Isnin, 25 April 2011

Meniaga...



Meniaga di bazaar ramadhan cukup seronok.
Setiap tahun gua melibatkan diri gua dalam scene ni. Punca dari nak cari duit lebih time raya. Dalam scene ini, ketabahan, kerajinan, keberanian dan memiliki muka jenis tembok memang penting. Apatah lagi skill memujuk dan menjawab perlu disematkan dalam “soul”.

-Muka tembok kalo letih, peduli hape bulan pose (ni gambar kutu lain ni.. member gua kehkehkeh)-

Gua pernah meniaga jenis repair2 pc dan laptop. Gua pernah meniaga kerepek. Gua pernah meniaga tudung. Gua pernah meniaga baju. Gua juga pernah meniaga jeans. Gua pernah meniaga kerongsang Kristal.

 -gua letak kerongsang, jeans, baju, kerepek... pendek kata macam 7e-

Macam2 jenis orang lu boleh jumpa bila terlibat dalam scene ni.
Dulu time gua meniaga baju ada sorang brader ni telah up temper gua. “Dik baju jenis ni tempat abang baru 10 ringgit”. Gila. Terus terang gua cakap 10 ringgit pun modal tak lepas. Brader tu siap meniupkan sentimen perkauman. Chait! Gua steady. Gua halau brader tu. Kehkehkeh...

Gua meniaga kerongsang plus butang baju melayu masa nak raya. Ada sorang cikgu Tanya gua, “dik kenapa sume kerongsang yang saya beli sume tak tahan lama. Kenapa manik ke Kristal dia selalu tercabut". Ini soalan cilaka! Soalan bodoh perlukan jawapan yang bodoh. Sudah pasti, kerna jawapan gua itu, cikgu tu terpaksa angkat barang sebagai menutup kemaluan atas soalan yang bodoh.

Ada orang singgah gerai gua, jenis sombong. “Jangan tipu abang la, abang dari KL tau!” Gua dah sebelas tahun duduk KL...kehkehkeh. Gua meniaga murah lagi dari harga KL. Gua tau orang Kuala Pilah bukan jenis kaya.

Ada orang jenis kurang hajar. Tawar sampai harga mau cecah lantai. Gua tak setuju. Lantas barang niaga gua yang dipegang olehnya dihempas sambil menggomel ntah apa ntah. Kurang Hajar.

Semua pelanggan di atas adalah melayu!

Bila meniaga, bukan sekadar untung gua nak cari. Pahala pun gua mesti cari, jadi gua sedekah. Sungguh bila sedekah, gua tak pernah rugi. Mesti ada untung. Gua percaya, dalam setiap ringgit gua ada hak “orang lain”.

Bila ada member kutu gua nak tumpang letak barang, gua tak kesah. Gua jualkan. Sama-sama nak senang.




Tapi tahun ni gua rasa gua tak mau meniaga,gua nak join geng takbir rumah ke rumah malam raya boleh sebat sup tulang!

p/s : gua dah ready nak raya!!!

3 ulasan:

Najwa Aiman berkata...

Aiiii...??? Dah nak raya dah...???

pye:rudz berkata...

power betul teleskop kau. baru april dah nampak anak bulan syawal.

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

ini di gelar "wawasan"...

*****anda berpandangan jauh....

skudeng