Rabu, 29 Oktober 2008

REKOD TERBARU....


Ramai member2 kat opis tahu kehabatan dan skill pemanduan aku di parking Kompleks Kerja Raya.... kalo tayar tak bunyi... kalo tak drift.. tu bukan aku.. ahaha
tergelak aku....

kali ni just nak bagi tau jeh.. bukan nak UP DIRI.. atau nak JECK DIRI...
rekod lama dah pecah... kali ni kelajuan speda aku maha hebat.. dari PUTRI PACIFIC HOTEL(J.B) ke KUALA LUMPUR(TOL SG. BESI) adalah.......


3JAM 45 MINIT

Isnin, 27 Oktober 2008

DEDICATED TO ALL ------> MAK AYAH, MAMA DEDI, UMMI ABUYA, AMMA APPA

Semenjak istri aku mengandung ni... slalu dok teringat pengobanan mama N ayah aku... susah betul nak jaga isteri yang mengandung apatah lagi time2 ni emosi istri aku pun kadang2 tak stabil.. tegur-tegur touchin'....

patut la dulu time aku tinggi2 kan sore time mak aku membebel.. kire serang balas la... ayah aku bagi seDAS HADIAH kat area tengkorak aku...

agak kurang ajar aku dulu... la ni bile dah berstatus DADDY 2 B aku mula sedar.. sedar tahap gaban... susah jadi mak ayah ni.... bukan calang2 orng boleh jadi suami isteri mak n ayah....
sebak hati bile ngenangkan ape2 yang dosa2 aku buat time aku tgh hangat dulu...

mcam2 aku buat... menibai, mencuri, nipu, mohong, memongak, monteng ngaji, ponteng skolah, mandi sungai.... amik duit yuran tusyen buat g tngok crite thunderbolt(jackie CHAN.. Chilake punye jeki can.. sebab ko aku nipu.. ahaha.... tergelak aku), nibai duit mak aku buat beli tamiya (DASH YONKURO.. pengaruh lagi.. katun plak tuh), ngelak kambing dalamkeadaan drift sambil menjahanamkan kreta mak aku yang baru berusia setahun(time kejadian.. pengaruh INITIAL-D), baling batu kete orng, tibai getah skarap... ahaha... JAHAT AKU NIH!!! ahaha.. tergelak aku ngenangkan kejahatan aku... (kejahatan aku ni kebanyakkan nya terpengaruh dari tv series... mujur takde internet lagi time aku kecik2)

isk.. ahaha... tergelak aku.... sambil sedih2 skit2....

macam2 dah aku dapat hadiah dari mak ayah aku... rotan, buluh, getah paip, paip PVC, punch bag, hanger, penampar jepun DSB ... tapi respect sama mak ayah aku.. tiada sebarang perkakian yang pernah singgah kat aku... sumenye hand made... orng cakap kalo hand made ni barang2 mahal... mahal sungguh hadiah mak ayah aku....

tapi sebab tu sume la...hadiah handmade yang buat aku berubah dari seorang serigala jadian kepada orang... alhamdulillah....

kire aku untung mak ayah idup lagi...

yang macm member2 aku yang mak ayah dah mengadap ILLAHI... isk... pulak tu time2 raye yang pertama kali mak ayah takde.... isk.. sebak laa...

Orng slalu dok cakap kat aku..."ko sok...... ble dah ade bini..... pulak bini ko pregnent.. baru ko tau susah payah mak ayah ko jage ko dulu... didik ko dulu..."

isk.. besar sacrifice mak ayah aku....

nak balas.. ntah la... susah... tak terbalas... isk nak balas... isk...

...seb bek mak ayah aku tak hantar bill mintak aku setelkan upah+kos membesarkan aku... tu tak masuk kos-kos d' womb hotel yang 9 bulan 10 hari...
tak terbalas aku....

so... sayangi mak ayah time diorang ade.. time smayang jagn lupe doa untuk diorang.... nak balas budi mak ayah.... susah... sampai la ni tak jumpe any finance company yang bleh tolong nak setelkan credit kat mak ayah...

proud wit yer parent... be gud... k ciow

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tunjuk bukti dana RM5b manfaatkan KWSP - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuktikan bagaimana dana sebanyak RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) memberi manfaat kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, MTUC mahu pihak berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa dana sebanyak RM5 bilion itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Beliau berkata, dana tersebut adalah hasil titik peluh pekerja di negara ini dan KWSP bukannya mesin pengeluar wang automatik (ATM) untuk kerajaan.

''Di manakah kertas kerja dan kira-kira yang dapat membuktikan ia dapat menguntungkan KWSP? Setakat jaminan sahaja tidak mencukupi,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Bernama semalam mengenai Nor Mohamed menyatakan KWSP akan mendapat keuntungan daripada RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap.

Prestasi

Menurut Nor Mohamed, ia berasaskan kepada prestasi Valuecap sebelum ini yang meningkatkan portfolionya daripada RM5 bilion pada awalnya kepada RM8 bilion sekarang.

Valuecap yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan syarikat pengurusan dana yang diwujudkan untuk melabur khusus dalam pasaran ekuiti Malaysia dan dimiliki bersama oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Dana Persaraan.

Syed Shahrir menambah, sekiranya asas ekonomi Malaysia adalah kukuh dan rizab negara cukup seperti yang ditegaskan beberapa kali oleh kerajaan selama ini, maka tiada keperluan untuk menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada syarikat milik kerajaan (GLC).

''Kalau KWSP hendak meminjamkan wang kepada kerajaan, maka pihak berkenaan harus memastikan tiada unsur penyelewengan yang akan berlaku dan wang tersebut perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

''Kita juga ingin tahu siapa dia dan bagaimana mereka menggunakan hasil titik peluh pekerja yang disimpan untuk pelan bersara,'' ujarnya.

=============================================================

habisla duit korang..
ahaha nak tergelak aku....
sian pakcik2 yang keje buruh tu.... isk-sik..
najib...najib...

Macam-macam la Orang Malaysia Ni!!!!

Siaran langsung majlis anugerahDMSM Shah Rukh Khan - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee, Astro.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, siaran langsung itu bukan sahaja boleh ditonton oleh rakyat negara ini tetapi juga rakyat India.

Menurutnya, aktor itu dijangka tiba di Melaka pada 29 November ini untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob pada hari yang sama.

''Majlis akan diadakan di Seri Negeri pada kira-kira pukul 10 pagi. Persiapan majlis sedang dibuat,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.

Shah Rukh Khan, 41, menerima anugerah tersebut sempena sambutan ulang tahun Khalil yang ke-70 pada 11 Oktober lalu.

Mohd. Ali berkata, kedatangan Shah Rukh Khan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri sebaliknya aktor itu membayar sendiri tiket penerbangan pergi dan balik.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya menyediakan tempat tinggal untuk satu malam semasa Shah Rukh berada di Melaka.

Menurutnya, aktor itu juga akan dibawa melawat destinasi pelancongan menarik di Melaka seperti Menara Taming Sari dan Eye of Malaysia selain memenuhi acara bertemu peminat.


===========================================================


ahaha.... nak tergelak aku...

korang pikir la sendiri

KENAPA BARU SEKARANG....????

Majlis Fatwa putuskan pengkid haram Utusan Malaysia

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.


==============================================================


ahaha tergelak aku....

kenapa baru sekarang nak haram... tak peka betullah meraka2 ni....

Isnin, 20 Oktober 2008

ni la awek baru aku.... cik CRUZ.... (cinta baru...)






haa ni gambar awek aku yang baru.... istri aku naik meluat evrytime aku spend mase 2gether-gether... cuba usha.. rampin tuh....
kesian istri aku....

yang ni aku jumpe kat bently bukit bintang...

ye la biase la... dah love on d first sight....

terus aku tangkap lentok..
ahaha....

dulu dgn isti aku pun love on the first sight.....

ahaha...
ahaha...
yang ni plak gambar leher awek aku tu.. ghairah.... emmuah... leher beb...


ahaha.. stim.. tiap kali gosok leher awek aku tu... wargh....ahaha
asyik tergelak aku...

Rabu, 15 Oktober 2008

DATUK SRK(shah ruk kan)

ahaha.. nak tergelak aku.. ahaha... DATUK SHAH RUK KAN....
ahahha.. TYT MELAKA macm hampeh... DATUK SHAH RUK KAN...
beruk jiblaun.. ahahaha,,,

Lepas ni bleh bagi kat plakon holiwud.. tak pun golongan di GREENWOOD gombak...
ahaha...
tergelak aku ahaha...

pk la sndri...
ahaha...

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini enggan mengulas bantahan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai penganugerahan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Semalam, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, berkata penganugerahan pingat kebesaran kepada Shah Rukh Khan itu tidak relevan atas kriteria apa pemilihannya.



p/s: asyik tergelak K...Y.....(x-menteri penerangan malaysia)

table on and under

meja
ni just nak tunjuk je keadaan partition aku yang terOVER sejuk.....














what goes up goes down.. ni crita pasal atas meja


















yang ni plak crite pasal bawah meja....
macm2 ada
ahahah tergelak aku.. ahaha.....

SAH SUPERMAN DAH MATI..!

SAH..SUPERMAN dah MATI... (harian metro SElasa 15 Oktober 2008)
kire lepas ni dah tak de crite superman dah kat wayang.. Nomore Superman Return... No more Supperman back... dan Superman Reverse...
dah sume superman dah mati....
kini yang tinggal hanya lah...... BATMAN WONDER WOMAN SPIDERMAN.. kire superhero dah kurang la....

kalo rujuk harian metro superman ni mati sebab ditikam di dada.... kire superman ni lemah kat bahgian dada.. kire spender yang dipakai kat luar tu tak mampu melindungi kekebalan la...
ahaha.. aku tergelak.... ahahaha....
tapi.. knp superman mati kat malaysia...... ahaha tergelak aku.. ahaha















ahaha.. SUPERMAN DAH MATI.......

SAVE the SERVANT......... *tu kurt koben yang cakap....*

aduh.. pening pale.. ahaha.....
member aku sound boss.. BABI sama HARAM JADAH....
ahaha..
HEBAT.. cukup hebat.... we salute u....

bila aku buat chronology memang mamat tu tak salah... yang salah bos dia... (yang kena babi sama hram jadah....)
ahaha...

nak nampak bagus yang kuli kene marah...
sama la macam lembu sapi dapt nama...
tapi seb bek member aku bukan sapi mahupun lembu.. tapi kuli macm aku...
name pun government servant.. servant=kuli...+hamba...
ahahha...

mungkin ni nasib kuli-kuli yang ada sijil.. diploma... yang tak da degree...
kire kuli laa....

tapi ade sangt ke beza kuli ni dgn bos...
aku ingt yang bos pun bukan sume tau...
yang penting hormat each other.. ahahah kadang2...
ahaha
tergelak aku.. aahahaha.....

knp kuli punye pandangan slalu tak diendahkan.. macm la kuli ni hina.. tak da kuli tak da la reja...
kire reja tak siap laa....
mangkuk HAYUn.. ahahaha.. aku gelak lagi...
aahaha...

skudeng