Isnin, 15 Julai 2013

Ikhtiar Hidup

Entah kenapa sedar- sedar saja gua dah berada ditengah lautan. Mungkin terhantuk keras kepala gua pada bucu tempat duduk penumpang baris depan. Sebelum ini gua rasakan pesawat yang gua naik ini bergegar akibat bergesel awan tebal nan hitam.

Sempat gua sarungkan jaket keselamatan sepertimana yang diarahkan pramugari genit. Itu perkara terakhir yang gua ingat.

Nah! Sekarang terapung-apung gua di lautan biru bersama beberapa penumpang yang lain. Dengan semangat kepimpinan yang gua ada. Semangat ketua petrol pengakap sekolah. Latas gua jerit mengarahkan penumpang yang berhampiran berkumpul yang pada fikiran gua agar lebih mudah dilihat penyelamat.

Kami terapung apung di tengah lautan biru. Mahu hala kemana pun tidak gua tahu. Pada saat ini gua terkenang pada anak bini.

Tiba-tiba...
Cilakak bunga kencing malam...
Habis basah gua..
Bau hancing gua malam tadi.

Tiada ulasan:

skudeng