni....

Pengolahan ayat yang selamba ghadak... carutan yang ringan-ringan menunjukkan brader ni jenis makhluk hensem!!!

Papahal lu orang baca laaa... bagus dibaca bersama bini lu orang!!!

Rabu, 25 Ogos 2010

Toilet...





Berdasarkan pengalaman TRUE gua.....


Suatu ketika... di KLIA.... first time amik flight...
gua yang  asal kampung yang tak begitu familiar dengan bangunan green qualiti yang serba canggih...
Gua nak laksanakan kerja pembuangan air gua... penuh sudah pundi gua...
setiap langkah gua rasa pundi gua terlalu sarat.. bergelora... gua mesti segera...


Nah depan gua... ternampak rest room (lebih sopan)..
Gua langkah sepantas gaban bertukar... stright to cubical.... gua selesaikan tugas gua sebagai manusia yang bertamadun... gua lepas.... sehingga detik dan titis akhir.. gua lega....


Gua pelik apasal cubical yang gua diami selama 2 minit tu mempunyai sanitary bin... biasa toilet kaum hawa saja yang tersedia benda alah ni....


Ah.. gua pikir kaum adam juga perlu akan ke-hygine-an...bukankah suruhan agama untuk mengamalkan kebersihan... lagipun malaya negara Islam... ye kot...


Persetan itu semua....


Tiba-tiba gua terdengar bunyi sepatu.. persis bunyi heel bini gua... gua memang familiar bunyi sepatu jenis ni...


Sekarang zaman jantan metrosexual... mungkin crossdresser(nak tau maksud crossdresser-tanya lebai google)!!!?


selesai tus.. selesai zip... membuckle belt...pantas gua keluar.. ops.. amoi sedang colek eye shadow... terperanjat si amoi. sedikit terjerit...


Gua terrasa macam diri  gua perogol..super gampang!!!


Mujur amoi tu tak salin skirt kat depan pintu toilet gua....






p/s perempuan tak kencing berdiri!!! patut la urinal takde dalam toilet tu!

Jumaat, 20 Ogos 2010

TAPAI-Hishamuddin Rais




18 Ogos 2010...
Gua kene kerah ke Bintulu... Gua Terkasima...
Masuk pejabat terus buat booking flight sama hotel...
DAMN!!!

Seperti biasa.. gua sampai awal kat "epot"...
amalan biasa.. sampai 'epot' gua tuju toko buku....
gua pusing-pusing... tiba gua nampak TAPAI.. (mahal sket dari toko lain)
gua capai.. gua bayar...gua baca....

Tapai...
Bagi gua mahsyuk... sebelum ini gua sudah tonton road movie Dari Jemapoh Ke Manchestee dalam tahun 2001 waktu gua menjadi student  pun hasil perah otak Isham Rais...
dulu time gua skolah gua ade dengar Isham Rais pun berPOGO waktu gig bebudak underground yang menjadikan beliau seorang tua yang ROCK!

Berbalik pada TAPAI...
Penilaian Isham Rais ke atas gaya hidup masyarakat, budaya dan MAKANAN  adalah sesuatu yang jujur dan ikhlas....
Semua yang terkandung dan tercatat adalah hasil daripada pemerhatian Isham ketika hidup berkelana dan juga pengembaraan...

Dari penulisan Isham gua dapat rasa pemikiran seorang yang liberal, sosialis mungkin reformis... terselit sedikit  penulisan kepolitikan.. biasalah TUKARTIUB founder...
Pada gua setiap kritikan budaya dan juga gaya hidup yang dicatat pada Tapai adalah sesuatu yang ikhlas...

Bagi yang mudah sensitif jangan baca sampai paham.. kerna wujud banyak isu-isu sensitif terutamanya perihal halal haram dalam Islam...

"takat ni saja review gua"


p/s : gua ucap tahniah pada Isham Rais kerana mengembalikan minat gua untuk membaca yang telah gua tinggalkan sekian lama... ahahha



Hishamuddin Rais part time BUMIPUTRA fulltime human being...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Gua Tercabar..Gua Puasa..

KAlo gua sebut Ramadhan... 
sekelip mata orang terus teringat akan puasa... dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari... berserta niat dan menjauhi perkara yang membatalkan... nak crita panjang lu orang usha lebai google.
Memang berkait rapat dengan kesabaran...
ya...keSABARan...

Tapi bukan bulan puasa je lu orang kena sabar... sabar tahap maksimum...
Bagi gua,... bulan puasa adalah bulan yang akan menjadi masa latihan untuk gua meninggkatkan level kesabaran dan ibadat
masakan tidak... lunch hour gua akan duduk surau.. tazkirah... sedikit masa diluangkan untuk tadarus... 
(gua tak pernah khatam bulan ramadhan) 

Sejak bunga gua berputik dan kini kembang mekar.... bunga gua dah pandai mencabar kesabaran gua.. yang sudah setahun 6 bulan menjawat jawatan BAPAK dalam keluarga gua...

Dengan berbekalkan secucuk cekodok pisang diusung kehulu ke hilir... gua betul betul tercabar... puasa gua tercabar..!!!!





Selasa, 10 Ogos 2010

Belajar Fardu Ain





Kes 1

Selesai tahayat akhir...
Kudin memberi salam ke kanan...
dan salam ke kiri...
Belum sempat berwirid.. kudin tersenyum sumbang... dan menoleh ke arah makmum
"haa... hebat tak aku jadi imam... tu belum lagi aku angkat wuduk lagi..."
Ustaz Manaf ringan tangan menyebat pinggang Kudin.. Birat...

Kes 2

Maarof sibuk menyusun sejadah... untuk sujud kata nya...
Ustaz Manaf geleng kepala.. muka kemerahan...
"Solat Janazah mana ada sujud....." herdik Ustaz Manaf...

Kes 3

Selesai azan zohor... Kudin dan Maarof bergegas ke surau...
Takbiratulihram....
Selesai Salam...
Selesai Wirid...
Selesai Doa....
Maarof bertanya..."mikrophone kat surau tadi rosak ke... aku tak dengar la imam baca fatihah tadi..."

p/s... cerita ni betul-betul terjadi...gua tak tipu di pinggir ramadhan ni...

Rabu, 28 Julai 2010

KURSUS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI...

gua gerak kuantan pagi ni...
nak hadir kursus yang tersebut di atas...

SEMOGA GUA KURANG MENCARUT DAN MELUCAH bermula minggu depan.... gua cuba laa...


Jumaat, 16 Julai 2010

Naik...




Kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula, LPG dan petrol pada hari khamis waktu malam....
adakah kerajaan kita tidak peka...
bagi gua TIDAK..TIDAK PEKA.. SUNGGUH...

Hari khamis malam jumaat adalah waktu BARANG NAIK... bukan untuk waktuHARGA BARANG NAIK!!!!

Isnin, 12 Julai 2010

LAYAK...Tuan Y.B


Wahai tuan Y.B...

Kami bekerja berdasarkan kelayakan kami...
Kami punya SPM...
Kami punya sijil...
Kami punya diploma...
Kami punya ijazah...
Kami punya IR....

Memang jawatan kami bergantung kepada kelayakan kami...

Lain pula Y.B... 
kelayakkan Y.b hanyalah air liur... 
Itu pun KAMI yang pilih... 
Kami la yang meLAYAKan Y.B
Tolong Hormati Kami.....

Satu (1)

Gua Semakin Semangat...
Memang betul dan tepat bila diingatkan semula... ibu bapa pun layak dipanggil guru...
seawal-awal guru adalah ibu bapa...

dengan ini gua nak umumkan :-


BUNGA GUA DAH PANDAI SEBUT PERKATAAN "SATU"... sambil jari telunjuk ditunjukkan ke langit

petang ni gua nak beli buku sekolah...



Ahad, 4 Julai 2010

Gua LAra,...

Gua lara...
Argentina kalah... macam BETINA....
4-TELUR...
telur celah kangkang 2 biji....
lagi dua biji mana datang.....

Khamis, 1 Julai 2010

BENTAN!!!




alamak... 
lepas kerat kene senam,,,
kereta parking jauh...
lepas ni
BENTAN!!!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Bongsu....



Penderitaan...
sungguh... 
si bongsu mungkin mengamuk...
apa yang gua tau... 
jenis ni kurang berguna... mungkin tak berguna langsung...
kenapa tumbuh.. kemudian dicabut....??

apa yang penting gua cukup sengsara...
 sakit.. apatah lagi dicabut...
DAN
yang mencabut bongsu gua adalah doktor rupawan... tak perlu bius.. jarum naik sendiri!

Rabu, 2 Jun 2010

Apa.... Apa...




Sejak gua bercukur rambut ni... tak tau nak tepek apa kat blog gua ni...
atau pemanasan global yang membuatkan pemikiran gua tumpul...

Selasa, 25 Mei 2010

Saujana Mata Memandang.....

Pemandangan indah... saujana mata memandang...
memang mampu memdatangkan keamanan.... dan kedamaian dalam hati dan kepala hotak....
Setiap kali gua out station... gua akan stay kat hotel... kalo hotel... biasanya... pemandangan... view.... cantik..
tak pemandangan bandar.. hutan... atau laut... cukup mampu bagi ketenangan pada jiwa gua yang keletihan...

Tapi kali ini gua betul-betul "bersyukur" dengan view dari bilik hotel gua.... Merdeka Palace Kuching...
wow...
pemandangan sungguh cantik.... nampak seluruh kuching... cantik.. sungguh cantik pada waktu malam... kelipan neon-neon... riuh rendah si lelayang di sarang di tengah kota kuching yang sibuk di kala malam

nah... ini dia pemandangan dari bilik gua... terima kasih merdeka palace...


MACAM HARAM!!!!!

Isnin, 24 Mei 2010

Terbaek...



Kali ni.. gua terbang lagi ke kepulauan Borneo ni... terbang bersama MAS...
kerana MAS bagi gua memang terbaek....
cabin crew terbaek... dah tentu yang wanita... pergh...
gua ulang TERBAEK....

ahahaa...

LENTIK!!!

mata gua makin juling.... ketat sangat...

tapi kenapa yang jantan pulak hulur meal kat gua..... takkan diorang tak paham-paham..

Selasa, 11 Mei 2010

hari bapa....




lepas hari ibu... hari bapa pulak akan menjelma...
buat ikhlas dari hati gua... tak pernah gua nak sambut hari ibu atau hari bapa...
tapi hari2 gua sambut mak sama bapak gua di kampung....
apa beza hari tu disambut dengan bukan disambut...
adakah setahun sekali perlu dikenang...
mungkin sesetengah akan mengatakan yang gua ni ego + hipokrit...
tapi sungguh....
ini lah gua sebenarnya....

gua men'tribute'kan entry kali ini untuk bunga gua.. Dahlia Hana...
untuk kali ke 3 warded... dalam setahun jagung umurnya....

sungguh berat jadi BAPA....

Jumaat, 7 Mei 2010

Gua Tak Pandai Menilai...




Gua Tak Pandai Menilai....
Berita Atau Warkah Mana Yang Perlu Gua Percaya....

Malaysiakini... 
Dengan Berita Terkini...
Mungkin Provokasi...

Harakah Daily...
Owh Politik Sungguh....
Ada Salah.. Ada betul... Ada Tolak Balik....

Utusan....
Nombor Ekornya....
Menawan... 

Metro..
Umpama Sains Fiksyen...
Seks dan Tragedi...


MAna yang patut gua percaya.....
yang betul hanya nombor ekor dan waktu solat....


Selasa, 4 Mei 2010

Andainya Aku.....



Andainya aku memiliki Toyota Alphard...
Akan aku tanggalkan lampu isyarat kiri dan kanannya...

Andainya aku memiliki Toyota Alphard....
Akan aku kuatkan bunyi honnya...

Andainya aku memiliki Toyota Alphard...
Akan aku pancung setiap mobil dan speda di jalanraya...

Andainya aku memiliki toyota Alphard...
Akan aku sentiasa menunjukkan penumbuk ku...

Andainya aku memiliki Toyota Alphard...
JAHANAM KAMU SEMUA... JALAN AKU PUNYA....

Selasa, 27 April 2010

hobi.... kenduri kawen....




kalo lu nak buat kenduri ade jamming kontek la gua... ahaha...

Ahad, 25 April 2010

Panas... Menyirap...

Sejak menjak ni gua betul-betul menyirap kadang-kadang tekanan perasaan pun ada...
Tapi gua layan... gua redha... gua akur...

Hari ni.. ahad 25 april... gua betul-betul panas....
Gua Panas... bukan pasal pilihan raya kecil kat belah ULU nun...
Alhamdulillah... mujur gua ada penawar yang paling BESAR....

haa amik lu,,, stright gua suluh kat kepala gua...
DINGIN!!!

Jumaat, 23 April 2010

Hanya Sebesar Tungau...


Telah lima tahun Rashid berkhidmat di pejebatnya. Anugerah perkhidmatan cemerlang pun sudah diterimanya ketika dia masih dalam tempoh percubaan dan perkara ini jarang berlaku. Tapi apakan daya, segala komitmen dan kesungguhannya berkerja kini luntur pudar bagai disental dengan cecair detregen. Semua ini berpunca daripada kesilapan yang hanya sebesar seekor tungau. Hanya sebesar seekor tungau. Dia terus ditempelak dan dimalukan.

Sudah lumrah dunia. Ketika keringat diperlukan dia disanjung, diwar-warkan dan dimegah-megahkan.

Masih ligat bermain ditelinganya, rungutan majikannya, semua ini disampaikan oleh Mahmud, Akauntan ditempatnya berkerja. "kalau surat macam ni pun Rashid tak boleh taip, buat apa bagi dia kerja,buat apa bagi dia tugas" begitulah yang Mahmud sampaikan kepada Rashid.

Berguni-guni sumpah seranah Rashid semburkan kepada majikannya, tapi hanya di dalam hati. Benar-benar melukakan hati Rashid. "Ah.. biarkan lah" sesekali terlintas di sudut hati Rashid. Tak guna berdendam. Rezeki ada ditempat lain....

Rabu, 21 April 2010

Flip-Flop


Udang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ditarik balik

21/04/2010 3:26pm

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan hari ini menarik balik Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin lepas bagi menggugurkan tiga daripada 51 fasal yang dicadangkan pindaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima maklumbalas daripada Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut.
Tiga fasal yang akan digugurkan ialah Fasal 8 yang melarang mana-mana pihak kecuali Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran.
(LANJUTAN BACA SINI)


ahaha..... gua gelak sakan... macam flip flop.. kejap nak buat kejap tidak....

MACAM TALI PINGGANG BELAKANG........

Rabu, 14 April 2010

Enjin....



Kebanyakan enjin yang dipacu dengan teknologi suntikan bahan api (fuel injection) sememangnya akan dilenkapi dengan sensor-sensor tertentu bagi menghantar isyarat (signal) kepada CPU (computer box) dan seterusnya akan menghasilkan talaan enjin yang bagus /ideal bagi menggerakkan kenderaan...


Rajah dibawah menunjukkan kedudukan kedudukan sensor (klik rajah untuk besar) dan bahagian-bahagian yang dikawal dengan sensor bagi kereta Nissan Sentra N16.

Sensor-sensor ini juga berfungsi sebagai peranti keselamatan enjin anda... bagi melindungi keselamatan adan dan juga poket serta akuan bank anda....




Baru-baru ini kereta gua gagal menunjukkan performance yang tip dan top disebabkan "knock sensor" nya gagal berfungsi dengan sempurna....







Yang secara tidak langsung membabitkan penyelongkaran akuan Tabung Haji untuk menjana semula pendapatan kami sekeluarga.... 

p/s : Dan ingat... Tabung Haji bukan sahaja untuk kita simpan duit ke Makkah...



Isnin, 12 April 2010

Sepi....



Gua... Sepi...
Terpaksa Sepi...
Gua Lemah...
Tak Terdaya...
Gua Longlai..
Bukan kerna angin membelai...
Ini semua kerna...
Gua DEMAM.... 
DEMAM...

Isnin, 29 Mac 2010

Mat Som...



Sabtu sudah... gua telah menonton filem Mat Som..
Bersama bini gua...
Gua teruja menonton filem ini.. kerna gua dah baca komik Mat Som karya Dato' Lat
CD/DVD.. memang sungguh tak dijual... gua kira.. tak da cetak rompak untuk filem ni...

Bila gua tonton filem ni.. gua dapat rasakan Kuala Lumpur era 90an...
Bandar di mana gua dan adik beradik gua dibesarkan...
betul-betul nostalgia...

Mat Som menggambarkan realiti kehidupan... betul-betul menusuk jiwa gua...

Yang bagus filem ni... cinta Mat Som dengan Yam... macam kesah gua dengan bini gua.. mungkin secara kebetulan...
cinta gua dengan bini gua.. cinta jiran... rumah selang 5 buah je...

ahaha.. tergelak puas gua...



Khamis, 25 Mac 2010

Gua Hanya Pemandu....

Gua Hanya Pemandu Bas Yang Pandai Berkaroke
...Itu Saja...
...Jangan Bertanya Hubung Kait Tender-Tender...
...Jangan Bertanya Hubung Kait Dato'-Dato'...
...Jangan Bertanya Hubung Kait Ir-Ir
...Jangan Bertanya Hubung Kait Tuan- Tuan Pengarah...
...Dan Ingat...
Gua Hanya Pemandu Bas Yang Pandai Berkaraoke


Isnin, 22 Mac 2010

PIRAMID

Kalau mereka berkeras menggesa gua untuk join....
Wajibkah mereka menerima penampar dari gua...
Kalau mereka menggunakan taktik "event" di hotel...
Haruskah gua sertai...
Kalau mereka memperbodohkan gua...
Perlukah gua menempeleng kepala takuk mereka...

...Gaji Gua 3 Bulan Lepas Masih Belum Luak...


Yang Anti MLM
fa-T

Isnin, 15 Mac 2010

KL...sibu.. kapit... sarikei.. saratok... miri... KL



whoa... kali ni gua terbang lagi...
gua benci....
hujan semakin hebat bermusim di kuala lumpur...
gua sayang untuk meninggalkan family...
terutamanya bini gua....
memandangkan musim hujang sedang mengintai di sebalik kamar....
gua ingin ke pulau bahagia...
owh.... hujan....
hujan....

DAMN!!!!


Isnin, 8 Mac 2010

JAHAT....

Kalo Lu orang Jahat....
Gua Hantar Sini Nanti...
Baru Lu Orang Tau....

SUDAH... JANGAN NAKAL-NAKAL






Selasa, 2 Mac 2010

"wanita" vs lelaki

Kemegahan wanita menjadi lelaki….

Semalam gua hampir tergelak melihat telatah hawa si TOMBOY….

Gua dengan niat… ikhlas sebagai suami nak menjemput bini gua pulang dari tempat kerjanya ke rumah…

Kebetulan hujan lebat… guruh berdentum… dalam perjalanan ke pejabat bini gua.. gua kuyup…..

Gua melepakkan diri gua di bahagian luar opis bini gua…. Dengan memegang helmet full face gua dan jacket gua berdiri sementara menunggu hujan reda… guruh berhenti berperang….

…Gua tunggu….

…Gua tunggu….

Hendak dijadikan cerita… maka melintaslah seorang tomboy di bahagian sisi gua…

Opssss… si tomboy terlanggar helmet yang gua pegang…..

…WOW….

Tomboy tu jeling.. tak puas hati dengan gua…

gua tenang…. Tapi jelingan tomboy tu buat gua nak JENTIK BIJIK DIA….

Nanti…..baru dia tau sapa jantan sapa laki… HARAM JADAH!

…WOW…..

Jumaat, 26 Februari 2010

zoo negara... ulu klang... ukay perdana


zoo negara...
menarik..
banyak binatang...
banyak unggas...
banyak reptilia...
pendek kata.. binatang yang hebat2 la di zoo negara ni

terlintas gua bercerita pasal zoo ni kerna... ramai sahabat2 gua yang nak berkunjung ke 'rumah tinggi' gua hanya tahu pasal zoo negara...

zoo negara menjadi petunjuk bagi rumah gua..

maka secara tidak langsung.. zoo negara bukan saja tempat letak binatang yang hampir pupus malah berfungsi sebagai petunjuk yang berkesan untuk ke rumah gua

kalo lu orang mau datang umah gua... pastikan lu berada di zoo negara baru kontek gua...

hanya zoo sahaja dapat membantu lu orang...

INGAT.. UKAY PERDANA SEBELAH ZOO NEGARA....!!

Jumaat, 12 Februari 2010

LAYU...





I wither
And render myself helpless
I give in
And everything is clear

Khamis, 11 Februari 2010

GUA EMO !


Apa dosa bayi perempuan ini? (UTUSAN MELAYSIA)


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa. SELANJUT NYA BACA SINI


GUA EMO...!!!









Rabu, 10 Februari 2010

Celaka.... MUSIBAT


HARIAN METRO BERKATA..... pada 10 Februari 2010

KOTA BHARU: Kerana mengeluarkan perkataan ‘celaka cikgu’, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, trauma selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘amuk’ seorang guru dalam kejadian pada Khamis lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikatakan baru pulang dari tandas sebelum diminta mengeluarkan buku nota oleh guru terbabit. Bagaimanapun, mangsa yang belum sempat berbuat demikian tergamam apabila guru berkenaan secara tiba-tiba menarik kerusinya hingga terjatuh sebelum menarik baju serta mencekik bahagian mulut dan belakang lehernya.


Difahamkan, guru yang mendakwa terdengar mangsa mengeluarkan perkataan biadap itu kemudian merotannya sebanyak dua kali sebelum guru besar tiba ke kelasnya. BACA KASI HABIS...


DUlu Gua Ponteng skolah kat sungai...

sambil ponteng mandi sungai bersependa 'skuba'....

Cikgu datang buat rush.... gua lari menyorok belakang rumpun buloh...

tapi cikgu gua tu tak celaka... gua yang celaka... tak sempat sorok seluar...

cikgu gua amik ic gua...

esok skolah... kena sebat dapat SARJAN... GUA SYUKUR!!!!!...

Sabtu, 30 Januari 2010

e-voting..... teknologi sungguh...

gua tertarik dengan teknologi....
apatah lagi kalau teknologi yang digunakan untuk memudahkan kerja...

'e-voting' apa semua ni... satu program yang "memudahkan".. betul ke???
apakah e-voting ini memberikan kelebihan kepada pengendali server... ?
akan wujud ketelusan....?

tapi apa yang gua tau... semasa gua di universiti dulu... gua TAK PERNAH mengundi... mengundi untuk melantik pewakilan pelajar.. pewakilan mahasiswa...

3 tahun gua di universiti... tak nampak pun perubahan yang wakil ni bawak... yang gua nampak BIAWAK banyak laa....

dulu konon ada usul...
kalo lu orang tak mengundi lu akan sangkut paper... ahaha... gua gelak...
kalo lu orang tak mengundi PTPTN tak masuk account.... lagi la gua gelak....

walaubagaimana pun... gua rasa tindakan mahasiswa yang mengadakan demostransi satu tindakan betul berdemokrasi....

apa-apahal pun gua setuju sama mamat basuhbaju yang gua kira dia ni seorang mahasiswa

macam mana dengan lu orang yang pernah mengaji di universiti... mengundi jugak ke??

Khamis, 21 Januari 2010

ZODIAC....



Gua bangga gua kahwin dah hampir 2 tahun...

dan

Dalam diam.. umur anak gua dah masuk 10 bulan stengah...
gua bangga.. gua bleh jaga anak gua dengan tenang...


ikhlas gua katakan gua tak pernah terpikir jinis zodiak atau bintang anak gua mahupun bini gua....
kalo bini gua baca entry kali ni mesti dia 'cembeng'

terlintas akal gua untuk menulis mengenai zodiac ni rentetan daripada blog tuan najwa aiman

zodiak anak gua Dahlia Hana yang lahir 24 Februari adalah pisces..
seorang yang misteri tetapi berbakat...

zodiak bini gua yang lahir 9 Disember adalah sagittarius...
seorang yang berkayakinan dan suka mengejar kejayaan...



dan gua...

lahir 12 September....

ADALAH PERAWAN (virgo) auw.... gua tak sangka gua ber'ekor' didepan adalah PERAWAN....














Jumaat, 15 Januari 2010

U.R.T.I

U.R.T.I....upper respiratory tract infection
hampir setiap dua bulan sekali gua akan diserang penyakit jenis ni....

kalo gua rujuk kat WIKIPEDIA...

"Acute upper respiratory tract infections include rhino-sinusitis (Common cold), sinusitosis, pharyngitis/tonsillitis, ear infection, laryngitis and sometimes bronchitis. Symptoms of URI's commonly include cough, sore throat, runny nose, blocked nose, phlegm, headache, fever, facial pressure, extreme sensitivity to cold and warm weather and sneezing. Onset of the symptoms usually begins after 1-3 days after exposure to a microbial pathogen, most commonly a virus. The duration of the symptoms is typically 7 to 10 days but may persist longer."

tiap kali gua kena penyakit ni.... gua flat... lembik tak bermaya.... tekak pedih membara...
apatah lagi gua ada history athma... memang la senang kena

papahal pun semalam dengan demam dan URTI gua tetap jamming kat Double Neck Studio Danau Kota..... YEEEHAaaaa....

skudeng