Sabtu, 3 Disember 2011

Insyaallah...

Insyaallah
...tahun depan...

Khamis, 24 November 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - Review Gua


Memandangkan Malaysia baru lepas naik podium tempat pertama di Bung Karno pada Sukan SEA yang lepas dan kekalahan pada Syiria dengan perbezaan gol sebanyak 2 gua nak review buku yang telah hampir sebulan gua khatam.

Buku ni gua cekau masa pelancaran buku yang terkandungnya KEGAGALAN Malaysia selama 40 tahun untuk ke Piala Dunia setelah tersekat di peringkat saringan kumpulan. Isi kandungan buku ini merupakan satu ringkasan, sipnosis serta kajian oleh penulis (Lucius Maximus) ke atas perkembangan (sebenarnya kembang dan kuncup... lepas tu kuncup.. ni harap nak kembang semula pun nampak nak kuncup) bola sepak Malaysia. Pembabitan politik, golongan ke atasan kuning,dalam arena bola sepak negara sedikit sebanyak menerbitkan faktor-faktor logik yang bangang dan secara tidak langsung menyumbang kebangangan penyusunan strategi dan latihan skuad negara.(termasuk juga latihan di Frazer Hill sebelum ke tanah arab yang panas.. habis kulit kena sunburn)

Gua nasihatkan mana-mana mamat yang kononnya sokong skuad negara... sila baca buku ni dan kaji sendiri tang mana sebenarnya bangang.

p/s : nak beli cari Dubook Press 

Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda dan Emas Sukan SEA



Pertama-tama gua nak ucap tahniah pada Ong kim Swee kerana telah membimbing dan melatih skuad Harimau Muda sehingga menggayang TimNas Indonesia.

Tapi gua mintak OKS tolong sedar, dalam skuad dia ada sorang budak suruh jadi striker bangang, jadi midfielder second half pun bangang. Apa pun tak boleh, sepak penalti jangan la harap.

Ada orang kata : Woi Dia tu la yang skor untuk semi final!
Gua jawab : Dah itu memang kerja striker.Kena la kerja betul-betul. Jangan jadi bangang!

Sebab apa gua cakap macam tu?  Sebab dia dibayar gaji untuk bermain bola. Pagi Petang Siang Malam dia gentel bola. FULL STOP

skudeng