Jumaat, 26 Ogos 2011

UCAPAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

GUA MOHON KEAMPUNAN JIKALAU ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG BERBLOGGING. MANALAH TAU KADANG-KADANG PASAL ULAS ISU SEMASA GUA TERKUTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN LU ORANG.

PADA KAWAN-KAWAN PEJABAT YANG JUAL KUIH BISKUT RAYA KAT PEJABAT GUA PUN MINTAK MAAF SEBAB TAHUN NI GUA TAK BELIS SEBALANG PUN.

KEPADA BOS PEJABAT, PUN GUA NAK MINTAK MAAF, BIASA LA GUA NI SELALU KUTUK. YE LA BUAT PA JADI BOS KALAU TAKUT KENA KUTUK. YE DOK?

TAK TERTANGGUNG DOSA SEKIRANYA TIDAK DIMAAFKAN.

SEMOGA AIDILFITRI INI KITA MENDAPAT BERKAT DARI NYA.

P/s: gambo esok lusa gua tepek, tak sempat edit. Raya pun lambat lagi

Khamis, 25 Ogos 2011

Jalan Ke Kapit

Gua memudik lawan arus Batang Rejang dari Bandar Sibu merupakan satu-satunya cara yang paling mudah untuk ke Kapit. Batang Rejang merupakan nyawa kepada masyarakat sekitar walaupun airnya keruh-keruh seperti air teh susu. Ada pelabuhan, ada tongkang mengorek pasir, Ada tongkang balak dan ada restoran terapung dan ada bot ekspress.

Untuk ke Kapit 3 jam diperlukan dengan menaiki bot ekspress.Tambang,Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja. Bot ekspress ini boleh angkut, sayur, surat khabar, ikan, daging termasuk juga ayam laga. Ayam laga sihat-sihat. Ayam laga buat taruhan. Menang boleh dapat duit. Menang boleh minum tuak ramai-ramai sampai tumbang. Kalau nasib baik dalam bot ekspress dapat duduk sebelah minah saleh yang pakai seluar pendek.Ramai mat saleh suka masuk ke Kapit. Nak rasa hidup dalam rumah panjang. Nak hirup tuak beras pulut. Nak tido dalam hutan. Dah lima - enam kali ke Kapit. Haram nak dapat duduk sebelah minah saleh.

Sepanjang menyusuri Batang Rejang gua nampak sekolah-sekolah, rumah-rumah panjang moden dan kongsi pembalak. Nampak juga orang-orang menangkap ikan dari atas perahu panjang. Kadang-kadang selisih dengan tongkang bawak pasir atau balak. Sepanjang perjalanan, disambut oleh pokok-pokok hijau. Hijau pekat. Tapi ada kawasan telah dijarah oleh pembalak. Kawasan botak. Kelihatan lori-lori balak, dan kren-kren maha besi. Apa lagi hasil negeri Sarawak selain emas hitam?

-Gambar lain gua tak ambik.  Sengaja gua amik gambar ni. Ada kaitan dengan kerja gua.-

-Ini gambar tahun lepas. Gua bawak buku ni sampai Kapit-


Di pekan Kapit, pekannya kecik. Umpama pekan koboi. Rata-rata penduduknya orang Iban. Tapi ada juga orang Kelantan. Dan di sini ada kedai makan menjual budu! Maknanya ada ramai orang Kelantan. Di sini ada menu makan pagi yang bagus. Roti Canai Goreng. Sumpah sedap. Sedapnya ikut tekak gua. Kali ni gua turun gua tak makan. Puasa Ramadhan.Apa yang paling penting gua akan cari daging "payau". Payau samadengan rusa. Paling legend daging kijang. Balik ke bandar Yap Ah Loy gua bawak balik 3 kilo daging payau. Raya ni rendang rusa liar makan sama lemang!

Selesai kerja gua balik semula ke Sibu.

p/s : Kat blog-blog orang lain banyak aje gambar pasal Kapit. Tanya lebai gugel.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Camping Kini Menjadi Acara Wajib

Bunga tekun membetulkan struktur atap rumah


Bunga membuat set-up


Bunga mendodoikan Dora

Sejak dah pandai set-up rumah jenis pasang siap ni dengan bantuan gua, kini bunga semakin terserlah ketokohan seorang anak dara yang pandai menguruskan rumah.

Gua dan Bunga Kini....
Gua tidak perlu lagi menjadi tukang masak dan tukang rasa masakan bunga.
Gua sedang menjalankan perniagaan kontrak membina rumah pasang siap.

Puan Eksekutif...
Macam biasa muka bengis  sebab rumah bersepah!

Rabu, 17 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran...




Berkumpul depan Sogo time pagi-pagi Nuzul Al-Quran ni memang tiap-tiap tahun berlaku.
Teringin jugak gua nak join.

Isnin, 15 Ogos 2011

kuah kari sebaldi!


hari ni gua duduk rumah, badan dok berlagu lenguh2 demam gamaknya...
Tapi gua tetap masak,
gua masak kari ikan kembung ada bendi ada tomato.
Sedap buat bukak posa dengan nasi, tak pun roti.

Apa yang pelik kari gua.. Ikan ada 2 ekor saja.. Kuah pulak... Mak oi.. Sebaldi!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Moreh....


Surau kampung gua kalau bab-bab moreh ni memang champion...
Malam ni ratah kerang rebus.... 
fuiyyooo...



esok orang-orang tua kampung gua kaki kengkang..
-gout-

Jumaat, 12 Ogos 2011

Taqwacore....


Yang ni apa macam.....
Dahsyat betul budak-budak sekarang...

Selasa, 9 Ogos 2011

London's Burning...


Baru Gua Jumpa Gambar Lama Gua Dengan The Clash...
Gua ganti Nicky "Topper" Headon
-full stop-

Isnin, 8 Ogos 2011

Warkah Aidilfitri




Ayahanda dan Bonda,
Kehadapan ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya. Bagaimana projek serai yang ayahanda ceritakan tempohari sebagai aktiviti masa lapang untuk ayahanda di masa pencen kelak. Rasanya kalau tidak salah, ayahanda akan berpencen awal tahun depan kan? Esok kalau ayahanda dah pencen nanti hulur la seribu dua duit "grand duty" tu nanti. (kehkehkehkeh)


Ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Apa khabar agaknya Haji Kassim di sana? Masih jadi imam untuk terawikh di kampung kita? Masih meriah moreh di surau? Teh potong kaki untuk moreh masih lagi dibancuh oleh Abang Poik? Wah banyak betul pertanyaan anakanda. Ye la dah beberapa minggu anakanda tak pulang ke kampung. Takut pulak anakanda, ayahanda dan bonda bakar pulak surat ni sebelum habis baca.


Ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Ok la, tujuan anakanda menulis warkah ini adalah untuk memaklumkan ayahanda dan bonda yang sesungguhnya anakanda dan keluarga tidak dapat pulang berhari raya. Bukanlah niat anakanda untuk menderhaka ke atas ayahanda dan bonda tetapi, belum sempat raya anakanda dah leburkan duit simpanan anakanda membayar cukai jalan kereta seken hen yang hampir mencecah ribuan, lesen memandu anakanda mati dan dalam bulan September ini pula cukai jalan motor anakanda pulak tamat tempoh.


Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Tiadalah apa yang dapat anakanda kirimkan selain warkah ini buat pengganti diri anakanda di aidilfitri nanti. Nak kirim duit pun dah habis buat bayar segala cukai kerajaan...  kerajaan yang ayahanda sendiri pilih 4 tahun sudah. Owh sebelum terlupa, ayahanda dan bonda nak gambar terbaru kami ya... kat facebook sentiasa ada.


Sebelum ayahanda bakar menjadi debu surat ini,  anakanda menyusun sepuluh jari memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Jangan lupa kirimkan salam anakanda kepada keluarga mentua yang selang 5 buah rumah tu. Untung ayananda dan bonda dapat behsan dekat-dekat. Tak lupa juga kirimkan salam anakanda pada Ah Wa, katakan pada dia  cekelat angin  dan air tenaga red bull yang anakanda amik dulu mintak halalkan.Ntah bila dapat anakanda bayar.....


Sekian,
Anakanda mu yang mewah dengan hutang.

Selasa, 2 Ogos 2011

Cuma Nak Ucap....


Abang cuma nak ucap selamat berpuasa...
sekian...

Review Gua... Gangguan



Kali ni gua baru angkat GANGGUAN dari sindiket Sol-Jah...
Bagi gua.. gua baru alami "gangguan" dalam perut.. Proses pencernaan gua terganggu dengan lawak sinis yang betul betul mengganggu.

Kulit depan terletak gambar "Sikat Kutu Yang Misteri" mampu menarik manusia untuk menghadapi "gangguan" sama ada ketika nak tidur mahupun menunggu waktu berbuka.

Penulisan gaya leisure, semua peringkat boleh baca. Jangan risau KDN tak akan menimbulkan "gangguan" ke atas diri anda sekiranya anda memiliki "Gangguan" ini. Dari cerita jiran jenis hantu sampailah cerita hantu jenis duduk asrama, semua ada dalam "gangguan".

Gua ucap tahniah kepada kumpulan penulis( Tok Rimau, Fikri Kacak, Kusyi Hirdan, Aimi Ainis, Ayob Kelubi, Rahimin, Mona Yanty, Syuqri Mustaqim, Ay Yusof, dan Kumprinx) yang berjaya menimbulkan "Gangguan" kepada perasaan bosan gua.

p/s : betul-betul banyak gangguan pasal ulasan gua

skudeng