Khamis, 29 September 2011

Apa yang OK dan Apa yang KO


Keluar Oustation adalah sesuatu yang OK.
Balik pejabat buat report  setebal "yellow pages" adalah sesuatu yang KO.


Jam 12 tghari.
Rasa sejuk di kulit.
Dari Kota Kinabalu ke Keningau.



Hirup udara di puncak Banjaran Crocker
Dalam perjalanan dari Keningau ke Beaufort
Terasa nyaman  tidak seperti nyaman 'air cond' di dalam pejabat


Berhenti sekejap
menunggu rempuhan kabus
perkara macam ni pelik kalau di Kuala Lumpur


Lapar + Dahaga = Licin


Cuma guna kamera kompak


Bandar Kota Kinabalu dari menara tinjau


Brader baju kuning sebelah kiri tu power


Ombak di hari terkhir...
Bukan kisah sangat pasal ombak
cuma kepala dok pikir isteri dan anak





Isnin, 26 September 2011

Kewujudan Masyarakat Zaman Batu (Pra Sejarah) Di Malaysia....

Di Lenggong, Perak 
(pengkebumian)

Di Gua Tambun, Perak
(lukisan dinding)

Gua Niah, Sarawak
(lukisan dinding)

Kalau gua rujuk buku-buku berkaitan hal-hal tamadun ni, dinyatakan bahawa zaman pra sejarah di Malaysia berlaku dalam tempoh 200,000 tahun yang lampau. Gambar di atas merupakan salah satu bukti kewujudan ketamadunan manusia di Malaysia. Dan kita harus berbangga. Tapi gua tak mau kaitkan penulisan gua kali ini dengan Teori Darwin yang berketurunan beruk itu. Tak perlu la gua nak cerita pasal tracking years paleolitik, mesolitik, neolitik....

Jika dilihat dan dikaji melalui pembacaan proses ketamadunan manusia ini bermula di kawasan pingir-pingir sungai dan gua yang mempunyai sumber makanan dan pelindungan. 

dan di bawah adalah bukti ketamadunan manusia itu bersambung-sambung dan tidak pernah putus-putus...





















Khamis, 22 September 2011

Lenguh-lenguh Di Sabah...



Sabah, selain memiliki keindahan alam yang terbentang luas seperti Pulau Manukan, Sampoerna, Banjaran Crocker, kehijauan bumi yang terbentang luas disamping keramahan penduduknya, ia juga memiliki pusat urut refleksologi yang berderet-deret. Hatta di dalam lift hotel tawaran turut dibuat...!

Ahad, 18 September 2011

Musim Ganja Bercambah....


Musim ini adalah musim ganja bercambah....
1:17 seorang perempuan dengan mata rabak...
Musim hippies adalah musim ganja...

Selasa, 13 September 2011

Tarikh 31 Ogos 1957 Tu Untuk Apa...


Cilakak...
Terasa tertipu dengan Subjek Sejarah yang gua dapat A1
Gua tidak tahu samada gua ditipu oleh guru-guru sekolah
Atau...
Fakta di dalam buku teks sejarah yang berwarna Coklat Tahi Anjing itu yang menipu gua...

Atau...

Ahli politik serta profesor kangkung yang menipu rakyat Malaysia berkenaan Tanah Melayu pernah dijajah / atau tidak pernah dijajah.

Apa yang pasti  gua jawab soalan periksa : British adalah penjajah.

Dalam keadaan ketika ini gua betul-betul keliru...

Pernyataan Bekas Menteri Pelajaran : Secara teknikal, negeri melayu tidak dijajah. Gua jadi bertambah keliru. Kenapa fakta-fakta yang berkaitan tidak diubah semasa beliau menjadi menteri bertanggungjawab.

Apa jadah sambut MERDEKA kalau tidak pernah dijajah....

Sabtu, 10 September 2011

Cukai 6 Peratus Telco

Bab cukai perkhidmatan kita perlu rujuk semula pada Akta Cukai Perkhidmatan1975 (Akta151)-8ahagian II-Pengenaan Cukai.

Tapi jangan dirujuk pada Utusan Malaysia 10 September 2011 yang bertajuk :
a) Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan -Najib
b) Fikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah -Ismail Sabri

dalam pada ini gua mengambil kesempatan agar Buletin Utama TV3 agar jangan malas membaca

Dalam akta tersebut, segala pindaan adalah di bawah tanggungjawab Menteri.

'Menteri' ertinya Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab atas kewangan -Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151).

Pada pandangan gua sebagai juruteknik elektrik yang cabuk ini adalah, apa yang perlu dikaji adalah Akta 151 itu sendiri sebelum memujuk rayu syarikat telco, mahupun Kentaki Pret Ciken atau Mek Donal.
Dan gua yakin ramai yang akan 'butthurt' dengan pandangan gua
Haaa..... Lagi satu sapa Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab atas kewangan?

Selasa, 6 September 2011

Filem Darah Satria Dan Jantan....


Filem Darah Satria, mana budak2 yang tak pernah tengok pergi hentak kepala ke dinding 18 kali!
filem ni tayang kat tv time-time gua nak 'up'. Kira ini lah filem yang paling jantan! Filem pasal askar tanah melayu tembak komunis!

Pasal filem ni jugak habis semua budak laki kelas gua pakat nak jadi askar. Mana-mana budak laki nak jadi cikgu dikira bapuk! Time tu jugak la semua teringin nak pegang senapang. Nak tembak-tembak musuh, sambil-sambil tu boleh nembak tupai ke kera macam RELA kampung. ye dok?

Selesai saja tayang filem ni di tv, terus pakat member2 main ashkar-ashkar, satu grup jadi ashkar, satu grup lain dengan muka monyok jadi komunis. Berbekalkan senapang biji terung ready masuk semak.Masuk semak main tembak-tembak.Budak laki-laki harus jadi jantan.

Maghrib tiba, selesai main. Balik mandi. Malam tergaru-garu. Kene tungau celah kangkang, kena tang "jantan".

Ini barulah betul-betul JANTAN!

Khamis, 1 September 2011

Raya Gua...

Jadual Rutin Raya Gua

Sembahyang Raya...


Pekena Teh Ketum...


Lepak Member-Member...


Bergambor Anak Beranak...


Balik Kampung Atok-Uwan Gua...


Turun Kubur Join Tahlil


Tapi Tahun Ni Bunga Tangkap Gambar Gua
(ada nampak macam Uncle Gedek?)



skudeng