Memaparkan catatan dengan label Tungau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tungau. Papar semua catatan

Selasa, 6 September 2011

Filem Darah Satria Dan Jantan....


Filem Darah Satria, mana budak2 yang tak pernah tengok pergi hentak kepala ke dinding 18 kali!
filem ni tayang kat tv time-time gua nak 'up'. Kira ini lah filem yang paling jantan! Filem pasal askar tanah melayu tembak komunis!

Pasal filem ni jugak habis semua budak laki kelas gua pakat nak jadi askar. Mana-mana budak laki nak jadi cikgu dikira bapuk! Time tu jugak la semua teringin nak pegang senapang. Nak tembak-tembak musuh, sambil-sambil tu boleh nembak tupai ke kera macam RELA kampung. ye dok?

Selesai saja tayang filem ni di tv, terus pakat member2 main ashkar-ashkar, satu grup jadi ashkar, satu grup lain dengan muka monyok jadi komunis. Berbekalkan senapang biji terung ready masuk semak.Masuk semak main tembak-tembak.Budak laki-laki harus jadi jantan.

Maghrib tiba, selesai main. Balik mandi. Malam tergaru-garu. Kene tungau celah kangkang, kena tang "jantan".

Ini barulah betul-betul JANTAN!

Jumaat, 23 April 2010

Hanya Sebesar Tungau...


Telah lima tahun Rashid berkhidmat di pejebatnya. Anugerah perkhidmatan cemerlang pun sudah diterimanya ketika dia masih dalam tempoh percubaan dan perkara ini jarang berlaku. Tapi apakan daya, segala komitmen dan kesungguhannya berkerja kini luntur pudar bagai disental dengan cecair detregen. Semua ini berpunca daripada kesilapan yang hanya sebesar seekor tungau. Hanya sebesar seekor tungau. Dia terus ditempelak dan dimalukan.

Sudah lumrah dunia. Ketika keringat diperlukan dia disanjung, diwar-warkan dan dimegah-megahkan.

Masih ligat bermain ditelinganya, rungutan majikannya, semua ini disampaikan oleh Mahmud, Akauntan ditempatnya berkerja. "kalau surat macam ni pun Rashid tak boleh taip, buat apa bagi dia kerja,buat apa bagi dia tugas" begitulah yang Mahmud sampaikan kepada Rashid.

Berguni-guni sumpah seranah Rashid semburkan kepada majikannya, tapi hanya di dalam hati. Benar-benar melukakan hati Rashid. "Ah.. biarkan lah" sesekali terlintas di sudut hati Rashid. Tak guna berdendam. Rezeki ada ditempat lain....

skudeng