Jumaat, 28 Disember 2012

Kisah hidup gitaris memetik sambil menari

Gua ter... Terbeli....
Cukup bulan kongsi susu dengan R(adam) dan bunga....


Rabu, 26 Disember 2012

efek khas...

Membeli benda alah seperti ini dikala kamu mempunyai bayi adalah slah satu perkara taboo...
Dikhuatiri akan menjejas hubungan kamu dengan bayi....
Apatah lagi jika kamu mengenakan headphone...
Bayi menangis haram tak dengar....


Selasa, 18 Disember 2012

Pesan bos gua...






Bos gua...


Dia selalu pesan...
"orang yang hang nak jumpa  /  telefon tu bukan tuhan, buat pa nak takut"
tapi hari ni dia dalam keadaan yang amat takut...
mungkin dia dalam perjalanan bertemu tuhan...

Khamis, 6 Disember 2012

Merajuk


Sejak ada Adam..
Bunga punya merajuk lain macam...
Kesian ada marah pun ada...
Nak pehatian gamaknye ni...
Cemburu pun ya jugak..

Rabu, 5 Disember 2012

buat bini....

and darlin', 
darlin', 
stand by me, 
oh now now stand by me
Stand by me
stand by me


Selasa, 4 Disember 2012

Ramai...

Ramai
Ada orang kata cetak rompak...

Khamis, 29 November 2012

Semoga jiwa kalian terus kuat...









semoga iman ahli-ahli pemboikot mekdi tidak terpengaruh dengan Prosperity Burger... 
ini semua dakyah.. dakyah belaka...
gua percaya ada yang akan "cair"

Ahad, 25 November 2012

Pimpin..

Peganglah erat erat...
Insyallah...
Babah akan pimpin kamu sampai berjaya...
Dunia dan akhirat...


Khamis, 15 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Dia Tak Balik

Patut time ni ada bayi menangis
kat rumah...
ini tidak... dia kena tinggal kat
wad...
Takpa la...
Anak jantan ni kena berani...
Kena pandai hidup sendiri..


Isnin, 5 November 2012

Menyambut Adam

3 November 2012...

Bini...
Anak kedua gua lahir...
Gua dibenarkan masuk dalam Operation Theater..
Bini kena ceaserean sebab ada masalah dengan plasenta.

Adam...
Dia seorang premature
Tapi alhamdulillah dia tak perlukan incubator..
Dia seorang anak jantan yang kuat.

Gua...
Merasa tengok bini kena operate...
Merasa tengok Adam dalam keadaan segar dari ladang...
Pengalaman kedua teman bini bersalin...
Pengalaman pertama tengok ceaserean...



Sabtu, 3 November 2012

Syukur Bayi Selamat

Alhamdulillah
Dia dah lahir....
Jam 0815, 3 November 2012.
Adik lelaki bunga menangis bukan main kuat... Bersemangat!



Ulang semula

Tahun 2009 lepas 24Febuari bunga dilahirkan...
Sekarang dengan debar yang sama, giliran adik bunga dilahirkan.
Gua tengah menanti dengan cuak, risau...
Susah nak gua bayangkan keadaan jiwa gua.
Mohon kepada tuhan sudah... Bertawakal sajalah sekarang....
Moga semua selamat


Rabu, 17 Oktober 2012

Roti Canai Bermaruah...


ini adalah roti canai bermaruah...
kerana apa ianya bermaruah..
kerana ada telur 2 biji...
dan ini menunjukkan "jantannya"
bukan macam sesetengah roti... 
punya nama jantan tapi tiada telurnya

-roti spesel selangor mansion tea stall-

Selasa, 16 Oktober 2012

Cowboy Bunga..



Ini gua salin mesej bini gua... :

Dahlia jln dlm umh ni mcm cowbow ye. pistol siap masuk dlm tepi sluar, then kua kn pistol berangan menembak. anak dara en. fathi.....
11.30, 16 oct


Sejak semalam Bunga telah berubah minat dari menjadi Ultraman Mebius kepada koboi....
oh anak dara gua....
(gua syak Bunga jadi koboi terpengaruh dari pertunjukan koboi di A famosa Resort)

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rehatnya seorang bapak...



Beginilah gaya rehat seorang bapak...

Jumaat, 5 Oktober 2012

"Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff"

give away wangi happy macam akiff

gua sokong member buat blog...
dia kata boleh bagi wangi kalau bertuah...
blog dia cerita jenis hal "happy family"
kali ni nak bagi minyak atar antarabangsa...
gua sokong



Selasa, 2 Oktober 2012

Gua Dan Jet Peribadi

Dalam sibuk masyarakat menceritakan hal orang lain yang menaiki jet peribadi...
gua turut mencuba rasa menaiki jet peribadi tempoh hari...
ternyata seronok...

 ni gambar ni gua upah photograper...


ni pulak gambar pilot gua yang bertungkus lumus memastikan gua selamat naik dan turun..



sekian....

Isnin, 24 September 2012

Dah Jual...


Gitar tong tu dah gua dah jual...
Ingat nak cekau baru...
Masuk ni dah 3-4 bijik gitar tong gua beli jual...
Ingat nak angkat Taylor sebijik...

Sabtu, 22 September 2012

Menunjuk Marah...

Semalam....
21 September 2012

Ada dua pihak sedang menunjukkan kemarahan...

Satu menghadap ke Chow Kit / KLCC dari jauh

Dan

Satu lagi, betul-betul menghadap muka ke muka dengan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat

Dua-dua menunjuk marah.. tapi yang mana marah lebih bertelur..

Isnin, 10 September 2012

Dahlia Hana...


Ini lah dia ustazah yang selalu tegur-tegur dan marah gua....
Gua baru saja kena marah pasal tak ajak dia keluar beraya...

(punyalah liat nak suruh pakai tudung...kehkehkeh)

Jumaat, 31 Ogos 2012

MERDEKA.... MERDEKA.... MERDEKA...



31 OGOS 2012
SALAM KEMERDEKAAN MALYSIA KE-55
SAYANG MALAYSIA...
KASIH MALAYSIA...

SARANGHAE!!!!




Selasa, 28 Ogos 2012

Bujang dulu-dulu

dulu.. 
taim gua bujang...
gua ada almari jenis ni...
almari jenis ni adalah simbolik kepada kemajuan taraf hidup orang-orang bujang yang merantau  

(credit gambar :MAT SOM-Dato' Lat)

Rabu, 15 Ogos 2012

Bukan Main Riang Nak Raya Tahun Ni...



Bukan main riang lagi bunga... 
Bercekak pinggang...
Baju raya berlambak bukan main...
Hari-hari dok tanya bila nak raya...

Gua pulak...
Bila la bunga nak kolek duit raya....

Selasa, 7 Ogos 2012

Warkah Ramadhan 1433H... Anakanda Berjanji...




wahai bonda dan ayahanda...

anakanda akan pastikan dan berjanji anakanda balik beraya tahun ini...
janji ditepati... 
janji dicapati... 
janji diketupati... 
janji direndangi.. 
janji disampreti... 
janji dibahului.. 
janji dikuih-tarti.. 
janji dilemangi... 
janji dibatang-buruki...

Sekian...

rentetan daripada surat terdahulu :http://semerdutiupanstraw.blogspot.com/2011/08/warkah-aidilfitri.html

Isnin, 30 Julai 2012

Bunga... Puasa.. Dan Pop-pop


Bunga telah menunjukkan sifat seorang kakak yang bertanggungjawab
lepas main mercun pop-pop..... 
kena la sapu kasi bersih

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan 1433H

Semoga puasa kali ini gua tidak :

  • kelentong ayah gua, kata nak buat kerja sekolah matematik (sebenarnya mandi sungai)
  • lepak di jambatan belakang rumah tok yok (arwah) kat juasseh nun sambil "ghembat" buah koko
  • pancing puyu dengan amad
  • mandi bonda dan mengail ikan tilan di Ampang Bangkong (Empangan Bangkong)
  • Lepak umah Apak sambil teguk air
  • Duduk melangut di Kedai Kotong (sambil main game watch putar keluar kacang)
  • Duduk melangut di Kedai Kotong sambil main tikam
  • Merayau pekan Juasseh sambil baca majalah Ujang free kat kedai Kah Lee (pun dah arwah)
  • Tak menjala di Sungai Acheh dengan Amad dan Ajoi...

kehkehkehkeh.. 
ini semua time sekolah dulu....
bila kantoi.. selalu kena tibai

Khamis, 19 Julai 2012

Brader GEDEK -Jejaka Bermuka "ketat"

Brader gedek ni gua folo dah lama... 
cuma komen2 sikit pada blog dia...
blog dia ni elok folo...
ada nilai estatika budaya dan gaya hidup orang malaysia...
Kira hari-hari brader ni update blog dia...

ini kali pertama gua buat review blog dia

nak tau lanjut klik sini






Lepas dia colek lotion isteri beliau... 
tiba-tiba pala otak gua pusing... dan ini lah hasil dia....
(selaras dengan komen gua pada blog brader muka ketat ini)


Memphis Belle


Bagi gua.. filem ni cukup best...
entah berapa kali gua repeat siar filem ini


perihal filem ini boleh dibaca disini :




Rabu, 18 Julai 2012

Bil Air Ghumah Den...

    macam cilako ajo nak bayar bil air (NISMILAN punyo syarikat air) RM6.08.. 
    sogan mo awek cun kek kaunter numbo tigo.. 
    sikit bona... 
    donga ceghito kek slangor free boto ko.. 
    kut boto la free... 
    nak yo tuka pemeritah...

Selasa, 17 Julai 2012

Review Gua.. Kembara Sastera-Nisah Haron (Travelog)


Buku ni gua angkat time Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur -PWTC... yang lepas.
Buku ini adalah terbitan ITBN(Institut Terjemahan & Buku Malaysia)

Review gua bagi buku ni mudah...
Gua Angkat Ibu jari untuk buku ni.
Lengkap dengan catatan perjalanan dari KLIA sehingga ke KLIA semula...
Dari ayat-ayat dalam buku gua tengok penulis (Nisah Haron) adalah "berkoboi" sebagai backpacker ke United Kingdom dan seterusnya ke Dublin.
Kesemua destinasi yang dituju adalah berkaitan dengan penulis, buku, muzium penulis dan perpustakaan.
Secara tidak langsung kunjungan ke setiap destinasi menunjukkan penulis adalah seorang "ulat buku" yang cemerlang.

Contoh lokasi : 
Hay On Wye - Kampung Buku
Stratford Upon Avon - Kawasan Kelahiran Shakespeare



Gua perhati ianya juga mempunyai sedikit pengaruh daripada Travelog Pak Samad -Warkah  Eropah (Terbitan DBP 1991)


p/s : buku ni boleh dijadikan rujukan (selain peta) kalo mau ke UK dan Dublin - lengkap dengan butiran tambang .

Rabu, 27 Jun 2012

SMS...

Dalam perkahwinan perlunya sikap dan sifat romantis pasangan berterusan demi menjamin kelangsungan perkahwinan dengan jayanya... berbagai-bagai kaedah yang boleh digunakan ke arah tujuan ini. Apatah lagi di jaman teknologi dan berkomputer ini. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) juga boleh digunakan sebagai medium perhubungan.

Jesteru itu, gua telah menggunakan kaedah ini sebagai pengikat kebahagian antara gua dan bini. Berikut adalah perbualan secara SMS gua dan bini :


Situasi : Jalan Sesak (dalam kereta)
Area : Kuchai Lama

Gua  : Hie
Bini   : Hie...
Gua  : I Luv U
Bini   : Luv U Too
Gua  : Gemok!!!
......

bini gua tak balas...dia pejam mata.... marah agaknya...

Isnin, 18 Jun 2012

wahai anak adam.....



... dan ingatlah wahai anak adam, semakin tinggi pangkat dan darjat kamu di pejabat makin takut dan menikus lah kamu dengan "tuan" kamu....

Khamis, 14 Jun 2012

Bunga Dah Pandai Menjawab....



Gua marah Bunga...
Bunga kena kemas permainan yang bersepah-sepah...
Ada Ultraman...
Ada Barbie...
Ada perkakas dapur...
Ada Patung Beruang....
Sebelum keluar pusing taman naik motor, Bunga harus kemas...
Dua tiga kali gua suruh..
Bunga... diam.. menggelenggkan kepala...
Tiba-tiba Bunga menggamit gua lantas berbisik...

"Hana kecik lagi.. tak boleh kemas...."

Gua terus kutip semua permainan dalam keadaan terkedu...
Bunga pula tunggu diluar sambil sambung bermain pasir tanpa sebarang perasaan bersalah....

*muka Bunga sebijik macam dalam gambar time menjawab.... 

Isnin, 11 Jun 2012

Review Sadaqa - Ramli Sarip



Takkan hari-hari nak dengar lagu rock trash metal macam dari Iron Maiden, Moon Spell, Led Zappelin...
Cuba dengar pulak lagu ketuhanan, kenabian, kemanusiaan... 

Album Sadaqa dari Ramli Sarip ni adalah salah satu cara Brader Ramli Sarip merapat dan menyumbangkan dana untuk pembinaan Masjid Hasanah, Singapura... Secara tidak langsung yang membeli turut membantu menyempurnakan pembinaan masjid tersebut.
Ada 14 Buah lagu temasuklah lirik nukilan Brader Pyanhabib- Kekasihku, A.Samad Said - Bahasa Terindah
Bahasa Terindah ini adalah faveret gua...

Album ini hanya dipasarkan di Singapura.. Di Malaysia kontek Brader Pyan untuk beli

Gua dapat hari Jumaat.. by hand dari brader Pyanhabib..

 di bawah, gua petik dari FB brader Pyanhabib

ASSALAM. 
1. Kepada anda yang bertanya dan mahu membeli buku puisi gua, Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad). Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos.
*Kepada yang malas pergi kedai buku MPH, ha!

2. Kepada yang bertanya dan mahu membeli Sadaqa, album terbaru Ramli Sarip yang sebahagian daripada jualannya disumbang untuk masjid di Singapura, banking RM70 kepada akaun yang bernombor sama, SMS kepada nombor yang sama dan sertakan alamat lengkap untuk kiriman pos. Sekian, terima kasih.
*Dalam album Sadaqa ada lagu `Kekasihku'. Ini lagu, liriknya gua bikin.


Khamis, 7 Jun 2012

Kampung Gua...








Gua dengan bini... bunga tido.. kehkehkeh

Ahad, 13 Mei 2012

Drum...

gua teringin yang macam bawah ni....
 disebabkan jenis ini memakan ruang yang amat besar...
gua terpaksa beralih kepada jenis digital yang agak kompak dan kopak(duit)


 namun bajet kewangan megatasi segalanya....

mungkin jenis ini... tapi tetap tak mampu....
yang jenis macam bawah ni la nampaknya...


Rabu, 9 Mei 2012

Balada Pyanhabib











pyanhabib yang menyelit, 
kadang menerangguh,
kadang menyelinap,
kadang menyusup di antara kita

berpuluh tahun baru kini dibukukan secara 'mainstream'
ketika di majlis pelancaran (6Mei2012) itulah kali pertama gua mendengar kembali Bapakku Seorang YB secara live.
setelah berbelas tahun lalu. (hampir 20 tahun lalu)


satu koleksi puisi daripada Pyanhabib Rahman yang harus dimiliki. Puisi yang bertemakan kemasyarakatan, politik, cinta dan kehidupan yang diterjermahkan secara jujur melalui prosa-prosa yang tersusun.
Terselit juga kepingan-kepingan gambar peribadi "kutu rocker" ini yang secara tidak langsung menceritakan perjalanan kisah hidupnya.

-sekian-

terbitan ITBM




skudeng