Khamis, 15 Mei 2014

Freeletics Week 20

Dah masuk minggu ke 20 dah gua praktikan freeletics ni.
Semalam lepas sukat pinggang, forearm, wrist fat percentage ada la dalam 17.18%
Gua target 15% fat percentage

Masuk minggu ke 19-20 gua dah start berlari.
Kenapa gua berlari?
Gua memang suka berlari. 
Gua target gua boleh buat 5km below 30minit
Dulu masa muda-muda gua pernah pasang niat nak masuk marathon.
rekod terbaru gua 3.2km 25minit
kehkehkeh









Jumaat, 9 Mei 2014

Freeletics week 18

Week 17

Week 15


Inilah pencapaian gua. 2011 lawan 2014.
18 minggu gua hadap workout sendirian.
Berdiet low carb high protein.




Selasa, 6 Mei 2014

Magic

Sejak menjak ni gua betul-betul penat badan.
Sampai rumah biasanya lepas azan maghrib.
Sampai rumah Adam dan Dahlia sambut.
Macam biasa dua-dua mintak didukung.
Gua dukung, sambil tanya kerja sekolah Dahlia.
"kerja sekolah takda , tapi cikgu suruh balut buku"
Gua suruh dia letak atas meja makan buku yang nak dibalut.
Merengek-rengek minta dibalut cepat.
Gua buat tak peduli nak mandi nak solat.
Gua bisik kat telinga Dahlia "Esok pagi jadi magic, buku tu balut sendiri"

Pagi tadi gua bangkit jam 4.30 pagi, balut buku.
Pasti hari ni heboh cerita perihal magic balut buku di taski.
Maaf  Dahlia, babah penat semalam.

Sejuk Pagi



Sejuk betul pagi ni, 
gua naik motor sejuk kemain apatah lagi dalam keadaan sunyi dingin subuh. 
Gua menunggang motor ke stesen komuter tanpa zip seluar terkatup kemas. 
sejuk!
sejuk!

skudeng