Khamis, 27 Januari 2011

Cinta



Terbit mentari... Waktu mencari rezeki...

Dalam perjalanan..Teruna bertanya pada Dara "Sayang kerja elok-elok tau..." 
"Emm... " Dara menjawab ringkas dan mengangguk-angguk berulang kali sebagai bukti kasih pada Teruna. 
Ah.. mungkin anggukan Dara berpunca dari beratnya helmet yang disarungkan apatah lagi di sepanjang Jalan Ampang bitumennya tidak rata berpunca daripada lori-lori simen yang mundar mandir ke tapak projek dua puluh empat jam.

Sesekali Teruna membunyikan hon kapchainya seolah-olah kereta dihadapan menghalang perjalanan mereka. 
Ya...Perjalanan cinta mereka. Perjalanan masa depan mereka.

Teruna dan Dara berpegang teguh pada janji sumpah setia cinta yang terjalin sekian lama.Siapa berani persoalkan perkara ini pasti menerima maki! Cinta mereka suci bukan seperti Aksi Orang Muda Kota Bercium Depan Pavilion.

"Sayang sayang abang..?" Teruna cuba menguji
"mesti la... sayang sayang abang" Teruna terawang-awang dibuai jawapan keramat dari Dara....

WOI!!! GUA NAK CEPAT... NAK MASUK KEJE NI DAH DEKAT PUKUL 8! TIN... TINNNNNN
Bangsat!!! bercinta tak kira masa...

Jumaat, 21 Januari 2011

Tudung...



"aku kalau pakai tudung... Nampak macam KG.com"
kata seorang bapuk pada rakannya sambil membetulkan kedudukan bra yang menampung payudara palsu yang mekar

Rabu, 19 Januari 2011

haaa... Biar Gua Jawab


Haa...
Kini... 
Bunga dah berubah...
Diumpan dengan pinggan yang cantik...
Laptop yang penuh dengan Mickey Mouse...
Meja RM45..
Kerusi RM15...
Bunga sudah berubah,,,

Isnin, 17 Januari 2011

Ha... Sapa Mau Jawab Kelakuan Begini!!

Ini Betul Menerbitkan Kemarahan Gua...
Bunga Makan Cara Selamba Ghadak!

Jeans Petang Siang Malam!!!




Gua kira bermula dari peringkat bayi... sehingga mencecah setahun...
orang-orang tua akan mentafsirkan setiap kelakuan pelik, demam, sakit, batuk hatta menangis malam...
adalah berpunca daripada peralihan bulan bagi bayi...

Gua yang baru mempunyai sekuntum bunga kembang... pun berlaku macam perkara2 di atas...

Setakat demam, selsema mahupun batuk... gua bersama puan eksekutif menyelesaikan dengan berhemah dan cermat..

ah gua kira kerja enteng...
bunga mencecah 2 tahun...
apa yang membingungkan serta menguji kesabaran diri gua...

Celik mata Jeans...
Nak Pejam Mata Jeans...
Sebut Cantik... Mahu Jeans...
Selak Pintu Almari Mahu JEans..
Pendek Kata....Jeans Petang Siang Malam!!!

Gua Kira Bunga Mahu Melawa!

Khamis, 13 Januari 2011

BONUsssss




main bolasss... 
menang dapat bonus...
kakitangan kerajaanSSS.. 
kerja nak mampus.. 
dapat lima ratussssss...
kahkahkahkah...

Jumaat, 7 Januari 2011

Penyimpan Mohor... Engku Ibrahim





Antara Orang Penting Negara... ni yang paling dinanti...
Bersara Sudah...Engku Ibrahim Engku Ngah...



skudeng