Jumaat, 22 Oktober 2010
Pesanan Dari Tuan Imam...
Gua percaya... ramai di antara imam-imam di tanahair kita berasa lega.. dan berasa diri mereka juga banyak memberikan sumbangan dalam pembentukkan sahsiah masyarakat terutamanya kepada penganut agama Islam secara khususnya... Dan lantas dengan itu elaun pada imam dinaikkan kepada RM800.
Alhamdulillah... syukur...
Gua juga berasa peranan para imam amat besar dalam memimpin ummah ke arah kebaikan seterusnya menuju 'jannah'. Insyallah...
Pesanan-pesanan berguna melalui berkhutbah setiap minggu, melalui kelas-kelas agama dan ceramah oleh para imam kepada masyarakat (yang hadir) mampu membina jati diri, modal insan dan sebagainya...
Untuk khutbah minggu ni lebih berkisar kepada sumbangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dari segi pendidikan agama yang secara langsung menyentuh perkara-perkara yang telah dibentangkan dalam Bajet 2011.
Berbagai pesanan yang boleh kita ambil ikhtibar... pengajaram....
Namun apakan daya tuan imam untuk memaksa kita supaya menerima dan mengamalkan apa yang dipesan...
gua yakin dari hati gua...
pesanan tuan imam supaya kita "merapat dan meluruskan saf" adalah satu yang simbolik dan tersirat...
Dan.. Gua yakin...
pesanan tuan imam supaya kita "mematikan Henpon ketika solat" adalah satu arahan yang tegas supaya kita patuh agar tidak mengganggu jemaah lain di sebelah, dihadapan dan dibelakang kita...
tapi kenapa ada yang masih degil untuk mematikan 'henpon'...
Gua nak solat pun tak kusyuk bila AWIE melalak time solat jumaat tadi!!! HARAM JADDAH!
hubungkait
solat jumaat
Isnin, 11 Oktober 2010
sidang kemuncak wanita wanita pertama...
gua ade dengar... sidang kemuncak wanita wanita pertama akan diadakan di malaysia...
seramai 16 yang mengesahkan kehadiran....
seperti... :-
Albania (Teuta Topi), Chile (Cecilia Morel Montes), Congo (Marie Olive Kabila), dan Sri Lanka (Shiranthi Rajapaksa).
tapi kenapa Carla Bruni Sarkozy wanita pertama france ini tidak hadir...
terasa kami (lelaki malaysia) seperti dinafikan untuk melihat beliau di malaysia...
seramai 16 yang mengesahkan kehadiran....
seperti... :-
Albania (Teuta Topi), Chile (Cecilia Morel Montes), Congo (Marie Olive Kabila), dan Sri Lanka (Shiranthi Rajapaksa).
tapi kenapa Carla Bruni Sarkozy wanita pertama france ini tidak hadir...
terasa kami (lelaki malaysia) seperti dinafikan untuk melihat beliau di malaysia...
hubungkait
sidang kemuncak wanita pertama
Isnin, 4 Oktober 2010
Kumpulan Wang Disatukan...
err gua copy dari sini :http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara97-Ma.Html
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am
Perkara 97. Kumpulan Wang Disatukan.
(2) Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh sesuatu Negeri, tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang, hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi satu kumpulan wang, yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri itu.
(3) Jika mengikut undang-undang Negeri atau, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, mengikut undang-undang persekutuan apa-apa Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya diperdapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan dan tidaklah boleh dibayar daripadanya kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Kumpulan Wang Disatukan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
____________________________________________
CACATAN
Per. 97(3):
1. Perkataan "atau, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan mengikut undang-undang persekutuan" dimasukkan selepas "mengikut undang-undang Negeri" di baris satu, dan perkataan "atau undang-undang persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan" di masukkan selepas perkataan "undang-undang Negeri" di hujung Fasal itu oleh Akta A206, Jadual, berkuat kuasa dari 1-2-1974.
2. Perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan perkataan "Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan: oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.
3. Lihat Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
4. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, seksyen 18, berkuat kuasa dari 1-2-2001.
2. Perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan perkataan "Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan: oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.
3. Lihat Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
4. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, seksyen 18, berkuat kuasa dari 1-2-2001.
JAdi apa yang gua paham semua duit hasil masuk sini la.. tak kira la samada cukai, bayaran fees atau segalanya yang dikenakan oleh faderal akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan....
betul kan..?? gua tanya saja..
Jumaat, 1 Oktober 2010
10%...
Rupa-rupanya 10% dari harga rumah susah nak cari....
Perit nak kumpul..
Ahaha.. baru gua tau...
Gua akan...
gadai gitar karan ibanez rg
gadai gitar epiphone sg500
gadai gitar tong martin
gadai camera canon
gadai adjustble absober
Tambah sikit...
syiling dari tabung
korek-korek dari Lembaga
korek dari buku penyeta kira-kira
...semoga impian kami sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri tercapai...
hubungkait
Beli Rumah
Langgan:
Catatan (Atom)