Khamis, 9 Julai 2009
SELAMAT DATANG BAHASA MELAYU.. BAHASA MALAYSIA... AKAN DATANG TULISAN JAWI!
SElamat Kembali...
Jangan Pergi Lagi...
Jangan Tinggalkan Kami Lagi...
Semoga Berkekalan.....
Sabtu, 13 Jun 2009
SElangor dah start macam gerombolan dah... Mane Bahasa Melayu.....
| RM13,000 hadiah menanti pencipta lagu tema SPIES- HARAKAHDAILY
|
| Muhammad Arif Ismail
Fri | Jun 12, 09 | 12:51:34 pm MYT | |||||||
| SHAH ALAM, 12 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan. Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik. "Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor. "Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini. "Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya. Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - mns_
Dah tak guna BAHSA MELAYU.... nanti takut sepenggal je nanti.... Nak kempen macam mana....?
| |||||||
Selasa, 9 Jun 2009
MURID-MURID DI MALAYA....
Mengapa.... jawi... bahasa malaysia... bahasa melayu... bahasa inggeris... bahasa melayu... bahasa inggeris.... lepas ni bahasa apa???
Bahasa URDHU, SANSKRIT,........ ahahah KESIAN
Kepala bebudak makin runcing.... KESIAN!!!!
Jesteru itu... MURID-MURID... HORMATILAH PEMIMPIN!!!!
Selasa, 5 Mei 2009
PAK SAMAD JANGGUT & Prof Muhammad... saya tabik!!!
KUALA LUMPUR: Lima Sasterawan Negara melahirkan sokongan terhadap kempen menggesa dimansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan dua daripada mereka sanggup melepaskan gelaran masing-masing.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka.
Kedua-dua mereka menegaskan, tindakan susulan bagi memansuhkan PPSMI akan tetap diteruskan melalui usaha secara individu mengikut bidang masing-masing memandangkan terdapat beberapa Saterawan Negara yang telah uzur.
“Kami masing-masing menjalankan tugas mengikut dunia kami tersendiri, usaha berbeza tetapi matlamatnya sama.
“Kami memang sanggup (lepaskan gelaran), kalau dikiranya sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad pada sidang media di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, hari ini.
Tiga lagi Sasterawan Negara yang menyokong bantahan tersebut ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Abdullah Hussain dan Datuk Noordin Hassan.
Bagaimanapaun ketiga-tiga mereka tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan.
A Samad berkata, beliau akan berusaha keras dalam memastikan PPSMI dihapuskan dan sanggup untuk turun ke bawah bagi ‘merakyatkan’ orang ramai agar sedar mengenai dasar yang dikatakan menjadi ancaman kepada bahasa Melayu itu.
Ditanya sama ada pihaknya sudi untuk membincangkan isu itu sekiranya dipelawa oleh kerajaan, A Samad berkata, mereka tidak akan menolaknya sekiranya perbincangan itu diadakan dengan baik.
“Kalau pelawaan kerajaan yang baru baik... kita akan sambutlah dengan baik, tetapi kami tidak mahulah pertemuan ini hanya kiasan sahaja,” katanya.
Jelas beliau, kerajaan perlu mengakui hakikat bahawa dasar PPSMI adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka perlu mengakui kesalahan dalam melanggari Perlembagaan.
"Tidak ada gunanya dibetulkan yang lain kalau Perlembagaan itu dilanggar,” katanya.
Sementara itu, Muhammad pula mendakwa, isu PPSMI merupakan satu musibah kepada nasib bangsa Melayu dan perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada bahasa-bahasa besar lain yang katanya mempunyai martabat yang tersendiri.
“Tidak pernah orang cuba sentuh bahasa Perancis. Cuba anda ubah bahasa itu kepada bahasa Inggeris, pastinya orang Perancis akan marah kerana mereka yakin bahasa mereka bahasa terbaik di dunia," katanya.
Beliau bagaimanapun menyokong dasar kerajaan untuk memperluaskan penguasaan bahasa Inggeris, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipinggirkan.
Kelima-lima sasterawan itu turut menggariskan beberapa hujah yang menyokong bantahan mereka terhadap PPSMI.
Antaranya ialah pencapaian bahasa Inggeris boleh diperbaiki dengan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat.
"Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang juga bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris tetapi lebih banyak dari negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.
"Selain itu, beberapa masalah yang dihadapi di negara kita bukan berpuncakan penguasaan bahasa Inggeris kurang cekap tetapi pada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat," katanya.
p/s bila cakap kena kotakan....