Rabu, 27 Jun 2012

SMS...

Dalam perkahwinan perlunya sikap dan sifat romantis pasangan berterusan demi menjamin kelangsungan perkahwinan dengan jayanya... berbagai-bagai kaedah yang boleh digunakan ke arah tujuan ini. Apatah lagi di jaman teknologi dan berkomputer ini. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) juga boleh digunakan sebagai medium perhubungan.

Jesteru itu, gua telah menggunakan kaedah ini sebagai pengikat kebahagian antara gua dan bini. Berikut adalah perbualan secara SMS gua dan bini :


Situasi : Jalan Sesak (dalam kereta)
Area : Kuchai Lama

Gua  : Hie
Bini   : Hie...
Gua  : I Luv U
Bini   : Luv U Too
Gua  : Gemok!!!
......

bini gua tak balas...dia pejam mata.... marah agaknya...

Isnin, 18 Jun 2012

wahai anak adam.....



... dan ingatlah wahai anak adam, semakin tinggi pangkat dan darjat kamu di pejabat makin takut dan menikus lah kamu dengan "tuan" kamu....

Khamis, 14 Jun 2012

Bunga Dah Pandai Menjawab....



Gua marah Bunga...
Bunga kena kemas permainan yang bersepah-sepah...
Ada Ultraman...
Ada Barbie...
Ada perkakas dapur...
Ada Patung Beruang....
Sebelum keluar pusing taman naik motor, Bunga harus kemas...
Dua tiga kali gua suruh..
Bunga... diam.. menggelenggkan kepala...
Tiba-tiba Bunga menggamit gua lantas berbisik...

"Hana kecik lagi.. tak boleh kemas...."

Gua terus kutip semua permainan dalam keadaan terkedu...
Bunga pula tunggu diluar sambil sambung bermain pasir tanpa sebarang perasaan bersalah....

*muka Bunga sebijik macam dalam gambar time menjawab.... 

Isnin, 11 Jun 2012

Review Sadaqa - Ramli Sarip



Takkan hari-hari nak dengar lagu rock trash metal macam dari Iron Maiden, Moon Spell, Led Zappelin...
Cuba dengar pulak lagu ketuhanan, kenabian, kemanusiaan... 

Album Sadaqa dari Ramli Sarip ni adalah salah satu cara Brader Ramli Sarip merapat dan menyumbangkan dana untuk pembinaan Masjid Hasanah, Singapura... Secara tidak langsung yang membeli turut membantu menyempurnakan pembinaan masjid tersebut.
Ada 14 Buah lagu temasuklah lirik nukilan Brader Pyanhabib- Kekasihku, A.Samad Said - Bahasa Terindah
Bahasa Terindah ini adalah faveret gua...

Album ini hanya dipasarkan di Singapura.. Di Malaysia kontek Brader Pyan untuk beli

Gua dapat hari Jumaat.. by hand dari brader Pyanhabib..

 di bawah, gua petik dari FB brader Pyanhabib

ASSALAM. 
1. Kepada anda yang bertanya dan mahu membeli buku puisi gua, Balada Pyanhabib terbitan Institiut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Banking RM30 ke akaun Maybank: 1122-0428-0928 (Zurina i/t Ahmad). Setelah banking, sila SMS: 012-9254-527. Sertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk kiriman pos.
*Kepada yang malas pergi kedai buku MPH, ha!

2. Kepada yang bertanya dan mahu membeli Sadaqa, album terbaru Ramli Sarip yang sebahagian daripada jualannya disumbang untuk masjid di Singapura, banking RM70 kepada akaun yang bernombor sama, SMS kepada nombor yang sama dan sertakan alamat lengkap untuk kiriman pos. Sekian, terima kasih.
*Dalam album Sadaqa ada lagu `Kekasihku'. Ini lagu, liriknya gua bikin.


Khamis, 7 Jun 2012

Kampung Gua...








Gua dengan bini... bunga tido.. kehkehkeh

skudeng