Memaparkan catatan dengan label gua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gua. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

Spartan Race Malaysia (sprint)


Inilah kali pertama abang join obstacles run. Pergh power betul rasa bila dapat habiskan.
Dah nak masuk dua tahun abang gigih buat workout freeletics dan juga berlari.
Syukur, setiap yang gemuk pasti kurus kalau ada usaha!


Dapat habiskan within 2jam. Syukur. Kau bila lagi?


Isnin, 10 Ogos 2015

Taktik Nak Balik Cepat Open Haus Kawan Gelfren

Setakat ni, inilah taktik yang paling berkesan.
Rasa kalau nak lagi power tambah dengkur!

Ahad, 2 Ogos 2015

Yaa Susut

Freeletics masa bulan ramadhan... Ni dia penangan dia.
Seminggu 3kali.1jam sebelum berbuka.

Jumaat, 24 Julai 2015

Lama Tak Jenguk

Apa khabar?
Lama tak jenguk,
Pasti kau dah besar, dah tua, dah matang.

Apa khabar?
Apa dah jadi sekarang?
Masih bertatih?
Dah mampu berlari?

Apa khabar?

Khamis, 15 Mei 2014

Freeletics Week 20

Dah masuk minggu ke 20 dah gua praktikan freeletics ni.
Semalam lepas sukat pinggang, forearm, wrist fat percentage ada la dalam 17.18%
Gua target 15% fat percentage

Masuk minggu ke 19-20 gua dah start berlari.
Kenapa gua berlari?
Gua memang suka berlari. 
Gua target gua boleh buat 5km below 30minit
Dulu masa muda-muda gua pernah pasang niat nak masuk marathon.
rekod terbaru gua 3.2km 25minit
kehkehkeh









Selasa, 6 Mei 2014

Magic

Sejak menjak ni gua betul-betul penat badan.
Sampai rumah biasanya lepas azan maghrib.
Sampai rumah Adam dan Dahlia sambut.
Macam biasa dua-dua mintak didukung.
Gua dukung, sambil tanya kerja sekolah Dahlia.
"kerja sekolah takda , tapi cikgu suruh balut buku"
Gua suruh dia letak atas meja makan buku yang nak dibalut.
Merengek-rengek minta dibalut cepat.
Gua buat tak peduli nak mandi nak solat.
Gua bisik kat telinga Dahlia "Esok pagi jadi magic, buku tu balut sendiri"

Pagi tadi gua bangkit jam 4.30 pagi, balut buku.
Pasti hari ni heboh cerita perihal magic balut buku di taski.
Maaf  Dahlia, babah penat semalam.

Isnin, 14 April 2014

Merayau Sepanjang Jonker Street, Melaka

Biarkan saja gambar menceritakan betapa gembiranya kami..











Ahad, 13 April 2014

Minggu 15 Senaman Freeletics



Minggu ni adalah minggu ke 15 gua buat senaman Cardio untuk kurangkan berat badan.
Minggu ke 15 gua laksanakan low carb diet.
Pada gua ianya berjaya..

Freeletics ni adalah sejenis senaman yang merupakan senaman High Intensity Training
Permulaan yang gua buat adalah Aphrodite
Aphrodite adalah kombinasi :
150 x Burpees
150 x Squats
150 x situp


Ya, kelihatan seperti gila. Nyata ianya memang gila. tapi itulah yang gua tempuh.
Permulaan berat badan gua adalah 77kg dan Minggu ke 7 gua laksanakan senaman freeletics ini gua turun sebanyak 7kg,

Pada ketika ini berat badan gua maintain dalam 69-70 kg... dan masih gua dalam low carb diet.

Minggu ni adalah minggu terakhir gua dalam program Freeletics Cardio



Isnin, 31 Mac 2014

gua sibuk ber-eksesaiz


maaf,
sudah lama gua tak update blog ni..
bukannya apa..
gua tengah giat mengurangkan saiz diameter perut.
gua terlalu sibuk dengan freeletics.
sudah masuk 13 minggu..
gua pun ada pasang niat nak 6pax...
sekarang perut tiada lagi membulat...
alhamdulillah...

kehkehkeh


Selasa, 19 November 2013

Gua Kena Tindih..

Pagi semalam dalam komuter...

Wah bukan main makcik dengan brader sebelah kiri kanan gua ni...
Tido tak ingat dunia...
Main himpit2 gua pulak... 
Kalo gua tido ni maun gua ingat kena tindih hantu tinggi sambil mulut kumat kamit baca ulang2 walaya'udhu hizuhuma... 
Ayat kursi tu... dalam keadaan berpeluh2...

Rabu, 30 Oktober 2013

kadang kala gua pun berasa bosan dengan dunia








kadang-kadang untuk menghilangkan bosan... 
gua akan berjumpa kawan lama...
tengok dia mengukir buluh corak motif tumbuh-tumbuhan....

Isnin, 23 September 2013

Angan-angan...



Teringin nak update...
Dah habis raya fitrah...
Raya Besar nak sampai...
Apa pun tak ada..
Kepala ligat dok cari idea!

Selasa, 23 Julai 2013

Rahsia Gua Waktu Sahur

Tu nampak...
Bukan senang nak guna pinggan ni tanpa pengetahuan Bunga...
Kalau dia tau maun dia nangis tak ingat dunia...
Kadang- kadang bapak-bapak ni nak merasa jugak jadi cute
Kehkehkeh

Isnin, 15 Julai 2013

Ikhtiar Hidup

Entah kenapa sedar- sedar saja gua dah berada ditengah lautan. Mungkin terhantuk keras kepala gua pada bucu tempat duduk penumpang baris depan. Sebelum ini gua rasakan pesawat yang gua naik ini bergegar akibat bergesel awan tebal nan hitam.

Sempat gua sarungkan jaket keselamatan sepertimana yang diarahkan pramugari genit. Itu perkara terakhir yang gua ingat.

Nah! Sekarang terapung-apung gua di lautan biru bersama beberapa penumpang yang lain. Dengan semangat kepimpinan yang gua ada. Semangat ketua petrol pengakap sekolah. Latas gua jerit mengarahkan penumpang yang berhampiran berkumpul yang pada fikiran gua agar lebih mudah dilihat penyelamat.

Kami terapung apung di tengah lautan biru. Mahu hala kemana pun tidak gua tahu. Pada saat ini gua terkenang pada anak bini.

Tiba-tiba...
Cilakak bunga kencing malam...
Habis basah gua..
Bau hancing gua malam tadi.

Jumaat, 5 Julai 2013

Ujian

Gua memikirkan hikmah ujian yang tuhan berikan pada gua...

Selasa, 25 Jun 2013

Nikmat Menonton

Nikmat seorang bapa seprti gua adalah menonton Metallica Live Shit Binge n Purge San Diego

Sabtu, 22 Jun 2013

Masuk Hospital

Minggu lepas Mat Raifal masuk hospital sebab brontikaitis..
Minggu ni pulak giliran Bunga kes demam viral...
Gua laki bini penat bukan main bergilir di hospital...

Rabu, 5 Jun 2013

Gua Baru Panjat Gunung Datuk Kali Kedua Lepas 16 Tahun (1997)

Abang panjat gunung kaki ayam saja.. tapi bila turun betis dan peha abang pulak yang sakit.
heran sungguh

 Gua snap gambar ni taim gua baring separuh jalan turun.. gua letih.

p/s : bab kaki ayam tu gua tipu.. gua pakai kasut

Selasa, 28 Mei 2013

Tulis Kosong

Assalamualaikum.
Salam Sejatera
-
-
-
-
-
-
-
-


Sekian, Terima Kasih

Rabu, 26 Disember 2012

efek khas...

Membeli benda alah seperti ini dikala kamu mempunyai bayi adalah slah satu perkara taboo...
Dikhuatiri akan menjejas hubungan kamu dengan bayi....
Apatah lagi jika kamu mengenakan headphone...
Bayi menangis haram tak dengar....


skudeng