Jumaat, 24 Oktober 2008

Tunjuk bukti dana RM5b manfaatkan KWSP - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuktikan bagaimana dana sebanyak RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) memberi manfaat kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, MTUC mahu pihak berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa dana sebanyak RM5 bilion itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Beliau berkata, dana tersebut adalah hasil titik peluh pekerja di negara ini dan KWSP bukannya mesin pengeluar wang automatik (ATM) untuk kerajaan.

''Di manakah kertas kerja dan kira-kira yang dapat membuktikan ia dapat menguntungkan KWSP? Setakat jaminan sahaja tidak mencukupi,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Bernama semalam mengenai Nor Mohamed menyatakan KWSP akan mendapat keuntungan daripada RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap.

Prestasi

Menurut Nor Mohamed, ia berasaskan kepada prestasi Valuecap sebelum ini yang meningkatkan portfolionya daripada RM5 bilion pada awalnya kepada RM8 bilion sekarang.

Valuecap yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan syarikat pengurusan dana yang diwujudkan untuk melabur khusus dalam pasaran ekuiti Malaysia dan dimiliki bersama oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Dana Persaraan.

Syed Shahrir menambah, sekiranya asas ekonomi Malaysia adalah kukuh dan rizab negara cukup seperti yang ditegaskan beberapa kali oleh kerajaan selama ini, maka tiada keperluan untuk menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada syarikat milik kerajaan (GLC).

''Kalau KWSP hendak meminjamkan wang kepada kerajaan, maka pihak berkenaan harus memastikan tiada unsur penyelewengan yang akan berlaku dan wang tersebut perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

''Kita juga ingin tahu siapa dia dan bagaimana mereka menggunakan hasil titik peluh pekerja yang disimpan untuk pelan bersara,'' ujarnya.

=============================================================

habisla duit korang..
ahaha nak tergelak aku....
sian pakcik2 yang keje buruh tu.... isk-sik..
najib...najib...

Tiada ulasan:

skudeng