Memaparkan catatan dengan label pyanhabib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pyanhabib. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Review Sadaqa - Ramli Sarip



Takkan hari-hari nak dengar lagu rock trash metal macam dari Iron Maiden, Moon Spell, Led Zappelin...
Cuba dengar pulak lagu ketuhanan, kenabian, kemanusiaan... 

Album Sadaqa dari Ramli Sarip ni adalah salah satu cara Brader Ramli Sarip merapat dan menyumbangkan dana untuk pembinaan Masjid Hasanah, Singapura... Secara tidak langsung yang membeli turut membantu menyempurnakan pembinaan masjid tersebut.
Ada 14 Buah lagu temasuklah lirik nukilan Brader Pyanhabib- Kekasihku, A.Samad Said - Bahasa Terindah
Bahasa Terindah ini adalah faveret gua...

Album ini hanya dipasarkan di Singapura.. Di Malaysia kontek Brader Pyan untuk beli

Gua dapat hari Jumaat.. by hand dari brader Pyanhabib..

 di bawah, gua petik dari FB brader Pyanhabib

ASSALAM. 
1. Kepada anda yang bertanya dan mahu membeli buku puisi gua, Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad). Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos.
*Kepada yang malas pergi kedai buku MPH, ha!

2. Kepada yang bertanya dan mahu membeli Sadaqa, album terbaru Ramli Sarip yang sebahagian daripada jualannya disumbang untuk masjid di Singapura, banking RM70 kepada akaun yang bernombor sama, SMS kepada nombor yang sama dan sertakan alamat lengkap untuk kiriman pos. Sekian, terima kasih.
*Dalam album Sadaqa ada lagu `Kekasihku'. Ini lagu, liriknya gua bikin.


Rabu, 9 Mei 2012

Balada Pyanhabib











pyanhabib yang menyelit, 
kadang menerangguh,
kadang menyelinap,
kadang menyusup di antara kita

berpuluh tahun baru kini dibukukan secara 'mainstream'
ketika di majlis pelancaran (6Mei2012) itulah kali pertama gua mendengar kembali Bapakku Seorang YB secara live.
setelah berbelas tahun lalu. (hampir 20 tahun lalu)


satu koleksi puisi daripada Pyanhabib Rahman yang harus dimiliki. Puisi yang bertemakan kemasyarakatan, politik, cinta dan kehidupan yang diterjermahkan secara jujur melalui prosa-prosa yang tersusun.
Terselit juga kepingan-kepingan gambar peribadi "kutu rocker" ini yang secara tidak langsung menceritakan perjalanan kisah hidupnya.

-sekian-

terbitan ITBM




Sabtu, 22 Oktober 2011

Sup Daging Luruh Sururi Masjid Alam Shah...

Restoran Sururi ni gua kira satu restoran rakyat, semua orang yang ada dalam 7 ringgit boleh pekenanasi tambah sup daging paling power dalam Kuala Lumpur dengan teh. Rata-rata yang menghirup sup di sini adalah orang yang berstatus otai! Yang muda remaja, ini bukan tempatnya. Restoran ni letak di penghujung Jalan Pasar di tingkat bawah flat bersebelahan Masjid Alam Shah

Sup disini gua kira sudah dua ganerasi bikin. Dari bapak (pengasas Sururi telah meninggal) hingga lah ke anaknya. Gua dah kenal sup ni kira-kira 6 tahun sudah. Dulu sup cuma ada dalam 4 hari saja Selasa sampai Jumaat... Sekarang stright 5 hari. Sori hujung minggu tak da sup. Tutup! Cuma hari Khamis ada spesel nya... Ada Sup Kambing.

Apa hebatnya sup di sini?
Sup disini dagingnya luruh lembut empuk. Budak baru tumbuh gigi pun boleh layan daging. Picit guna jari pun boleh luruh daging dari tulang. Dalam periuk saiz XXL boleh nampak sekali sekali buah pelaga berenang-renang, lemak-lemak dan urat-urat tenggelam timbul. Member-member yang gua bawak semua puas hati. Gua gerenti!

Gua baru bawak sorang panel rasa yang cukup otai. Nah! ni gambar beliau penuh puas. Dengar cerita brader ni tangkap rindu sama sup ni!


 Nasi Banjir Sup


 Selesai..Hirup teh sambil pejam mata
Kuah sup gua tak tau hilang pegi mana...


Brader ni puas dan terus rindu sampai hari ni.....

skudeng