Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 15 November 2009

KERJA OZZY OSBOURNE


Abu Hasan temui bangkai merpati tanpa kepala

JITRA 14 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Saraf membuat laporan polis selepas menemui bangkai seekor burung merpati tanpa kepala di depan pintu rumahnya, di Taman Desa Damai di sini.

Laporan dibuat di Balai Polis Jitra kira-kira pukul 1 pagi ini kerana khuatir mengenai keselamatan diri dan ahli keluarganya.

Beliau menyifatkan kehadiran bangkai itu sebagai simbolik ugutan daripada pihak tertentu berpunca daripada kemelut kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang kini hangat diperkatakan.

"Sudah empat penggal saya menjadi wakil rakyat, inilah pertama kali kejadian seumpama ini berlaku. Saya dan keluarga berasa tidak sedap hati dengan perkara ini.

"Saya percaya kepala bangkai burung itu dipotong dan kemudian dicampakkan di hadapan pintu rumah. Mungkin ia dilakukan oleh pihak tertentu disebabkan politik dengan mengambil kira situasi semasa.

"Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Abu Hasan memberitahu, beliau menyedari kehadiran bangkai burung merpati itu selepas isterinya, Datin Sabariah Baharom, 46, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 12.10 malam.

Ketika itu menurutnya, kesemua ahli keluarga tiada di rumah kerana menjalankan urusan masing-masing.

"Selepas isteri saya pulang kira-kira pukul 7 petang semalam, dia terlihat bangkai burung merpati itu tetapi pada mulanya tidak mahu mengendahkannya.

"Bagaimanapun dia berasa tidak senang hati dan menjadi gelisah lalu menghantar SMS kepada saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abu Hasan berkata, beliau masih menerima elaun wakil rakyat sekali gus membuktikan kerajaan negeri tetap mengiktirafnya.

"Kalau tidak mengiktiraf saya, mengapa kerajaan negeri terus membayar elaun wakil rakyat sejak kedudukan kerusi Kota Siputeh menjadi pertikaian mulai Ogos lalu? Ini membuktikan saya diiktiraf sebagai ADUN," katanya.




p/s... ni mesti keja OZZY OSBOURNE!!!! ahahaha...

Jumaat, 17 Julai 2009

Rabu, 1 April 2009

NAJIB= PM MALAYSIA


Najib sah angkat sumpah Perdana Menteri Jumaat ini *UTUSAN MELA atas talian (1 April 2009 / 5 Rabiul Akhir 1430)

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.

Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengesahkan perkara itu memberitahu bahawa beliau telah menerima surat berkenaan pagi ini.

“Saya telah menerima surat jemputan menghadiri Majlis berkenaan daripada urus setia Jemaah Menteri pagi ini.

“Ia akan berlangsung pada pukul 9 pagi Jumaat ini bertempat di Balai Rong Seri Istana Negara,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini turut memetik sumber Istana Negara bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Tuanku Mizan secara rasmi pada Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan.

p/s : apa cabaran Malaysia.... ni bukan APRIL FOOL!!!

Khamis, 5 Februari 2009

POLITIK = PALAT

POLITIK = PALAT
PALAT = HARAM
HARAM = BABI

MEMANG PALAT!!!

Khamis, 20 November 2008

Ekonomi KIta Sekukuh KLCC.... sebelum dilanda gempa bumi

Sebelum tuh...

AHAHA TERGELAK AKU....


Ringgit jatuh paras terendah dua tahun (UTUSAN MALAYAU)

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Nilai ringgit hari ini terus merosot ke paras terendah dalam tempoh dua tahun berikutan belian kukuh mata wang dolar Amerika Syarikat.

Paling ketara, mata wang tempatan itu diramal bakal kembali berada di paras RM3.80 untuk sedolar AS iaitu paras ringgit ditambat sebelum kerajaan menarik balik pada Julai 2005.

Ketika pasaran ditutup, ringgit hari ini, diniagakan pada paras 3.6050 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS).

Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, penyusutan nilai ringgit berikutan 'ledakan' (explosion) pusingan kedua krisis kewangan global baru-baru ini.

''Ini kerana, masih terdapat tanggapan daripada para pelabur bahawa dolar AS berdaya maju untuk mengawal kegawatan ekonomi.

''Keadaan itu juga disebabkan oleh aliran keluar portfolio dalam pasaran saham dan bon di rantau Asia yang tidak menentu," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ringgit bukan sahaja lemah berbanding dolar AS tetapi nilai mata wang rantau Asia dan Eropah turut mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Penganalisis Teknikal Pasaran Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Nazri Khan berpendapat, kelemahan ringgit berbanding dolar AS bukan disebabkan oleh kelemahan ekonomi tempatan tetapi lebih kepada keengganan mengambil risiko untuk memasuki pasaran di seluruh dunia.

''Sentimen kejatuhan ringgit ini hanya bersifat sementara kerana apabila krisis kewangan kembali pulih, mata wang negara akan stabil semula.

''Pada dasarannya, ekonomi negara mampu menahan krisis kerana rizab negara masih kukuh dan pinjaman tidak berbayar (NPL) masih lagi rendah,'' katanya.

Nazri, bagaimanapun menambah, ringgit dijangka diniagakan rendah sehingga paras 3.800 dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tunjuk bukti dana RM5b manfaatkan KWSP - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuktikan bagaimana dana sebanyak RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap Sdn. Bhd. (Valuecap) memberi manfaat kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, MTUC mahu pihak berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa dana sebanyak RM5 bilion itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Beliau berkata, dana tersebut adalah hasil titik peluh pekerja di negara ini dan KWSP bukannya mesin pengeluar wang automatik (ATM) untuk kerajaan.

''Di manakah kertas kerja dan kira-kira yang dapat membuktikan ia dapat menguntungkan KWSP? Setakat jaminan sahaja tidak mencukupi,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Bernama semalam mengenai Nor Mohamed menyatakan KWSP akan mendapat keuntungan daripada RM5 bilion yang dipinjamkan kepada Valuecap.

Prestasi

Menurut Nor Mohamed, ia berasaskan kepada prestasi Valuecap sebelum ini yang meningkatkan portfolionya daripada RM5 bilion pada awalnya kepada RM8 bilion sekarang.

Valuecap yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan syarikat pengurusan dana yang diwujudkan untuk melabur khusus dalam pasaran ekuiti Malaysia dan dimiliki bersama oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Dana Persaraan.

Syed Shahrir menambah, sekiranya asas ekonomi Malaysia adalah kukuh dan rizab negara cukup seperti yang ditegaskan beberapa kali oleh kerajaan selama ini, maka tiada keperluan untuk menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada syarikat milik kerajaan (GLC).

''Kalau KWSP hendak meminjamkan wang kepada kerajaan, maka pihak berkenaan harus memastikan tiada unsur penyelewengan yang akan berlaku dan wang tersebut perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

''Kita juga ingin tahu siapa dia dan bagaimana mereka menggunakan hasil titik peluh pekerja yang disimpan untuk pelan bersara,'' ujarnya.

=============================================================

habisla duit korang..
ahaha nak tergelak aku....
sian pakcik2 yang keje buruh tu.... isk-sik..
najib...najib...

skudeng