Isnin, 8 Ogos 2011

Warkah Aidilfitri




Ayahanda dan Bonda,
Kehadapan ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya. Bagaimana projek serai yang ayahanda ceritakan tempohari sebagai aktiviti masa lapang untuk ayahanda di masa pencen kelak. Rasanya kalau tidak salah, ayahanda akan berpencen awal tahun depan kan? Esok kalau ayahanda dah pencen nanti hulur la seribu dua duit "grand duty" tu nanti. (kehkehkehkeh)


Ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Apa khabar agaknya Haji Kassim di sana? Masih jadi imam untuk terawikh di kampung kita? Masih meriah moreh di surau? Teh potong kaki untuk moreh masih lagi dibancuh oleh Abang Poik? Wah banyak betul pertanyaan anakanda. Ye la dah beberapa minggu anakanda tak pulang ke kampung. Takut pulak anakanda, ayahanda dan bonda bakar pulak surat ni sebelum habis baca.


Ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Ok la, tujuan anakanda menulis warkah ini adalah untuk memaklumkan ayahanda dan bonda yang sesungguhnya anakanda dan keluarga tidak dapat pulang berhari raya. Bukanlah niat anakanda untuk menderhaka ke atas ayahanda dan bonda tetapi, belum sempat raya anakanda dah leburkan duit simpanan anakanda membayar cukai jalan kereta seken hen yang hampir mencecah ribuan, lesen memandu anakanda mati dan dalam bulan September ini pula cukai jalan motor anakanda pulak tamat tempoh.


Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Tiadalah apa yang dapat anakanda kirimkan selain warkah ini buat pengganti diri anakanda di aidilfitri nanti. Nak kirim duit pun dah habis buat bayar segala cukai kerajaan...  kerajaan yang ayahanda sendiri pilih 4 tahun sudah. Owh sebelum terlupa, ayahanda dan bonda nak gambar terbaru kami ya... kat facebook sentiasa ada.


Sebelum ayahanda bakar menjadi debu surat ini,  anakanda menyusun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Jangan lupa kirimkan salam anakanda kepada keluarga mentua yang selang 5 buah rumah tu. Untung ayananda dan bonda dapat behsan dekat-dekat. Tak lupa juga kirimkan salam anakanda pada Ah Wa, katakan pada dia  cekelat angin  dan air tenaga red bull yang anakanda amik dulu mintak halalkan.Ntah bila dapat anakanda bayar.....


Sekian,
Anakanda mu yang mewah dengan hutang.

4 ulasan:

Hamizan berkata...

kurang hajo kamu jang....

pye:rudz berkata...

gampang.

Najwa Aiman berkata...

Sesungguhnya engkau bernasib baik kerana sekarang aku sedang berpuasa dan terpaksa menahan diri daripada mencarut terhadap kamu... cet!

Fa-T berkata...

tetuan hamizan...
tetuan pyerudz...
tetuan najwa...

kehkehkeh

skudeng