Memaparkan catatan dengan label Siri Iblis Pakai Helmet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siri Iblis Pakai Helmet. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2011

Iblis Kini Ber'helmet'....




Selesai tongkatkan motor gua melonggarkan ikatan helmet gua. Dah sepuluh tahun gua pakai motor ni. Ingat nak tukar yang lain, yang lagi besar tapi kewangan menjadi batasan. Gua letak helmet atas motor dan menuju ke arah nursery nak amik bunga. Bunga barang kali tengah berhibur bermain bersama rakan. Sampai di nursery, bunga dah 'redi' bersama beg galas Upin Ipin, lagak persis budak tadika. Gua kira pengaruh daripada senior di nursery.

Gua sambut bunga, selesai ucap terima kasih pada pengasuh, gua berjalan riang bersama bunga sambil menyanyi. Menyanyi lagu 'closing' siri Barney dalam genre pelat. "I leh yu, Yu leh me... , we a-a-a pi pemeli" Riang. Sambil jari kadang kala menunjuk ke arah langit, burung lelayang melintas terbang di kala senja semakin berlabuh.

Tiba di rumah, bersiap untuk solat maghrib. Menanti seruan azan. Selesai sembayang, gua teringat kembali helmet gua yang tertinggal di atas motor. Helmet ini lah antara pelindung kepala gua dengan "curb" jalan sekiranya gua jatuh. 

Betul kata orang tua, dikala senja, sedang azan berkumandang, Iblis akan mencari perlindungan di dalam tandas kerna dek panas seruan azan. Dek seruan azan itulah mungkin Si Iblis mengambil helmet gua untuk dijadikan alat perlindungan ketika dalam pelarian tergesa-gesa ke tandas. Sehingga kini entah mana menghilang. Dan kerana itulah gua kerugian RM40 membeli helmet baru.

Cilakak betul puak-puak Iblis kini.


skudeng