Selasa, 24 Mei 2011
Review Gua..... Sengsara Kem Kamunting - Saari Sungib (updated - gua dah letak gambar!)
Gua memang suka dengan membaca kisah-kisah orang... Kali ni gua baca pasal kisah OKT (orang kena tahan) di Kem Kamunting sebagai tahan politik. Saari sungib yang ditahan bersama Tian Chua, Isham tukartiub, Lokman dan Badrul Amin. Kisah hidup selama dua tahun dalam tahan ISA kerna "melawan" kerajaan.
Namun Mereka tetap melawan dan memprotes kerajaan ketika tahanan dengan berbagai cara, dan yan palaing ultimate adalah mogok lapar total hunger.
Kerana apa gua baca buku ini.....? Sebab tiada kisah yang xtream sebegini oleh Tun Mahathir mahupun Khairy Jamaluddin...
Kehkehkeh
Jalan penceritaan yang jelas dan mudah difahami.
P/s: gambar uklit buku gua lekat kemudian. Tulis blog pakai henpon ni leceh sket
hubungkait
ISA,
kem kamunting,
saari sungib,
Sengsara Kem Kamunting
Ahad, 22 Mei 2011
Bergambar
hubungkait
boboiboy
Jumaat, 20 Mei 2011
Naik Tinggi-Tinggi
Ahmad Ridzuan Samsuddin, menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah menaikkan harga barangan asas tidak sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau menambah, rakyat kini semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikkan harga barang, lebih-lebih lagi kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan.
Nazri Alias seorang pekerja swasta menyifatkan rakyat berpendapatan sederhana kini hidup dalam keadaan serba kekurangan memandangkan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih pada takuk yang lama.
Yohan Raj, seorang Pensyarah IPTS pula berkata, matlamat kerajaan pemerintah tidak jelas dengan slogan yang sering dibangga-banggakan, seolah-olah tidak bertepatan kerana rakyat saban hari asyik mengeluh dengan harga barangan.
sumber :Greenboc
p/s :gua tak heran la kalau burger rokes pun naik... kehkehkeh
hubungkait
burger rokes
Rabu, 11 Mei 2011
Besar!
Sedang gua tunggu oder makanan tapau gua semalam gua ada borak sama sorang brader.
Brader ni pulak gua kenal-kenal gitu aje. Biasanya brader ni akan crita pasal kehebatan karier dia sebagai seorang pelakon tambahan dalam drama-drama melayu yang rata-rata disiarkan di RTM 1 dan RTM 2. Jenis stesen tv rating paling rendah di Malaya ni.
Tengah-tengah gua layan cerita kehebatan hidup seorang pelakon tambahan ni tiba-tiba keluar phrase di bawah yang berbunyi seperti berikut :-
"abang kenal awie... Dulu abng main gym... Amy pulak... Bini yg kedua dia tu pupu papat abng..."
cilakak betul kalo borak dgn org xmau kalah ni!
Isnin, 9 Mei 2011
Review gua... Tertangkapnya Sa-ekor Toyo
Selepas gua review Tapai hasil Hishamuddin Rais, Kali ini berkenaan buku Tertangkapnya Sa-ekor Toyo yang gua rembat time Book Fest 2001 tempohari.
Buku ini merupakan himpunan tulisan, nukilan, pandangan dari sa-orang NGI (Non Goverment Individu) yang tidak akan sekali-kali disiarkan di Utusan Malaysia, Berita Harian mahupun buku teks sekolah menengah.
Buku yang mengulas betapa korupnya bumi Malaysia, betapa perkaumannya bumi Malaysia dan juga merupakan pandangan "pihak di sebelah sana" yang muak dengan tingkah laku dan budaya geng gerombolan. Cara penyampaian yang tenang. Terdapat hujah dan fakta yang disokong dengan bukti-bukti yang bernas. Apa yang bagus berkenaan buku ini, ialah kurangnya typo error mungkin telah disunting seperti yang diyatakan di bahagian prakatanya. Sesiapa yang mengikuti hasil taip-an Isham pasti mendapati typo error adalah trademark beliau.
Pada gua tak salah membaca buku ini, hatta ketika gua membaca terdapat mata-mata serong memandang gua... lagi pun buku ini hanya pandangan dan hasil kajian seorang aktivis.
Takkan gua asyik-asyik nak membaca kisah A Doctor in The House!
hubungkait
Hishamuddin rais,
Tertangkapnya Sa-ekor Toyo,
Tukar Tiub
Khamis, 5 Mei 2011
RON 95 atau RON 97
Situasi 1: Jejaka Bujang Terlajak
Abang tak pernah kesah pasal ron 95 ke ron 97...
abang guna minyak dagu..
kilometer dapat.. awek pun abang dapat!
Situasi 2 : Cukong Kedai Runcit
gua ni tokey kedai runcit, gua juga ada hypermarket...
gua tak turun harga barang.. kasi naik lagi adalah..
suma lori supplier gua guna ron97...
lu orang jangan bikin ribut!
Situasi 3 : Makcik Ikan Bakar
"kau ingat ikan bakar makcik ni low gred, hari2 makcik guna RON97 buat umpan api bakar arang"
Situasi 2 : Cukong Kedai Runcit
gua ni tokey kedai runcit, gua juga ada hypermarket...
gua tak turun harga barang.. kasi naik lagi adalah..
suma lori supplier gua guna ron97...
lu orang jangan bikin ribut!
Situasi 3 : Makcik Ikan Bakar
"kau ingat ikan bakar makcik ni low gred, hari2 makcik guna RON97 buat umpan api bakar arang"
hubungkait
harga minyak,
harga petrol terkini,
ron 95,
ron 97
Selasa, 3 Mei 2011
Hari Paling Celaka...
Hari Paling Celaka di Pejabat adalah Hari Di Mana Semua Ahli Sindiket Bercuti!
hubungkait
Damn
Langgan:
Catatan (Atom)