Jumaat, 29 Mei 2009

PM baru tau ke.....???

PM terkejut kekejaman ah long... (utusan online)

PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkejut dengan pendedahan kekejaman ah long ke atas peminjam mereka, mengarahkan pihak berkuasa bertindak segera ke atas kumpulan ceti haram tersebut.

Serentak itu juga, Perdana Menteri mengingatkan orang ramai supaya menjadikan peristiwa ah long merantai leher dan kaki tiga mangsa mereka yang dilaporkan meluas akhbar-akhbar tempatan hari ini sebagai satu iktibar.

“Saya terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ah long.

“Saya harap rakyat Malaysia akan sedar dan menjadikan kejadian itu satu iktibar untuk sama sekali tidak meminjam daripada ah long,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan unjuran rasmi kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar Malaysia 2009 di pejabatnya di sini hari ini.

Perdana Menteri ditanya reaksinya terhadap kekejaman ah long yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan hari ini di mana tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan kumpulan ceti haram tersebut.



PM kite baru tau... pelik.. tak pernah bace surat khabo ker???

atau sibuk bace LIBERATION



Tiada ulasan:

skudeng