Selasa, 17 Julai 2012

Review Gua.. Kembara Sastera-Nisah Haron (Travelog)


Buku ni gua angkat time Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur -PWTC... yang lepas.
Buku ini adalah terbitan ITBN(Institut Terjemahan & Buku Malaysia)

Review gua bagi buku ni mudah...
Gua Angkat Ibu jari untuk buku ni.
Lengkap dengan catatan perjalanan dari KLIA sehingga ke KLIA semula...
Dari ayat-ayat dalam buku gua tengok penulis (Nisah Haron) adalah "berkoboi" sebagai backpacker ke United Kingdom dan seterusnya ke Dublin.
Kesemua destinasi yang dituju adalah berkaitan dengan penulis, buku, muzium penulis dan perpustakaan.
Secara tidak langsung kunjungan ke setiap destinasi menunjukkan penulis adalah seorang "ulat buku" yang cemerlang.

Contoh lokasi : 
Hay On Wye - Kampung Buku
Stratford Upon Avon - Kawasan Kelahiran Shakespeare



Gua perhati ianya juga mempunyai sedikit pengaruh daripada Travelog Pak Samad -Warkah  Eropah (Terbitan DBP 1991)


p/s : buku ni boleh dijadikan rujukan (selain peta) kalo mau ke UK dan Dublin - lengkap dengan butiran tambang .

Tiada ulasan:

skudeng