Isnin, 30 Julai 2012

Bunga... Puasa.. Dan Pop-pop


Bunga telah menunjukkan sifat seorang kakak yang bertanggungjawab
lepas main mercun pop-pop..... 
kena la sapu kasi bersih

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan 1433H

Semoga puasa kali ini gua tidak :

  • kelentong ayah gua, kata nak buat kerja sekolah matematik (sebenarnya mandi sungai)
  • lepak di jambatan belakang rumah tok yok (arwah) kat juasseh nun sambil "ghembat" buah koko
  • pancing puyu dengan amad
  • mandi bonda dan mengail ikan tilan di Ampang Bangkong (Empangan Bangkong)
  • Lepak umah Apak sambil teguk air
  • Duduk melangut di Kedai Kotong (sambil main game watch putar keluar kacang)
  • Duduk melangut di Kedai Kotong sambil main tikam
  • Merayau pekan Juasseh sambil baca majalah Ujang free kat kedai Kah Lee (pun dah arwah)
  • Tak menjala di Sungai Acheh dengan Amad dan Ajoi...

kehkehkehkeh.. 
ini semua time sekolah dulu....
bila kantoi.. selalu kena tibai

Khamis, 19 Julai 2012

Brader GEDEK -Jejaka Bermuka "ketat"

Brader gedek ni gua folo dah lama... 
cuma komen2 sikit pada blog dia...
blog dia ni elok folo...
ada nilai estatika budaya dan gaya hidup orang malaysia...
Kira hari-hari brader ni update blog dia...

ini kali pertama gua buat review blog dia

nak tau lanjut klik sini






Lepas dia colek lotion isteri beliau... 
tiba-tiba pala otak gua pusing... dan ini lah hasil dia....
(selaras dengan komen gua pada blog brader muka ketat ini)


Memphis Belle


Bagi gua.. filem ni cukup best...
entah berapa kali gua repeat siar filem ini


perihal filem ini boleh dibaca disini :




Rabu, 18 Julai 2012

Bil Air Ghumah Den...

    macam cilako ajo nak bayar bil air (NISMILAN punyo syarikat air) RM6.08.. 
    sogan mo awek cun kek kaunter numbo tigo.. 
    sikit bona... 
    donga ceghito kek slangor free boto ko.. 
    kut boto la free... 
    nak yo tuka pemeritah...

Selasa, 17 Julai 2012

Review Gua.. Kembara Sastera-Nisah Haron (Travelog)


Buku ni gua angkat time Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur -PWTC... yang lepas.
Buku ini adalah terbitan ITBN(Institut Terjemahan & Buku Malaysia)

Review gua bagi buku ni mudah...
Gua Angkat Ibu jari untuk buku ni.
Lengkap dengan catatan perjalanan dari KLIA sehingga ke KLIA semula...
Dari ayat-ayat dalam buku gua tengok penulis (Nisah Haron) adalah "berkoboi" sebagai backpacker ke United Kingdom dan seterusnya ke Dublin.
Kesemua destinasi yang dituju adalah berkaitan dengan penulis, buku, muzium penulis dan perpustakaan.
Secara tidak langsung kunjungan ke setiap destinasi menunjukkan penulis adalah seorang "ulat buku" yang cemerlang.

Contoh lokasi : 
Hay On Wye - Kampung Buku
Stratford Upon Avon - Kawasan Kelahiran Shakespeare



Gua perhati ianya juga mempunyai sedikit pengaruh daripada Travelog Pak Samad -Warkah  Eropah (Terbitan DBP 1991)


p/s : buku ni boleh dijadikan rujukan (selain peta) kalo mau ke UK dan Dublin - lengkap dengan butiran tambang .

skudeng