Memaparkan catatan dengan label freeletics. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label freeletics. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

Spartan Race Malaysia (sprint)


Inilah kali pertama abang join obstacles run. Pergh power betul rasa bila dapat habiskan.
Dah nak masuk dua tahun abang gigih buat workout freeletics dan juga berlari.
Syukur, setiap yang gemuk pasti kurus kalau ada usaha!


Dapat habiskan within 2jam. Syukur. Kau bila lagi?


Khamis, 15 Mei 2014

Freeletics Week 20

Dah masuk minggu ke 20 dah gua praktikan freeletics ni.
Semalam lepas sukat pinggang, forearm, wrist fat percentage ada la dalam 17.18%
Gua target 15% fat percentage

Masuk minggu ke 19-20 gua dah start berlari.
Kenapa gua berlari?
Gua memang suka berlari. 
Gua target gua boleh buat 5km below 30minit
Dulu masa muda-muda gua pernah pasang niat nak masuk marathon.
rekod terbaru gua 3.2km 25minit
kehkehkeh









Jumaat, 9 Mei 2014

Freeletics week 18

Week 17

Week 15


Inilah pencapaian gua. 2011 lawan 2014.
18 minggu gua hadap workout sendirian.
Berdiet low carb high protein.




Ahad, 13 April 2014

Minggu 15 Senaman Freeletics



Minggu ni adalah minggu ke 15 gua buat senaman Cardio untuk kurangkan berat badan.
Minggu ke 15 gua laksanakan low carb diet.
Pada gua ianya berjaya..

Freeletics ni adalah sejenis senaman yang merupakan senaman High Intensity Training
Permulaan yang gua buat adalah Aphrodite
Aphrodite adalah kombinasi :
150 x Burpees
150 x Squats
150 x situp


Ya, kelihatan seperti gila. Nyata ianya memang gila. tapi itulah yang gua tempuh.
Permulaan berat badan gua adalah 77kg dan Minggu ke 7 gua laksanakan senaman freeletics ini gua turun sebanyak 7kg,

Pada ketika ini berat badan gua maintain dalam 69-70 kg... dan masih gua dalam low carb diet.

Minggu ni adalah minggu terakhir gua dalam program Freeletics Cardio



Isnin, 31 Mac 2014

gua sibuk ber-eksesaiz


maaf,
sudah lama gua tak update blog ni..
bukannya apa..
gua tengah giat mengurangkan saiz diameter perut.
gua terlalu sibuk dengan freeletics.
sudah masuk 13 minggu..
gua pun ada pasang niat nak 6pax...
sekarang perut tiada lagi membulat...
alhamdulillah...

kehkehkeh


skudeng