Ahad, 31 Julai 2011

Esok Lusa Dah Nak Puasa...


Esok lusa dah nak puasa...
Macam-macam persediaan dan ragam orang nak sambut puasa
Ada yang berazam nak puasa penuh, ada yang tertanya-tanya menu untuk moreh, ada yang mula mencari karbait dan pelbagai. Udah namanya pun manusia, taste lain-lain.

Dan persediaan paling bangsat adalah :

hantar kereta service power window.. mana lah tau... tengah-tengah nak oder Mek D Drive Thru,  tingkap pulak buat hal...

Khamis, 28 Julai 2011

Gua Harap Harimau Malaya Pukul Singa Ekor Duyong


Gua Syak Dia Dah Bau Darah Singa Ekor Duyong Sembur Air

dari subuh sampai nak masuk zohor, gua berdoa mohon pada tuhan biar bunga tak ulang DVD UPIN IPIN, RIO, TOY STORY, BARNEY

Rabu, 27 Julai 2011

Puting



bapak yang "chomel" adalah bapak yang membawa puting anaknya ke pejabat

Selasa, 26 Julai 2011

Tabung







ok... Bunga dah ada tabung... 




p/s : gua gembira sambil nyanyi lagu Cincin Emas - A. Rahman Onn 
         (hilang loudness gua)








Isnin, 25 Julai 2011

Loudness 24 Julai 2011

 SOFEA

....Gua....

Minoru - Amy 
Speaker

 ...Masayuki...
Kaki Pukul

Part of the band

 The Stage

 Ok

 Wakil Kampung Gua

Akira
Jari Pantas

Rabu, 20 Julai 2011

B.O.D.E.K


Ok... 
2 Tahun Gua Kerja Gua Dapat Anugerah Ni
Gua Dapat Anugerh Ni Sebab  BODEK
-full stop-

H.A.P.P.Y



H.A.P.P.Y...full stop

Selasa, 12 Julai 2011

Penyimpan Mohor...



Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah...

Dah bersara dah dari scene Umum Tarikh Puasa, Tarikh Raya, kalau tak silap gua 7 Januari 2011. 
Dari gua kecik, start mengenal raya, memang gua tunggu-memang Pak Engku la yang umumkan tarikh puasa dan tarikh raya. Dulu gua ingat kalau dia tak muncul maka tiadalah raya.Dan gua juga ingat dialah yang teropong anak bulan. Time Pak Engku nak umum tarikh, satu rumah sunyi sepi. Kalau esoknya raya, bersorak gembira. Tapi kalau tak jadi raya esok.....gua tetap spare air sarsi bawah katil!

Memang Pak Engku membawa seribu kegembiraan kepada kanak-kanak di Malaysia untuk memakai sepatu baru dan baju baru.

Tahun ni orang baru akan umum tarikh puasa. Macam mana agaknya gaya penyampaian. 


Bisik


Anak Perempuan Yusuf Taiyob dah mula berbisik...
Salah satu tanda Ramadhan menghampiri.
Selain daripada tanda "SALE" dan iklan perabot "COURT MEMONT"

Sabtu, 9 Julai 2011

Sabtu 9 Julai



Gua dan bapak layan BERSIH @TV Selangor....
Habis layan... Lepak Bersama Pekena Teh Tarik...
Sama-sama puas....

Jumaat, 8 Julai 2011

Keseorangan


Keseorangan...
Hanya Teknologi...

Khamis


berbaju batik bukan tandanya gua tak layan LOUDNESS

Selasa, 5 Julai 2011

Join Venture Nursery

Baru-baru ni ada proposal. Proposal untuk menjadikan gua sebagai pelabur dalam projek pusat asuhan kanak-kanak dan bayi. Pendek kata gua diajak untuk Join Venture. Jadi partner. Jenis celik atau jenis "sleeping". Ini adalah satu bisnes yang baru bagi gua. Memang gua pernah meniaga. Meniaga pulak adalah minat gua.

Tapi yang jadi pelik, ni jenis nursery bukak anytime. Anytime kena mengasuh, tukau baju budak, bagi makan, sikat rambut dan lain-lain yang berkaitan.

Tapi semalam gua terpaksa bagi tau bakal share holder gua. Gua tak mau mengasuh atau terlibat dalam bisnes ini. Gua rasa, komitmen yang sedia ada sekarang pun dah cukup berat. Apatah lagi nursery ini jenis "anytime-on" tak off-off. Dan gua yakin partner gua akan menangis. Menangis semahu-mahunya. Gua tekad. Gua tarik diri.

Padan Muka Bunga! Menangis la kau wahai anak!

-jenis yang bakal gua asuh-

Jumaat, 1 Julai 2011

Iblis Kini Ber'helmet'....




Selesai tongkatkan motor gua melonggarkan ikatan helmet gua. Dah sepuluh tahun gua pakai motor ni. Ingat nak tukar yang lain, yang lagi besar tapi kewangan menjadi batasan. Gua letak helmet atas motor dan menuju ke arah nursery nak amik bunga. Bunga barang kali tengah berhibur bermain bersama rakan. Sampai di nursery, bunga dah 'redi' bersama beg galas Upin Ipin, lagak persis budak tadika. Gua kira pengaruh daripada senior di nursery.

Gua sambut bunga, selesai ucap terima kasih pada pengasuh, gua berjalan riang bersama bunga sambil menyanyi. Menyanyi lagu 'closing' siri Barney dalam genre pelat. "I leh yu, Yu leh me... , we a-a-a pi pemeli" Riang. Sambil jari kadang kala menunjuk ke arah langit, burung lelayang melintas terbang di kala senja semakin berlabuh.

Tiba di rumah, bersiap untuk solat maghrib. Menanti seruan azan. Selesai sembayang, gua teringat kembali helmet gua yang tertinggal di atas motor. Helmet ini lah antara pelindung kepala gua dengan "curb" jalan sekiranya gua jatuh. 

Betul kata orang tua, dikala senja, sedang azan berkumandang, Iblis akan mencari perlindungan di dalam tandas kerna dek panas seruan azan. Dek seruan azan itulah mungkin Si Iblis mengambil helmet gua untuk dijadikan alat perlindungan ketika dalam pelarian tergesa-gesa ke tandas. Sehingga kini entah mana menghilang. Dan kerana itulah gua kerugian RM40 membeli helmet baru.

Cilakak betul puak-puak Iblis kini.


skudeng