Memaparkan catatan dengan label restoran sururi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label restoran sururi. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Oktober 2011

Sup Daging Luruh Sururi Masjid Alam Shah...

Restoran Sururi ni gua kira satu restoran rakyat, semua orang yang ada dalam 7 ringgit boleh pekenanasi tambah sup daging paling power dalam Kuala Lumpur dengan teh. Rata-rata yang menghirup sup di sini adalah orang yang berstatus otai! Yang muda remaja, ini bukan tempatnya. Restoran ni letak di penghujung Jalan Pasar di tingkat bawah flat bersebelahan Masjid Alam Shah

Sup disini gua kira sudah dua ganerasi bikin. Dari bapak (pengasas Sururi telah meninggal) hingga lah ke anaknya. Gua dah kenal sup ni kira-kira 6 tahun sudah. Dulu sup cuma ada dalam 4 hari saja Selasa sampai Jumaat... Sekarang stright 5 hari. Sori hujung minggu tak da sup. Tutup! Cuma hari Khamis ada spesel nya... Ada Sup Kambing.

Apa hebatnya sup di sini?
Sup disini dagingnya luruh lembut empuk. Budak baru tumbuh gigi pun boleh layan daging. Picit guna jari pun boleh luruh daging dari tulang. Dalam periuk saiz XXL boleh nampak sekali sekali buah pelaga berenang-renang, lemak-lemak dan urat-urat tenggelam timbul. Member-member yang gua bawak semua puas hati. Gua gerenti!

Gua baru bawak sorang panel rasa yang cukup otai. Nah! ni gambar beliau penuh puas. Dengar cerita brader ni tangkap rindu sama sup ni!


 Nasi Banjir Sup


 Selesai..Hirup teh sambil pejam mata
Kuah sup gua tak tau hilang pegi mana...


Brader ni puas dan terus rindu sampai hari ni.....

skudeng