Untuk ke Kapit 3 jam diperlukan dengan menaiki bot ekspress.Tambang,Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja. Bot ekspress ini boleh angkut, sayur, surat khabar, ikan, daging termasuk juga ayam laga. Ayam laga sihat-sihat. Ayam laga buat taruhan. Menang boleh dapat duit. Menang boleh minum tuak ramai-ramai sampai tumbang. Kalau nasib baik dalam bot ekspress dapat duduk sebelah minah saleh yang pakai seluar pendek.Ramai mat saleh suka masuk ke Kapit. Nak rasa hidup dalam rumah panjang. Nak hirup tuak beras pulut. Nak tido dalam hutan. Dah lima - enam kali ke Kapit. Haram nak dapat duduk sebelah minah saleh.
Sepanjang menyusuri Batang Rejang gua nampak sekolah-sekolah, rumah-rumah panjang moden dan kongsi pembalak. Nampak juga orang-orang menangkap ikan dari atas perahu panjang. Kadang-kadang selisih dengan tongkang bawak pasir atau balak. Sepanjang perjalanan, disambut oleh pokok-pokok hijau. Hijau pekat. Tapi ada kawasan telah dijarah oleh pembalak. Kawasan botak. Kelihatan lori-lori balak, dan kren-kren maha besi. Apa lagi hasil negeri Sarawak selain emas hitam?
-Gambar lain gua tak ambik. Sengaja gua amik gambar ni. Ada kaitan dengan kerja gua.-
-Ini gambar tahun lepas. Gua bawak buku ni sampai Kapit-
Selesai kerja gua balik semula ke Sibu.
p/s : Kat blog-blog orang lain banyak aje gambar pasal Kapit. Tanya lebai gugel.
2 ulasan:
org klntn mmg rmai..kt mana2 je ada org klntn
power tu... raya buat rendang rusa!
Catat Ulasan