Jumaat, 25 Februari 2011

Sarapan Pagi.

 

Bersarapan diluar terutamanya dihujung minggu memang gua amalkan...
Bukannya bini malas masak, tapi untuk merehatkan bini dikala hujung minggu. Letih kerja dari Isnin hingga Jumaat. Tak kira semasa di Pilah mahupun di Kelumpo nun, memang wajib.


Tapi minggu ni gua di kampung. Pilah. Kedai Ah Meng memang menjadi tempat kegemaran gua dan bini. Bunga, ntah gua tak pernah tanya, mungkin belum cukup umur untuk membuat keputusan. Ah Meng adalah Cina. Kedai Ah Meng adalah kedai tak punya tandanama. Terletak di antara Parit dan Ampang Tinggi, Kuala Pilah bersebelahan sebuah stesyen minyak BP yang telah berkubur usang.

Berkopi dan bercham (cham adalah bancuhan kopi dan teh) adalah terbaik di Kuala Pilah. Roti stim pula, lembut gebu apatah lagi disulami dengan kaya "home made"nya. Telur setengah masak pun sedap, dihirup setelah dititis-titiskan dengan kicap dan ditaburkan lada sulah.



Di kedai Ah Meng, juga terdapat Melayu yang menghantar kuih muih, dipajak untuk dijual. Mee Kari hari Ahad di Kedai Ah Meng sedap, pun dijual oleh Melayu, Nasi Lemak, Mee Gorang, Bihun Goreng, Telur Mata Kerbau, Rendang Ayam dan Sambal Sotong turut dijual oleh Melayu. 

Pekerja, Melayu ada Cina pun ada. Pelanggan pula, Melayu ada, Cina ada India pun ada. Gua sekeluarga memang seronok bersarapan di sini kerana selesa, kuih banyak, mee kari sedap, roti stim gebu dan yang paling penting CHAM AIS yang diteguk menggalahkan kopi Espresso di Starbuck.

Keadaan di dalam Kedai Ah Meng memang "legend". Kerusi kayu bersyelek hitam, meja kayu bermuka marmar. Ada Cina tua duduk sambil kaki dilipat lutut tegak. Sungguh persis seperti gambar hitam putih banyak digantung di kedai kopi moden berfrancais. Satu keadaan yang jarang dijumpai di kedai kopi dikala ini.




Di kedai ini juga gua dapat tengok seorang wanita Melayu dan wanita Cina berjabat tangan dan berpelukan. Mungkin sahabat lama. Sahabat yang lama tidak bersua. Di kedai ini juga Melayu, Cina dan India duduk semeja menghirup kopi dan teh panas.

Roti canai? cari tempat lain. Kedai mamak Azeez Cafe di pekan. Boleh Cecah dengan kari kambing.

Kalau sampai di Kuala Pilah, minum di sini!


4 ulasan:

antudegil berkata...

susah nak jumpa kedai lagend atau btul2 nampak old skool punya enviro. serius! kalau ada kedai mcm ni dekat tempat gua, memang gua pun jadi mcm lu selalu terjah. this is what we call 1Malaysia. Apa ada hal. hahaha!

p/s: aku dapat word verification forkdaph? mcm tau2 dah utk makan! hahaha

Fa-T berkata...

Tetuan antudegil,
lu turun kuala pilah, ini kedai wajib meriah waktu pagi, petang pun ada tapi teh kopi telur dan roti saja

Najwa Aiman berkata...

Suatu masa dulu wa memang biasa tengok Melayu berpelukan dengan Cina, India, Benggali, malah dengan Siam, Indon, Myanmar, Croatian, Russian, Uzbek, bla bla bla...

Suatu masa dulu laaaa...

Fa-T berkata...

tetuan najwa...
lu peluk siapa...?

skudeng