Jumaat, 29 April 2011

Esok Sabtu... 30 April 2011




...tengahari pukul 1-2....
(itu hari gua turun ada monoloque)


...petang 3-5...
(gua nak autograph untuk TAPAI dan TST)

...lepas maghrib 8-11...
(bangging)

habis selesai perkara di atas



Khamis, 28 April 2011

Bapak Paling Bangang...


Bapak paling bangang adalah, bapak yang membawa anak kecil nya di dalam bakul motor sambil langgar isyarat merah  sebagai tanda berhenti.

"Gua tak kesah kalau Bapak, anak dan motornya mati". 
Apa yang gua kesah adalah si isteri yang hilang suami. 
Susahlah gua kalau gua yang kena "menikah" bininya kelak.

kehkehkehkeh

Isnin, 25 April 2011

Meniaga...



Meniaga di bazaar ramadhan cukup seronok.
Setiap tahun gua melibatkan diri gua dalam scene ni. Punca dari nak cari duit lebih time raya. Dalam scene ini, ketabahan, kerajinan, keberanian dan memiliki muka jenis tembok memang penting. Apatah lagi skill memujuk dan menjawab perlu disematkan dalam “soul”.

-Muka tembok kalo letih, peduli hape bulan pose (ni gambar kutu lain ni.. member gua kehkehkeh)-

Gua pernah meniaga jenis repair2 pc dan laptop. Gua pernah meniaga kerepek. Gua pernah meniaga tudung. Gua pernah meniaga baju. Gua juga pernah meniaga jeans. Gua pernah meniaga kerongsang Kristal.

 -gua letak kerongsang, jeans, baju, kerepek... pendek kata macam 7e-

Macam2 jenis orang lu boleh jumpa bila terlibat dalam scene ni.
Dulu time gua meniaga baju ada sorang brader ni telah up temper gua. “Dik baju jenis ni tempat abang baru 10 ringgit”. Gila. Terus terang gua cakap 10 ringgit pun modal tak lepas. Brader tu siap meniupkan sentimen perkauman. Chait! Gua steady. Gua halau brader tu. Kehkehkeh...

Gua meniaga kerongsang plus butang baju melayu masa nak raya. Ada sorang cikgu Tanya gua, “dik kenapa sume kerongsang yang saya beli sume tak tahan lama. Kenapa manik ke Kristal dia selalu tercabut". Ini soalan cilaka! Soalan bodoh perlukan jawapan yang bodoh. Sudah pasti, kerna jawapan gua itu, cikgu tu terpaksa angkat barang sebagai menutup kemaluan atas soalan yang bodoh.

Ada orang singgah gerai gua, jenis sombong. “Jangan tipu abang la, abang dari KL tau!” Gua dah sebelas tahun duduk KL...kehkehkeh. Gua meniaga murah lagi dari harga KL. Gua tau orang Kuala Pilah bukan jenis kaya.

Ada orang jenis kurang hajar. Tawar sampai harga mau cecah lantai. Gua tak setuju. Lantas barang niaga gua yang dipegang olehnya dihempas sambil menggomel ntah apa ntah. Kurang Hajar.

Semua pelanggan di atas adalah melayu!

Bila meniaga, bukan sekadar untung gua nak cari. Pahala pun gua mesti cari, jadi gua sedekah. Sungguh bila sedekah, gua tak pernah rugi. Mesti ada untung. Gua percaya, dalam setiap ringgit gua ada hak “orang lain”.

Bila ada member kutu gua nak tumpang letak barang, gua tak kesah. Gua jualkan. Sama-sama nak senang.




Tapi tahun ni gua rasa gua tak mau meniaga,gua nak join geng takbir rumah ke rumah malam raya boleh sebat sup tulang!

p/s : gua dah ready nak raya!!!

Isnin, 18 April 2011

Imperialisma


New documents reveal cover-up of 1948 British 'massacre' of villagers in Malaya

Foreign Office intervened to halt an investigation in the 1990s by Malaysian authorities into the deaths of 24 unarmed villagers





Communist prisoners are held during the Malaya emergency of the late 1940s. Photograph: Jack Birns/Time & Life Pictures
The Foreign Office intervened to stop a criminal investigation into the alleged massacre of 24 unarmed villagers by British troops, in a cover-up that puts Britain's colonial past under renewed scrutiny. Newly disclosed documents reveal that in the 1990s UK officials pressured Malaysian authorities into aborting a police inquiry into the alleged killings by Scots Guards in Malaya in 1948.
They reveal that Malaysian police officers contacted Interpol and were due to visit the UK in 1993 to interview soldiers involved in the shootings, only for the Foreign Office to pressure the country's high commissioner into halting the visit. One memorandum states that senior Foreign Office officials later met Malaysian police chiefs to discuss closing the inquiry shortly before it was aborted.

terlalu sibuk hal orang lain.. rupanya di Malaya pun pernah jadi... jahanam imperialisma

Rabu, 13 April 2011

Lempang...

Dulu gua pernah tampar seorang mamat...
punca.... sebab kacau adik gua...
adik gua balik mengadu.. menangis...
esok dalam bas... gua lempang... setel...

Lepas tu mamat tu meninggal...

Power tak gua...



p/s : dah bertahun dah budak (member skolah gua) tu meninggal... sebab athma...  (al-fatihah)

Isnin, 11 April 2011

Hensem...

Tadi Kak Sabariah sound gua...
"Fathi.. potong la rambut tu.. panjang serabai...tak hensem..."

Gua berambut pendek hensem!

STOP!


Jumaat, 8 April 2011

Telur Tiruan....


Betul ka?
Boleh mati ka..?

Dulu kat kampung gua ada sorang apek tukang baiki jam mati sebab telur. Ntah betul entah tidak.Gua tak pasti. Dari apa yang orang story kat gua, apek ni mati sebab telur.

Kalau ikut orang yang meng"panglipulara"kan kisah ni, apek sorang ni memang into scene repair jam. Apa jenis jam pun kalo hantar kat apek ni pasti elok semula. hidup semula. Tapi sayang mati kerana telur.

Dari cerita sumber, yang juga merupakan seorang pelanggan terakhir apek tersebut, ketika sedang menunggu apek ni repair jam, tiba-tiba apek ni berlari-lari anak menuju ke jamban sambil tangan menggenggam objek dicelah kangkang. Dan tak lama kemudian kecoh dari arah jamban. Apek ni mati dalam jamban, dengan kanta melekat di mata dan zip seluar terbuka.

Mati Mengejut... ntah... mati sebab apa ntah laa... telur mungkin kot.?

p/s : lagi lawak kalau lu orang baca kat google translate versi english!

kredit gambar : http://ltwatchgallery.blogspot.com/

Selasa, 5 April 2011

Review gua.. CEWAH...


"Pestaim" seumur hidup gua... turun gerai burger gua oder buku... buku Cewah...
gua beli buku ni di gerai burger rokes yang dioperated kan oleh Pipiyapong

Cewah satu bentuk bahan bacaan berjilid yang mampu membuat gua tersenyum.. tak tebal.. tak pula nipis..
Cewah juga merupakan himpunan berjilid tulisan dari blog Hilang Punca
Cewah juga terselit gambar-gambar penulis yang gua kira art...
Bila gua baca buku ni, gua dapat rasakan yang penulis telah memulakan hidup di antara tahun lewat 70'an - awal 80'an  dan membesar dan terus membesar sehingga kini.... menjadi ahli perniagaan...


Berbagai tauladan yang boleh diikuti... terutamanya bermula dari peringkat pendidikan pra sekolah... sehingga... NTAH...


Kenapa gua beli walaupun gua membaca blog kutu sorang ni....?
Sebab "RARE"... bukan terbitan Fajar, Sasbadi, Dewan Bahasa Pustaka, mahupun Pelangi.. dan gua suka gelak!

kahkahkah...

gambar punca : sol-jah

Sabtu, 2 April 2011

Teringin....



Kadang kala gua teringin untuk menjadi saudagar minyak...
Minyak petrol sudah tentu...
Kalau boleh ke Libya... gua korek minyak...
Gua akan dagang minyak gua di Malaya...
Gua akan letak harga kaw-kaw weh!!
Baru la gua kaya tahap mutlak!
Dan lu orang semua akan menderita....


yang benar...
-Gua Yang Kapitalis-

skudeng