Memaparkan catatan dengan label bangang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bangang. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

Lintasan Kuda Belang...


Maaf Bang...
dah dua hari saya perati abang suka berhenti atas zebra crossing...
kalau abang kena langgar dengan pejalan kaki yang melintas abang redha saja tau!

Khamis, 24 November 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia - Review Gua


Memandangkan Malaysia baru lepas naik podium tempat pertama di Bung Karno pada Sukan SEA yang lepas dan kekalahan pada Syiria dengan perbezaan gol sebanyak 2 gua nak review buku yang telah hampir sebulan gua khatam.

Buku ni gua cekau masa pelancaran buku yang terkandungnya KEGAGALAN Malaysia selama 40 tahun untuk ke Piala Dunia setelah tersekat di peringkat saringan kumpulan. Isi kandungan buku ini merupakan satu ringkasan, sipnosis serta kajian oleh penulis (Lucius Maximus) ke atas perkembangan (sebenarnya kembang dan kuncup... lepas tu kuncup.. ni harap nak kembang semula pun nampak nak kuncup) bola sepak Malaysia. Pembabitan politik, golongan ke atasan kuning,dalam arena bola sepak negara sedikit sebanyak menerbitkan faktor-faktor logik yang bangang dan secara tidak langsung menyumbang kebangangan penyusunan strategi dan latihan skuad negara.(termasuk juga latihan di Frazer Hill sebelum ke tanah arab yang panas.. habis kulit kena sunburn)

Gua nasihatkan mana-mana mamat yang kononnya sokong skuad negara... sila baca buku ni dan kaji sendiri tang mana sebenarnya bangang.

p/s : nak beli cari Dubook Press 

Khamis, 28 April 2011

Bapak Paling Bangang...


Bapak paling bangang adalah, bapak yang membawa anak kecil nya di dalam bakul motor sambil langgar isyarat merah  sebagai tanda berhenti.

"Gua tak kesah kalau Bapak, anak dan motornya mati". 
Apa yang gua kesah adalah si isteri yang hilang suami. 
Susahlah gua kalau gua yang kena "menikah" bininya kelak.

kehkehkehkeh

Ahad, 6 Februari 2011

Bangang!

Yang Bersandar Adalah Tok Putih


Petang Raya Cina Kedua...
Gua lepak sama Bapak.Lepak mengeteh...
Teh terbaik di Senaling letaknya di Ulu Ma'asup. Kedai runcit Tok Putih. Ada meja dan kerusi disusun khas bagi penagih teh. Atas meja ade sebalang cakar ayam dan sebalang tempeyek kacang tanah.Tok Putih adalah gelaran bagi seorang tua albino.Teh yang dibancuh sedap sehingga hilang mata hitam.

Sedang gua hirup teh...
Gua terdengar seorang lelaki tua  di meja sebelah mengulas dengan lantang. Mungkin volume control nya rosak. Mengulas hal Mesir... Mubarak.. Perhimpunan di Dataran Tahrir. Lagak seperti pembaca berita AL-Jazeera. Hebat... !
Habis semua pihak dibangangkan. Habis semua pihak dibodohkan oleh lelaki tua tersebut. Termasuk semua pihak di Malaysia.,di Israel dan yang paling hebat di Amerika negara Uncle Sam.

Tiba-tiba...
Tok Putih, empunya kedai menyampuk...
"Sebonar eh.. ekau tu yang bangang... dek bangang kau tu la ekau duduk kek sini ha... kut pandai dah lamo ekau kek Putrajaya nun...jadi mentoghi"

Si pengulas bengang... terus bayar dan blah...
Gua dan Bapak... senyum sampai ke telinga..

Isnin, 16 Mac 2009

Bangang Atau Bodoh....


Bangang atau Bodoh....

Kenapa sebilangan kakitangan kerajaan yang berumur lebih 40 tahun tidak tahu menggunakan komputer...?

Kenapa tak diKURSUS kan meraka-mereka ini....?

Nak print pun panggil aku.. pandai kah aku ni...?

Dah bagi softcopy pun tak tau nak edit..?... bodoh sangat ke meraka ni???

atau terlalu banyak makan semut...??

Bagaimana denganPEMBANGUNAN MODAL INSAN bagi mereka yang tua-tua bangka ni?

skudeng