Khamis, 27 Januari 2011

Cinta



Terbit mentari... Waktu mencari rezeki...

Dalam perjalanan..Teruna bertanya pada Dara "Sayang kerja elok-elok tau..." 
"Emm... " Dara menjawab ringkas dan mengangguk-angguk berulang kali sebagai bukti kasih pada Teruna. 
Ah.. mungkin anggukan Dara berpunca dari beratnya helmet yang disarungkan apatah lagi di sepanjang Jalan Ampang bitumennya tidak rata berpunca daripada lori-lori simen yang mundar mandir ke tapak projek dua puluh empat jam.

Sesekali Teruna membunyikan hon kapchainya seolah-olah kereta dihadapan menghalang perjalanan mereka. 
Ya...Perjalanan cinta mereka. Perjalanan masa depan mereka.

Teruna dan Dara berpegang teguh pada janji sumpah setia cinta yang terjalin sekian lama.Siapa berani persoalkan perkara ini pasti menerima maki! Cinta mereka suci bukan seperti Aksi Orang Muda Kota Bercium Depan Pavilion.

"Sayang sayang abang..?" Teruna cuba menguji
"mesti la... sayang sayang abang" Teruna terawang-awang dibuai jawapan keramat dari Dara....

WOI!!! GUA NAK CEPAT... NAK MASUK KEJE NI DAH DEKAT PUKUL 8! TIN... TINNNNNN
Bangsat!!! bercinta tak kira masa...

4 ulasan:

Murah Gerek berkata...

wa komen sbb wa berani..padahal tak tau nak ckp pe....cume wa ley ckp......tahniah...

Fa-T berkata...

chait!

Najwa Aiman berkata...

Jangan bercinta masa kerja. Nanti kena buang kerja...

pye:rudz berkata...

cinta itu buta.
tapi kadang2 cinta juga boleh buat orang jadi bongok.

skudeng