Jumaat, 20 Mei 2011

Naik Tinggi-Tinggi







Ahmad Ridzuan Samsuddin, menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah menaikkan harga barangan asas tidak sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menambah, rakyat kini semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikkan harga barang, lebih-lebih lagi kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan. 


Nazri Alias seorang pekerja swasta menyifatkan rakyat berpendapatan sederhana kini hidup dalam keadaan serba kekurangan memandangkan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih pada takuk yang lama.


Yohan Raj, seorang Pensyarah IPTS pula berkata, matlamat kerajaan pemerintah tidak jelas dengan slogan yang sering dibangga-banggakan, seolah-olah tidak bertepatan kerana rakyat saban hari asyik mengeluh dengan harga barangan. 


sumber :Greenboc




p/s :gua tak heran la kalau burger rokes pun naik... kehkehkeh

4 ulasan:

pye:rudz berkata...

betullah tu... rakyat didahulukan - sengsara, pencapaian diutamakan - supaya KPI masing-masing tercapai dalam mengawal perbelanjaan negara.
betullah tu, kan?

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

hahaahahahahaa....

gua nak paksa bos gua naikkan gaji gua la seimbang dengan meningkatnya kos sara hidup....

Fa-T berkata...

tetuan pyerudz...
ya KPI mereka... dalam KPI mereka adakah rakyat sebagai indicator pencapaian?

tetuan gafaro...
haa elok tu... kehkehkehkeh

Najwa Aiman berkata...

Errr.... itu ke slogan dia orang selama ni...????? Astaga wa esta bagadud...... Ye ke.....? Ye ke.....?

skudeng