Jumaat, 24 Jun 2011

Report Card...


Selepas selesai study... gua adalah sidekick paling rapat dengan bapak gua...
semua kerja-kerja remeh bapak gua, gua handle...
contoh.. siram pokok bunga petang-petang, isi minyak motor, bakar sampah daun kering dan lain-lain lagi yang gua rasa tak perlu cerita.. khuatir akan mencemar status rock gua...

Atas perintah bapak gua, gua kena attend hari repot kad skolah adik gua. Yang best skolah adik gua semua perempuan pelajarnya, yang laki hanya pekerja kantin, tukang kebun, ustaz dan sebahagian kecil guru m yang ungkin juga guru ERT.

Gua tiba disekolah adik gua dengan kapchai. Kapchai adalah aset paling berharga untuk ngorat awek skolah time tu.

Gua terus naik ke kelas adik gua. Nah! turn gua sudah tiba. Gua duduk hadap  seorang cikgu perempuan bertudung. Gua perkenal diri gua sebagai abang kepada adik gua, tapi tak la sampai gua keluar Kad Pengenalan untuk pengesahan.

"Enchek, adik enchek ni, jenis tak banyak cakap, tapi kerja rumah tak da masalah, semua siap,
Adik enchek ni jenis kurang bergaul, tapi kepala otak boleh pakai. Enchek, adik enchek ni ... adik enchek itu....."

Gua mula menyirap.

last-last gua jawab, "tak pe cikgu balik nanti saya terajang dia cukup-cukup" sambil gua angkat thumbs up ke arah adik gua. Lantas gua blah.

2 ulasan:

pye:rudz berkata...

garang betul mamat nih.

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

kalu gua la gua akan kata "mata cikgu lawa la..."

skudeng