Isnin, 24 Oktober 2011

TLC Campaign 2011 -sponsored post

Gua dapat email dari Nuffnang. 
Nak menolong kena ikhlas. 
Bab-bak ikhlas ni kerja kita sama tuhan. 
Sedekah ni ikut pilihan lu orang sendiri 







Donate to the fund

Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. 
Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank). 
After you have made the transfer, kindly send a screenshot of proof of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com.


Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Sup Daging Luruh Sururi Masjid Alam Shah...

Restoran Sururi ni gua kira satu restoran rakyat, semua orang yang ada dalam 7 ringgit boleh pekenanasi tambah sup daging paling power dalam Kuala Lumpur dengan teh. Rata-rata yang menghirup sup di sini adalah orang yang berstatus otai! Yang muda remaja, ini bukan tempatnya. Restoran ni letak di penghujung Jalan Pasar di tingkat bawah flat bersebelahan Masjid Alam Shah

Sup disini gua kira sudah dua ganerasi bikin. Dari bapak (pengasas Sururi telah meninggal) hingga lah ke anaknya. Gua dah kenal sup ni kira-kira 6 tahun sudah. Dulu sup cuma ada dalam 4 hari saja Selasa sampai Jumaat... Sekarang stright 5 hari. Sori hujung minggu tak da sup. Tutup! Cuma hari Khamis ada spesel nya... Ada Sup Kambing.

Apa hebatnya sup di sini?
Sup disini dagingnya luruh lembut empuk. Budak baru tumbuh gigi pun boleh layan daging. Picit guna jari pun boleh luruh daging dari tulang. Dalam periuk saiz XXL boleh nampak sekali sekali buah pelaga berenang-renang, lemak-lemak dan urat-urat tenggelam timbul. Member-member yang gua bawak semua puas hati. Gua gerenti!

Gua baru bawak sorang panel rasa yang cukup otai. Nah! ni gambar beliau penuh puas. Dengar cerita brader ni tangkap rindu sama sup ni!


 Nasi Banjir Sup


 Selesai..Hirup teh sambil pejam mata
Kuah sup gua tak tau hilang pegi mana...


Brader ni puas dan terus rindu sampai hari ni.....

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ini Cerita Bunga, Dahlia Hana



Lahir pada hari Selasa, 24 Februari 2011. Mujur tidak kena pada tarikh tahun lompat.Jika tidak pasti empat tahun sekali tambah umur. Lambat tua. Lahir 12.45 tengahari, orang kata bayi lahir tengahari berkulit gelap. Tapi Dahlia berkulit cerah. Rupa-rupanya itu semua tidak benar.




Lahir dengan rambut lebat dan beropol-ropol. Tapi sekarang entah ke mana hilangnya rambut ropol-ropol. Ini semua kerja tuhan.



Menagada-ngada. Kadang-kadang membuat hati babah dan mama panas. Bila pujuk, susah nak elok. Tapi lama-lama, baru nak dengar kata. Sekali senyum hilang panas hati.

Suka menyanyi. Kadang-kadang sambil menyanyi Dahlia menari. Babah dan Mama pun wajib menari sama. Kalau tidak dia menangis sambil menonggeng. Gaya apa entahlah. Bila menari suka berpusing-pusing macam gasing.


Mula-mula pegang pensil, sudah nampak gaya macam budak tadika. Sekarang umur dua tahun lapan bulan sibuk bermain dengan kaler krayon. Semua jenis buku habis kena kaler. Macam-macam jenis corak dia buat. Alhamdulillah, dinding rumah tak sesuai dijadikan tapak mural. Bila Dahlia bosan ajak Babah lukis. Babah lukis kartun, tikus, kucing, rabbit, siput, barney. Kadang-kadang Dahlia suruh lukis bunga dan bintang.

Masuk cerita kaler. Semua jenis kaler adalah hijau. Babah pegang dan tunjuk batang krayon kaler merah. Dahlia kata  kaler hijau. Babah tunjuk kaler kuning pun Dahlia kata  kaler hijau.




Bila malam, pusing-pusing satu Kuala Lumpur nampak bangunan cerah, berlampu limpah. Dipanggilnya KLCC. Tabung Haji pun dah jadi KLCC sekarang.

Minta susu, selalu suruh Mama buat. Kalau Babah buat menangis kering air mata pun Dahlia tak minum.

Tika tidur, Dahlia tak suka selimut, cuma suka dipeluk. Tak kisahlah siapa, Babah atau Mama jangan cerita, pasti lena.


p/s : Gua patut buat cerita ni Februari lepas.

Ketumbit...



Mata Bini Kena Ketumbit.
Sebab Mengintai Gua Rasanya....

Rabu, 12 Oktober 2011

Tiada Teh Selain Teh Selangor Mansion




Hari ni gua pusing area Masjid India. Betul kata Brader Pyanhabib, teh tarik di Selangor Mansion ini sedap.
Pagi ni gua melantak Nasi Briayani, Teh Ais, Teh Tarik tak lupa sebagai lelaki, gua mesti kekal berstamina gua pesan telur setengah masak.

Teh Tarik adalah pesanan terakhir gua. Gua hembus buih, meleleh buih dari bibir gelas turun ke permukaan 'stainless steel' meja. Sambil hirup gua pandang kiri kanan. Betul, ini lah mukim terbaik untuk menikmati Teh Tarik. Sruut.. sruut.... gua hirup. Rasa kelat teh, rasa lemak susu memang seimbang. Berpeluh dahi.

Lain kali gua singgah gua mesti pesan Roti Banjir sama Teh Tarik!

Dan......


Gua Naik Saksi Tiada Teh Tarik Selain Teh Tarik Selangor Mansion

Selasa, 11 Oktober 2011

ok... Ni Surat Betul Punya Epic....

Surat ni dah lama gua simpan... dah tiba masanya untuk gua tunjukkan pada lu orang semua!
CLICK untuk besarkan !


skudeng