Sabtu, 25 Jun 2011

Trend Budak Jantan Baru Nak Up!


Sabtu, gua jalan sama Pn. Eksekutif dan Bunga. Jalan sekitar KLCC. Berbagai-bagai ragam manusia yang seolah-olah tidak akan mati meninggalkan dunia.

Hasil kajian dan pemerhatian gua sepanjang 3 jam berada di KLCC adalah seperti berikut :

Trend Budak Jantan Baru Nak Up : 

 kasut angkasa lepas + spek hitam buntut kuali + baju blink-blink AC Mizal + jam casio  striking colour +DSLR besar gajah!

Trend Budak Perempuan Baru Nak Up :

Kasut tapak nipis + spek hitam bingkai striking + hot pants + parut gigit nyamuk kat betis

Jumaat, 24 Jun 2011

Report Card...


Selepas selesai study... gua adalah sidekick paling rapat dengan bapak gua...
semua kerja-kerja remeh bapak gua, gua handle...
contoh.. siram pokok bunga petang-petang, isi minyak motor, bakar sampah daun kering dan lain-lain lagi yang gua rasa tak perlu cerita.. khuatir akan mencemar status rock gua...

Atas perintah bapak gua, gua kena attend hari repot kad skolah adik gua. Yang best skolah adik gua semua perempuan pelajarnya, yang laki hanya pekerja kantin, tukang kebun, ustaz dan sebahagian kecil guru m yang ungkin juga guru ERT.

Gua tiba disekolah adik gua dengan kapchai. Kapchai adalah aset paling berharga untuk ngorat awek skolah time tu.

Gua terus naik ke kelas adik gua. Nah! turn gua sudah tiba. Gua duduk hadap  seorang cikgu perempuan bertudung. Gua perkenal diri gua sebagai abang kepada adik gua, tapi tak la sampai gua keluar Kad Pengenalan untuk pengesahan.

"Enchek, adik enchek ni, jenis tak banyak cakap, tapi kerja rumah tak da masalah, semua siap,
Adik enchek ni jenis kurang bergaul, tapi kepala otak boleh pakai. Enchek, adik enchek ni ... adik enchek itu....."

Gua mula menyirap.

last-last gua jawab, "tak pe cikgu balik nanti saya terajang dia cukup-cukup" sambil gua angkat thumbs up ke arah adik gua. Lantas gua blah.

Rabu, 22 Jun 2011

Kerap Ulang...


Semakin kiamat menghampiri...
Semakin kerap ASTRO ulang cerita yang sama...

Umpama dilanda cirit birit...
Berulang kali mengadap mangkuk jamban...
Begitu juga kaitan ASTRO dan cirit birit....
Ceritaranya yang sama berulang kali...

Ahad, 19 Jun 2011

Hari Bapa...



Sama Macam Hari Biasa....
Bapak gua  tetap menggulai kepala ikan di dapur,
Dan Gua...tetap kena basuh berak Bunga.
Itulah "istimewanya" HARI BAPA!!!

Selasa, 14 Jun 2011

Balik Umrah...



Mentua gua baru balik Umrah....
Berbekalkan sekilo pistachio dan sekilo kismis...
Ada harapan gua nak jadi cerdik!

Jumaat, 10 Jun 2011

Review gua... Melayu Hilang Di Dunia



Sebuah buku terkini hasil pandangan dan kajian daripada Khalid Salleh.
Dalam banyak-banyak buku yang gua baca inilah buku yang paling "hardcore'
Pengisian yang padat, lenggok bahasa yang kemas.

Pengisian yang pernuh membincangkan hal-hal bangsa Melayu, sejarah Melayu, Kedaulatan Melayu, Keperibadian Melayu, Politik Melayu serta "kehilangan Melayu.

Buku ini gua kira buku kontroversi. Takut satu hari nanti diharamkan.
Elok lu orang baca, tak ambil serius pun takpa.
Bangsa lain pun boleh baca. Bangsa lain pun mesti baca.
Yang konon-konon pejuang bumiputra dan pejuang Melayu buku ini wajib!

Dan paling penting buku ini terbuka kepada mereka yang berfikiran terbuka. 

Khamis, 9 Jun 2011

Seni.





Dewasa kini, Bunga semakin pandai menghargai SENI!

Sembilan Jun Dua Ribu Sebelas



Hari ini genap 11 tahun.
Genap 11 tahun gua sama Puan Eksekutif bercinta.
Sekarang hasil cinta, ada Bunga.

Khamis, 2 Jun 2011

Mangsa Burung Merpati Gergasi


Dalam gua sedang menanti seseorang.. Gua sedar yang gua dan manusia lain sedang diperhatikan oleh seekor merpati  gergasi yang meliar anak matanya memerhatikan setiap manusia  yang melintas di hadapannya sebagai juadah makan malam bersama anak-anak disarang.

skudeng