Bumbung Stadium Gong Badak runtuh- Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Jun 2, 09 11:03am |
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini. Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus. Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton. Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan. Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri. Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut. Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. "Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya., Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan. "Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super. Sapa Mau JAWAB... SPRM mane.... Ezam dan Kekotak mane.... Seronok WEH!!! |
Selasa, 2 Jun 2009
Bumbung Runtuh.. Dosa Berat tuh...
hubungkait
ezam,
gong badak,
katak,
stadium
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
hehehe...pasni diorang tunding jari cari salah sapa cam lagu bangau oh bangau tu.Pastu buat siasatan demi siasatan....zzzzz..
tetuan hai...
agak2.. lepas ni pe...??
Catat Ulasan