Saban hari abang berdoa.
Mohon dipermudahkan urusan umrah abang dan gelfren di Tanah Haram. Kunjungan kali pertama, sudah tentu berdebar.
Terasa kerdil diri untuk menjadi tetamu Allah SWT. Terkenan setiap dosa atas kelemahan dan kejahilan yang telah abang lakukan.
Saban hari abang berdoa.
Ya Allah, ampunilah dosa. Aku jahil dan lupa akan Mu. Leka dengan kenikmatan yang telah diberikan Mu. Aku leka ya Allah.
Ta Allah ampunilah dosa ku.
Ahad, 29 September 2019
Berdoa
hubungkait
5 Oktober 2019,
Baitullah,
Umrah
Sabtu, 21 September 2019
Khamis, 12 September 2019
Dari Freeletics -> Obstacle Course Race -> Pelari Jalanan -> Pelari Denai -> Aquathlon (?)
Punyalah lama abang "diamkan" blog abang ni. Dari tahun 2015....
Dari Freeletics -> Obstacle Course Race -> Pelari Jalanan -> Pelari Denai -> Aquathlon (?)
Dari Freeletics -> Obstacle Course Race -> Pelari Jalanan -> Pelari Denai -> Aquathlon (?)
Freeletics
2014
Obstacle Course Race
2015-2016
Pelari Jalanan
2016-2019
Pelari Denai
2016-2019
Present - Aquathlon?
Harap makbul lah hajat abang nak pandai berenang dengan baik.
Selasa, 13 Oktober 2015
Spartan Race Malaysia (sprint)
Inilah kali pertama abang join obstacles run. Pergh power betul rasa bila dapat habiskan.
Dah nak masuk dua tahun abang gigih buat workout freeletics dan juga berlari.
Syukur, setiap yang gemuk pasti kurus kalau ada usaha!
Dapat habiskan within 2jam. Syukur. Kau bila lagi?
hubungkait
freeletics,
gua,
Spartan race Malaysia
Isnin, 10 Ogos 2015
Taktik Nak Balik Cepat Open Haus Kawan Gelfren
hubungkait
gua,
open house,
raya
Gathering Raya Kawan Sekolah Kebangsaan Juasseh
Haaa ni je yang ada.
Tahun ni (sebenarnya baru tahun ni aku join) Fida jadi tuan rumah.
Dapat le jumpa kawan sekolah.
Tak besar gahtering ni, jenis runcit-runcit.
Ahad, 2 Ogos 2015
Yaa Susut
hubungkait
freeletics malaysia,
gua
Jumaat, 24 Julai 2015
Lama Tak Jenguk
Apa khabar?
Lama tak jenguk,
Pasti kau dah besar, dah tua, dah matang.
Apa khabar?
Apa dah jadi sekarang?
Masih bertatih?
Dah mampu berlari?
hubungkait
gua
Khamis, 15 Mei 2014
Freeletics Week 20
Dah masuk minggu ke 20 dah gua praktikan freeletics ni.
Semalam lepas sukat pinggang, forearm, wrist fat percentage ada la dalam 17.18%
Gua target 15% fat percentage
Masuk minggu ke 19-20 gua dah start berlari.
Kenapa gua berlari?
Gua memang suka berlari.
Gua target gua boleh buat 5km below 30minit
Dulu masa muda-muda gua pernah pasang niat nak masuk marathon.
rekod terbaru gua 3.2km 25minit
kehkehkeh
hubungkait
freeletics,
freeletics malaysia,
gua,
running
Jumaat, 9 Mei 2014
Freeletics week 18
Week 17
Week 15
Inilah pencapaian gua. 2011 lawan 2014.
18 minggu gua hadap workout sendirian.
Berdiet low carb high protein.
hubungkait
freeletics,
freeletics malaysia
Selasa, 6 Mei 2014
Magic
Sejak menjak ni gua betul-betul penat badan.
Sampai rumah biasanya lepas azan maghrib.
Sampai rumah Adam dan Dahlia sambut.
Macam biasa dua-dua mintak didukung.
Gua dukung, sambil tanya kerja sekolah Dahlia.
"kerja sekolah takda , tapi cikgu suruh balut buku"
Gua suruh dia letak atas meja makan buku yang nak dibalut.
Merengek-rengek minta dibalut cepat.
Gua buat tak peduli nak mandi nak solat.
Gua bisik kat telinga Dahlia "Esok pagi jadi magic, buku tu balut sendiri"
Pagi tadi gua bangkit jam 4.30 pagi, balut buku.
Pasti hari ni heboh cerita perihal magic balut buku di taski.
Maaf Dahlia, babah penat semalam.
Sampai rumah biasanya lepas azan maghrib.
Sampai rumah Adam dan Dahlia sambut.
Macam biasa dua-dua mintak didukung.
Gua dukung, sambil tanya kerja sekolah Dahlia.
"kerja sekolah takda , tapi cikgu suruh balut buku"
Gua suruh dia letak atas meja makan buku yang nak dibalut.
Merengek-rengek minta dibalut cepat.
Gua buat tak peduli nak mandi nak solat.
Gua bisik kat telinga Dahlia "Esok pagi jadi magic, buku tu balut sendiri"
Pagi tadi gua bangkit jam 4.30 pagi, balut buku.
Pasti hari ni heboh cerita perihal magic balut buku di taski.
Maaf Dahlia, babah penat semalam.
Sejuk Pagi
Sejuk betul pagi ni,
gua naik motor sejuk kemain apatah lagi dalam keadaan sunyi dingin subuh.
Gua menunggang motor ke stesen komuter tanpa zip seluar terkatup kemas.
sejuk!
sejuk!
Isnin, 14 April 2014
Merayau Sepanjang Jonker Street, Melaka
Ahad, 13 April 2014
Minggu 15 Senaman Freeletics
Minggu ke 15 gua laksanakan low carb diet.
Pada gua ianya berjaya..
Freeletics ni adalah sejenis senaman yang merupakan senaman High Intensity Training
Permulaan yang gua buat adalah Aphrodite
Aphrodite adalah kombinasi :
150 x Burpees
150 x Squats
150 x situp
Ya, kelihatan seperti gila. Nyata ianya memang gila. tapi itulah yang gua tempuh.
Permulaan berat badan gua adalah 77kg dan Minggu ke 7 gua laksanakan senaman freeletics ini gua turun sebanyak 7kg,
Pada ketika ini berat badan gua maintain dalam 69-70 kg... dan masih gua dalam low carb diet.
Minggu ni adalah minggu terakhir gua dalam program Freeletics Cardio
hubungkait
freeletics,
gua
Isnin, 31 Mac 2014
gua sibuk ber-eksesaiz
sudah lama gua tak update blog ni..
bukannya apa..
gua tengah giat mengurangkan saiz diameter perut.
gua terlalu sibuk dengan freeletics.
sudah masuk 13 minggu..
gua pun ada pasang niat nak 6pax...
sekarang perut tiada lagi membulat...
alhamdulillah...
kehkehkeh
hubungkait
freeletics,
gua
Isnin, 23 Disember 2013
Keinginan Gua Bergambar
Dah lama gua menteladani dan menyantuni karya novel, sajak dan puisi dia.
Selisih bahu dua tiga kali, nak tegur dia ni gua segan kerana dia seorang besar,
Baru sekarang dapat gua ajak bergambar.
Terima kasih Abang Pyan bagi laluan besar untuk bergambar dangan A. Samad Said.
hubungkait
A. Samad Said
Selasa, 19 November 2013
Gua Kena Tindih..
Pagi semalam dalam komuter...
Wah bukan main makcik dengan brader sebelah kiri kanan gua ni...
Tido tak ingat dunia...
Main himpit2 gua pulak...
Kalo gua tido ni maun gua ingat kena tindih hantu tinggi sambil mulut kumat kamit baca ulang2 walaya'udhu hizuhuma...
Ayat kursi tu... dalam keadaan berpeluh2...
Wah bukan main makcik dengan brader sebelah kiri kanan gua ni...
Tido tak ingat dunia...
Main himpit2 gua pulak...
Kalo gua tido ni maun gua ingat kena tindih hantu tinggi sambil mulut kumat kamit baca ulang2 walaya'udhu hizuhuma...
Ayat kursi tu... dalam keadaan berpeluh2...
hubungkait
gua
Rabu, 30 Oktober 2013
kadang kala gua pun berasa bosan dengan dunia
kadang-kadang untuk menghilangkan bosan...
gua akan berjumpa kawan lama...
tengok dia mengukir buluh corak motif tumbuh-tumbuhan....
hubungkait
gua
Isnin, 21 Oktober 2013
Bunga Sakit Gigi
hubungkait
bunga
Khamis, 10 Oktober 2013
Bunga Nak Bela Kucing
Dalam kereta, waktu pulang dari rumah pengasuh, Bunga bertanya pada gelfren gua..
"Mama.... Hana nak bela kucing boleh tak ?" dengan tenang gelfren gua menjawab tak boleh sambil geleng kepala dengan alasan nanti kucing berak.. Berak kucing ni busuk.
Gua memang tau gelfren gua ni memang tak suka kucing...
Kemudian dengan selamba Bunga memberi cadangan.. " Mama... kita bela kucing tak da bontot boleh tak?"
Entah macam mana agaknya rupa kucing tak da bontot tu.. kehkehkeh
hubungkait
bunga
Langgan:
Catatan (Atom)

































