Memaparkan catatan dengan label MALAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYA. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2009

Jangan Pentingkan Diri... Tapi..KRONI!!!

Dr. M: Pemimpin Melayu pentingkan diri -Utusan Melayau

DR. MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan bekas anggota-anggota perajurit yang hadir pada Mesyuarat Agung
Penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di Ipoh, semalam. - BERNAMA

IPOH 20 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu yang masih keliru dalam perjuangan mereka sehingga meletakkan masa depan bangsa dalam keadaan yang tidak menentu dan gelap.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, masalah tersebut berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

"Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu.

"Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran begitu ramai orang Melayu pada majlis berkenaan jelas sekali menunjukkan perasaan cemas dan insaf tentang masa depan mereka.

"Ini merupakan satu perasaan yang baik kerana kalau tidak insaf dan cemas, kita akan tidur. Orang Melayu memang macam itu, suka pada perkara yang mudah dan bila tidak ada buat apa-apa, mereka tidur," katanya.

Menurut beliau, orang Melayu mula bersatu selepas adanya cadangan penubuhan Malayan Union apabila menyedari ia akan menghakis kuasa raja-raja dan masa depan bangsa akan ditentukan oleh British.

Pada masa itu katanya, barulah timbul rasa cemas seperti sekarang kerana bimbang ia akan menamatkan riwayat bangsa Melayu.

Kata beliau, usaha menyatupadukan bangsa Melayu pada ketika itu adalah dengan menubuhkan UMNO untuk mempertahankan kedudukan mereka dan dalam keadaan cemas itu juga Melayu mempunyai kekuatan hasil perpaduan.

Jelas Dr. Mahathir, masalah timbul apabila begitu ramai orang yang hendak menjadi Yang Berhormat (YB) manakala golongan ulama dalam UMNO yang tidak ada tempat mula keluar parti.

Katanya, apabila Pas ditubuhkan, undi Melayu berkurangan kerana berpecah sesama sendiri tetapi ramai masih berpendapat Melayu akan terus menyokong UMNO apabila Barisan Nasional (BN) menang berkali-kali dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun masa telah berubah apabila ada pemimpin yang mahu jadi YB kerana hendak menjadi Perdana Menteri, menteri dan siapa yang tak dapat tempat akan mendapat kontrak.

"Niat untuk perjuangan sudah tidak ada tetapi lebih kepada elaun YB dan kedudukan. Makin lama makin merosot minat perjuangan UMNO di kalangan pemimpin," katanya.

Menurutnya, apabila perjuangan asal parti diketepikan, minat untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah air akan runtuh dan hilang sama sekali.

"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin.

"Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak," katanya.




Lepas ni Melayu satu Malaya pakat pangkah sama UMNO...
Pemimpin Melayu kena pentingkan kroni dari diri....
ahaha tergelak aku

Selasa, 9 Jun 2009

MURID-MURID DI MALAYA....

Kenapa sampai hari ni murid-murid di Malaya menjadi mangsa politik...
Mengapa.... jawi... bahasa malaysia... bahasa melayu... bahasa inggeris... bahasa melayu... bahasa inggeris.... lepas ni bahasa apa???

Bahasa URDHU, SANSKRIT,........ ahahah KESIAN

Kepala bebudak makin runcing.... KESIAN!!!!

Jesteru itu... MURID-MURID... HORMATILAH PEMIMPIN!!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

WOI.......... NAK CAKAP TU INGAT TUHAN WOI.......!!!

punyai rekod kesihatan baik - SPR (utusan online)

PUTRAJAYA 28 Mei - Perlukah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan peraturan yang mewajibkan seseorang calon dalam pilihan raya mempunyai rekod kesihatan yang baik?

Langkah itu bertujuan untuk memastikan setiap wakil rakyat tersebut dapat berkhidmat dengan lebih berkesan selain mengelakkan kebarangkalian berlakunya pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan kerana berlaku kematian.

Dalam hal ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, suruhanjaya tersebut hanya boleh memberikan nasihat kepada parti-parti politik agar memilih calon wakil rakyat yang mempunyai rekod kesihatan yang baik.

''Saya nasihat elok pilih yang sihat, tetapi soal kematian ini kita tidak tahu kerana ada orang yang hari ini nampak sihat pun kalau ditakdirkan dia meninggal dunia, dia meninggal dunia juga, macam berlaku kemalangan.

''Kita minta janganlah ada kematian wakil rakyat lagi tetapi kalau ada juga kematian kita tidak boleh persoalkan, pilihan raya kecil tetap perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas kekerapan berlakunya pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu.

Dalam perkembangan yang lain, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak boleh menyifatkan kempen Pilihan Raya Kecil DUN Penanti yang berlangsung sekarang adalah yang terbaik meskipun mengakui suasana di sana cukup tenang.

''Suasana begitu aman tetapi kita tidak boleh menjadikan ia sebagai contoh terbaik atau kayu ukur bahawa ia adalah pilihan raya kecil yang terbaik.

''Ini kerana parti utama iaitu BN tidak bertanding, jadi kita tidak boleh jadikan sebagai contoh," katanya.

Mengenai kenyataannya semalam bahawa pilihan raya kecil mungkin diadakan sekali lagi jika calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menang dan didapati bersalah atas dakwaan memberi sogokan atau tawaran jawatan, Abdul Aziz menjelaskan, perkara itu tidak bermaksud SPR bertindak melampaui bidang tugasnya.

''Ia bermaksud sekiranya calon sendiri melakukannya tetapi sekarang ia tidak dapat disahkan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang siasat, bukan SPR yang siasat," katanya.

Mengenai dakwaan calon Bebas, Aminah Abdullah bahawa dia ditawarkan ganjaran wang dan jawatan, beliau menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

''Kita tidak ada pegawai penguat kuasa undang-undang, SPR juga tidak buat siasatan kerana kita tidak ada pegawai penyiasat tetapi SPRM ada," katanya.



MACAM ADE TAKUT KALAH JE...

ahaha DEMOKRASI TERPIMPIN.....

skudeng