Isnin, 9 Mei 2011

Review gua... Tertangkapnya Sa-ekor Toyo


 Selepas gua review Tapai hasil  Hishamuddin Rais, Kali ini berkenaan buku Tertangkapnya Sa-ekor Toyo yang gua rembat time Book Fest 2001 tempohari.
Buku ini merupakan himpunan tulisan, nukilan, pandangan dari sa-orang NGI (Non Goverment Individu) yang  tidak akan sekali-kali disiarkan di Utusan Malaysia, Berita Harian mahupun buku teks sekolah menengah.

Buku yang mengulas betapa korupnya bumi Malaysia, betapa perkaumannya bumi Malaysia dan juga merupakan pandangan "pihak di sebelah sana" yang muak dengan tingkah laku dan budaya geng gerombolan. Cara penyampaian yang tenang. Terdapat hujah dan fakta yang disokong dengan bukti-bukti yang bernas. Apa yang bagus berkenaan buku ini, ialah kurangnya typo error  mungkin telah disunting seperti yang diyatakan di bahagian prakatanya. Sesiapa yang mengikuti hasil taip-an Isham pasti mendapati typo error adalah trademark beliau.

Pada gua tak salah membaca buku ini, hatta ketika gua membaca terdapat mata-mata serong memandang gua...  lagi pun buku ini hanya pandangan dan hasil kajian seorang aktivis.

Takkan gua asyik-asyik nak membaca kisah  A Doctor in The House!


4 ulasan:

Najwa Aiman berkata...

Sampai hati lu tak beli buku gwe... Bukan perlu baca pun, beli je... aharks...!

Fa-T berkata...

tetuan najwa...
Nanti hilang nilai keikhlasan... Kehkehkeh

pye:rudz berkata...

membaca amalan yang mulia.

Fa-T berkata...

tetuan pyerudz...
tepat!

skudeng